Kuih Dadar Gulung Pandan

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
Kota Kinabalu

#cppassport

Menu simple untuk sungkai(iftar) hari ini,Kuih Dadar Gulung
/Kuih Ketayap. Ia merupakan makanan khas Indonesia dan Malaysia yang dapat digolongkan sebagai pancake yang diisi dengan parutan kelapa yang dicampur dengan gula. Isi ini disebut inti.Nama Dadar Gulung ini berbeza pada beberapa daerah diantaranya dalam bahasa Malaysia adalah kuih ketayap  dan kuih Lenggang.Kulit Dadar Gulung berwarna hijau karena diberi pewarna daun pandan atau daun suji di Indonesia.
Kali ini saya menyediakan kuih dadar gulung /ketayap pandan inti ros mengikut citarasa kuarga saya yang menggamit nostalgia masa zaman saya kanak-kanak dulu.Emak selalu buatkan kuih dadar gulung pandan inti sirap ros ni untuk menu berbuka puasa kami sekeluarga.Saya dengan abang saya mesti berebut2 nakkan kuih ni...
Inti kelapa perasa ros yang wangi ini membuatkan kuih dadar gulung lebih sedap.Kalau emak buat emak letakkan santan tanpa letak telur. Tapi kali ini saya tukar santan kepada susu segar.👍

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
2 orang
  1. 1 1/2 cawantepung gandum
  2. 2 cawansusu segar fearnleaf full cream
  3. 1/2sdt garam halus
  4. 4 helaidaun pandan-blend dengan susu segar diatas
  5. (Boleh juga guna santan yea pada yang tak suka susu segar)
  6. 2titis pewarna hijau apple(jika perlu)
  7. 1 sudu makanminyak jagung/minyak masak
  8. Bahan inti:
  9. 1/2biji kelapa parut putih
  10. 1/4 cawangula pasir(ikut klu nak lebih manis lebihkan gula)
  11. 1 sudu makanpati sirap ros
  12. 1 helaidaun pandan -simpul
  13. 1/2 cawanair
  14. Secubit garam
  15. 1sudu besar tepung jagung/tepung gandum

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Untuk inti:
    Campur semua bahan iaitu air, daun pandan gula,bila gula dah mencair masukkan kelapa parut. Masukkan sirap ros. Kacau sehingga sedikit kering. Kemudian masukkan tepung gandum kacau sebati. Matikan api sejukkan inti sebelum digunakan.

  2. 2
  3. 3

    Untuk adunan Tepung:
    Bancuh adunan tepung dengan jus pandan dan susu segar sehingga sebati.Jika perlu titiskan sedikit pewarna hijau apple untuk lebih menyerlah warnanya Tapis kedalam bekas.

  4. 4

    Adunan yang telah siap ditapis masukkan sedikit minyak jagung atau minyak masak.kacau sekata.

  5. 5

    Panaskan pan non stick dengan api perlahan sahaja. Sendukkan adunan dan lenggang di dalam pan non stick.Setelah masak angkat dan isi inti kelapa tadi gulung kemas.

  6. 6

    Siap dihidangkan untuk berbuka puasa.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
pada
Kota Kinabalu
🍝🍤🥣🍹🍠🍢☕🥟🍜🍨🍩🍿🍜💖Memasak adalah Hobi saya💖Ia satu Pengalaman yang sangat menyeronokkan.Ia satu kepuasan.Ia satu kebanggaan pada diri bila menghasilkan satu2 resepi dan masakan yang sedap dan menarik.Ia juga Therapy...Buatkan Hati Jadi Happy💖💜💖
Baca lagi

Resipi Sepertinya