Kuih Lompang

Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik

#cppassport
Kuih paling jelita sebab ada lesung di tengahnya😁.. ada yang panggil lesung pipit.. Siapa buat kuih ni menjadi lesungnya yang dalam tu memang best giler.. rasa bangga pada diri sendiri hahaha😄
Antara kuih muih yang sangat popular di Malaysia tau..😘

Kuih Lompang

#cppassport
Kuih paling jelita sebab ada lesung di tengahnya😁.. ada yang panggil lesung pipit.. Siapa buat kuih ni menjadi lesungnya yang dalam tu memang best giler.. rasa bangga pada diri sendiri hahaha😄
Antara kuih muih yang sangat popular di Malaysia tau..😘

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan A :
  2. 1/2 cawangula merah cap bintang
  3. 1/2 cawangula pasir
  4. 2 1/2 cawanair biasa
  5. 1 helaidaun pandan - disimpul
  6. Bahan B :
  7. 1 3/4 cawantepung beras
  8. 1/2sudu besar tepung ubi
  9. 1 sudu makanair kapur
  10. Bahan C :
  11. 1/2biji kelapa parut putih sahaja
  12. sedikitgaram halus
  13. Acuan lompang secukupnya

Cara Memasak

  1. 1

    Satukan bahan A, masak hingga gula larut dan sejukkan.

  2. 2

    Bahan B satukan tepung beras & tepung ubi. Kemudian tuang air gula merah sedikit-sedikit sambil dikacau, buat hingga air gula habis dan dapat hasil yang halus tidak berketul.

  3. 3

    Letak air kapur, dikacau rata dan tapiskan di dalam jug yang ada muncung senang untuk proses menuang di dalam acuan nanti.

  4. 4

    Acuan disapu sedikit minyak masak supaya kuih tidak melekat. Tuang bancuhan lompang hampir penuh.

  5. 5

    Pastikan air kukusan telah mendidih dan panas, kukus kuih 10 minit, kemudian tutup api buka penutup kukus sebentar.

  6. 6

    Satukan bahan C, kukus 2 ke 3 minit supaya kelapa tahan lama tak cepat basi.
    Biarkan kuih lompang sejuk sepenuhnya supaya mudah dikeluarkan dari acuan, tabur kelapa sedia dinikmati.

  7. 7

    Nota :
    ✅sekadar perkongsian, ada yg panaskan acuan dahulu 2 ke 3 minit di dalam kukusan sebelum letak bancuhan kuih, boleh je kalau nak ikut tips ni.. Tapi saya buat seperti biasa aje, terus tuang bancuhan asalkan sebelum tuang kacau dahulu supaya bancuhan tepung tadi tu sekata. Alhamdulillah tak panaskan acuannya pun jadi juga lesung pipitnya..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik
pada
Dapur MerecikFollow saya di CookPadFollow FB Julia Aleen AireishFollow IG julia_aleenaireishSuka up macam-macam resipiMasak dengan penuh kasih sayang baru merecik
Baca lagi

Komen (3)

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
Alahaii aleen cantiknya lesungbpipit lompang ni.. Cute je. 👍😊🤗

Resipi Sepertinya