Bubur Nasi Bersantan

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
Tronoh, Perak, Malaysia

48/2021/RoadTo1k/733
Resipi ni hakak masak khamis lalu khas buat suami yang sakit gigi. Bubur merupakan satu menu yang lembut untuk dimakan dan tidak perlu untuk mengunyah dengan banyak. Untuk bagi rasa sedikit berlemak, hakak guna santan kotak yang hadiah dari S&P Santan. Beras hakak guna beras bubur yang dihadiahkan oleh kawan ofis suami. Guna beras ni cepat sikit tempoh masak bubur berbanding guna beras biasa. Hakak masak 2cawan je tau, tapi bukan setakat suami je makan. Siap boleh bagi jiran lagi. Alhamdulillah.. Berkat sungguh rezekinya boleh dikongsi dengan ramai orang 🥰

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

45minit
6-7orang
  1. Bahan Bubur :
  2. 2 cawanberas bubur
  3. 2 literair
  4. 4ketul isi ayam (dipotong dadu)
  5. 2 batanglobak merah (dipotong dadu)
  6. 2biji kentang (dipotong dadu)
  7. 1 kotaksantan (200ml)
  8. 2sudu besar garam (jika kurang rasa boleh tambah)
  9. Bahan Pelengkap :
  10. 1mangkuk kecil ikan bilis goreng
  11. 1pokok daun bawang (dipotong nipis)
  12. 1mangkuk bawang goreng
  13. 2sudu besar cili jeruk

Cara Memasak

45minit
  1. 1

    Ni beras bubur tu. Kawan suami beli kat Kelantan masa balik kampung katanya. Beras dibasuh bersih dan dimasak sehingga mendidih.

  2. 2

    Masukkan ayam, kentang dan lobak merah. Masak sehingga empuk.

  3. 3

    Masukkan santan dan garam. Masak sehingga mendidih dan semuanya masak sempurna. Tutup api.

  4. 4

    Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba 😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
pada
Tronoh, Perak, Malaysia
Passion in Cooking|Foods|PhotoVideography👩‍🍳 2024 / 2025 “TerusMelangkah3k”👩‍🍳 2023 / 2024 “Pejuang2kResipi” ✅👩‍🍳 2022 “World Recipes” (109/200) ☑️👩‍🍳 2021 “Road To 1k” ✅👩‍🍳 2020 “1Hari1Resipi” ✅👩‍🍳 2019 “Beginner Zone” ✅
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Komen (4)

Mas Fatimah
Mas Fatimah @cook_23497277
Dah cuba sangat sedap siap ada permintaan lagi kalau demam nak bubur mcm juga 👌👌

Resipi Sepertinya