Roti Canai 🇮🇳

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

#back2basic
Ini lah di antara menu yang wajib dan ringkas untuk mengalas perut apabila kalut nak pergi kerja kalau shift pagi hingga tak sempat nak menyediakan bekal untuk diri sendiri. (Sewaktu saya masih muda-mudi dulu 🤭.) Selalu nya beli di kantin hospital sebelum naik ke wad. Sambil-sambil pasang cap di kepala sewaktu itu la tangan mencapai roti canai koyak sikit-sikit masuk ke mulut. Bahan pencicah memang tak usik langsung sebab nak cepat. Tak mau la nanti tengah-tengah assist doktor perut berbunyi pulak 😂. Kadang kalau wad tak busy memang sempat makan di waktu rehat tetapi kalau wad busy (selalu nya busy) tak sempat nak makan langsung. Kadang tu sampai rasa nak pitam kalau assist doktor sampai berbelas jam melakukan pembedahan.
Bila dah kahwin saya pun berhenti kerja sebab nak beri perhatian sepenuh nya pada anak-anak.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

23 biji
  1. 1 kgtepung gandum (cap rose)
  2. 2sudu kecil garam
  3. 2 1/2sudu besar gula
  4. 650 mlair
  5. 1biji telur (dikocok)
  6. 3-4sudu besar planta
  7. Sedikitminyak masak

Cara Memasak

  1. 1

    Satukan tepung gandum, garam dan gula, kacau rata. Masukkan telur yang telah dipukul manja-manja je.

  2. 2

    Masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul dengan garfu hingga habis air. Masukkan planta dan uli dengan tangan hingga doh tidak melekat di tangan. Bahagi doh (saya tak timbang, agak-agak je). Bulat-bulatkan doh dan sapu sedikit planta. Dapat 23 biji. Perap doh 7-8 jam.

  3. 3

    Canaikan doh dengan telapak tangan. Sapu sedikit minyak masak pada telapak tangan. Angkat doh dan gulung seperti di dalam gambar. Jika nak lipat juga boleh ikut suka masing-masing. Panaskan kuali besi dengan api kecil. Leperkan doh di atas kuali dan masak di kedua-dua permukaan roti canai. Saya suka garing sedikit. Jika suka lembut tak perlu dimasak hingga kekuningan cukup sekadar sedikit kekuningan sahaja.

  4. 4

    Balikkan roti canai. Angkat dan hidangkan bersama kuah dalcha atau kari.

Resipi Pautan

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Resipi Sepertinya