Sambal tomato cikgu

Mazwin
Mazwin @bawangmerah
SELANGOR

Resepi ini dikongsi oleh bekas cikgu sekolah saya. Katanya dia mempunyai allergic jadi hanya boleh makan sambal tomato sebab makanan ni dibuat tanpa menggunakan belacan.

Sambal tomato cikgu

11 orang bercadang membuatnya

Resepi ini dikongsi oleh bekas cikgu sekolah saya. Katanya dia mempunyai allergic jadi hanya boleh makan sambal tomato sebab makanan ni dibuat tanpa menggunakan belacan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

45 minit
1 balang 300ml
  1. 10biji tomato
  2. 4biji bawang besar
  3. Segenggam ikan bilis
  4. 1sudu besar garam
  5. 1genggam cili api
  6. 4sudu besar minyak masak

Cara Memasak

45 minit
  1. 1

    Mulakan dengan mengisar kasar tomato dengan menggunakan food processor.

  2. 2

    Sediakan kuali, buka api gas dan masukkan tomato yang dikisar tadi. Masak hingga air tomato separuh kering.

  3. 3

    Sementara menunggu tomato di atas dapur, kisar ramuan lain seperti ikan bilis, bawang besar, minyak & cili api.

  4. 4

    Selepas itu tuangkan semua bahan tadi kedalam kuali tomato dan kacau sebati semua bahan. Kecilkan api.

  5. 5

    Apabila ramuan agak sebati masukkan garam. Lagi lama ia dibiarkan kering lagi gelap warnanya. Saya gemar sambal dalam keadaan lembab & basah... tutup api. Siappp

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Mazwin
Mazwin @bawangmerah
pada
SELANGOR
biar cukup rasa masin, manis & masamnya...
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya