Daging Harimau Merengek

nami
nami @namicook

Asalnya google resepi daging harimau menangis. Tapi terlalu byk version. So lepas beberapa resepi yg dah dicuba, sy olah semula (tambah/kurangkan bahan) ikut citarasa sendiri. Bahan2 pun paling mudah disediakan. Sentiasa ada kat dapur. Makan dengan nasi panas & sambal kicap atau sambal belacan je (Sebab tak minat buat sambal/sos ala thai 😁)

Daging Harimau Merengek

15 orang bercadang membuatnya

Asalnya google resepi daging harimau menangis. Tapi terlalu byk version. So lepas beberapa resepi yg dah dicuba, sy olah semula (tambah/kurangkan bahan) ikut citarasa sendiri. Bahan2 pun paling mudah disediakan. Sentiasa ada kat dapur. Makan dengan nasi panas & sambal kicap atau sambal belacan je (Sebab tak minat buat sambal/sos ala thai 😁)

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

3-4 org
  1. 500 gdaging batang pinang
  2. 2 ulasbawang putih ditumbuk halus
  3. 2 1/2sudu besar gula perang
  4. 2sudu kecil Secukup Rasa Maggi
  5. 1sudu besar sos ikan
  6. 2sudu besar sos tiram
  7. 1sudu kecil serbuk lada hitam
  8. 2sudu besar minyak masak

Cara Memasak

  1. 1

    Daging dihiris nipis supaya cepat masak & tak liat. Cuci & toskan.

  2. 2

    Campurkan semua bahan diatas dalam mangkuk besar & gaul rata. Saya sukat gunakan sudu ni untuk semua resepi saya.

  3. 3

    Perap daging dengan bahan perapan tadi sekurang-kurangnya 3 jam. Biasanya saya perap semalaman. Simpan dalam peti ais/chiller. Keluarkan 1 jam sebelum dimasak.

  4. 4

    Gunakan kuali non-stick. Letak sedikit sahaja minyak masak (dalam 1 sudu besar). Ratakan pada kuali. Bila kuali dh panas, masukkan daging perapan. Goreng hingga daging cukup masak.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
nami
nami @namicook
pada
Saya tak pandai masak. Tiap kali nak masak, kena rujuk nota yg simpan dlm phone. Jadi untuk lebih mudah, sy abadikan resepi2 pilihan saya disini (yg saya rasa senang & sedap). Lebih mudah nk rujuk selalu 😁 bahan2 simple je & mudah untuk disediakan. Kebanyakkan resepi inspirasi dari arwah mak & carian di internet kemudian saya olah mengikut tekak saya 😊
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya