Kerepek Tempe Bersira Pedas Rangup

18 orang bercadang membuatnya
Ummu muhammad
Ummu muhammad @adawiyyah
Kuala Terengganu

Siapa peminat tempe wajib cuba resepi ni. Rasanya sangat rangup dan sedap, sesuai untuk kudapan. Suami saya yang tak suka tempe pun, makan ni habis satu bekas..hihihi...

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

kejap je
2-3 orang
  1. 5 kepingtempe
  2. 5 ulasbawang putih *ditumbuk halus*
  3. 2sb cili kering kisar yang pedas(kerinting)
  4. 2-3sb gula(ikut tahap manis korang.)
  5. 1sk garam atau sesuai rasa.. biar balance tau rasa
  6. Minyak secukupnya untuk menumis.banyak sikit takpe nanti buang

Cara Memasak

kejap je
  1. 1

    Hiriskan tempeh nipis2.. saya belah 3 bahgian, kemudian hiris nipis.. maaf lupa ambik gambar..next time kita update bergambar

  2. 2

    Goreng tempe tadi segaring boleh,tapi jangan sampai hangus. Kemudian ketepikan

  3. 3

    Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan cili kisar. Biar pecah minyak

  4. 4

    Tambah gula dan garam. Kacau2 sampai gula betul2 larut dan smooth. Tips : Walaupun daku berperang dengan gula putih, tapi harus kuakui hasil daripada gula putih lagi cantik dan rangup dari gula perang.so up to korang k.. but kemonn...sekali sekala😂😂

  5. 5

    Tutup api, masukkan tempe. Gaul rata dalam kadar kelajuan yg tinggi sebelum sambal melekat2. Kemudian tunggu sejuk sikit, dia akan jadi rangup.

  6. 6

    Sila makan dengan suami. kongsi kalori k. Hehe

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen

Ditulis oleh

Ummu muhammad
Ummu muhammad @adawiyyah
pada
Kuala Terengganu
Saya suka memasak dan korek tips dan rahsia orang dalam masakan.
Baca lagi

Resipi Sepertinya