Roti Jala Rose

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Bercinta sangat nak membuat roti jala rose sampai rasa serik nak buat. Kebetulan ada cabaran roti jala marvelous dan tempoh masa nya cuma tiga hari. Aduh! Memang tak sempat nak kejar tetapi dalam hati nak cabar diri sendiri sebab tengok kawan-kawan buat macam senang jer. Saya ada pengalaman yang buruk dulu ketika mencuba resipi di pak google asyik tak menjadi sampaikan saya rasa nak menangis dan give up. Kadang tu resipi yang kita google tak semesti nya sentiasa menjadi. Mungkin ada tersalah teknik atau sebagai nya. Tengok tarikh cabaran di banner bermula sama tarikh saya menerima 1st dose vaksin dan balik dari vaksin saya mengalami tindak balas seperti pening, mual dan sakit badan. Harapan nak buat roti jala selepas balik dari vaksin terpaksa saya tangguh. Keesokan hari nya kesan tindak balas tu masih ada kecuali rasa sakit badan tu dah berkurang. Tangguh lagi hingga lah pada hari ini (nasib baik dilanjutkan lagi sehari). Kali ini saya nak cuba resipi salah seorang cookpader @hana25_7someday Dan tak sangka rupanya tak lah sesusah mana pun hendak membuatnya. Gembira nya rasa nak melompat ke awan je. Terima kasih Hana kerana berkongsi resipi yang menjadi. 🌹😘 Ingatkan nak buat bentuk logo Cookpad sebab tu je warna-warna yang ada di dapur tetapi tangan masih keras lagi (tangan tak berseni)

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 3 cawantepung gandum
  2. 1 cawansusu cair
  3. 2 cawanair
  4. 1sudu kecil garam
  5. 1biji telur
  6. 2sudu besar minyak masak
  7. Pewarna
  8. Oren
  9. Putih
  10. Hijau
  11. Bahan Pencicah
  12. TinKari Ayam

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan kesemua bahan. Masukkan air, susu sejat, minyak ke dalam blender.

  2. 2

    Masukkan garam, telur dan tepung gandum. Kisar hingga sebati.

  3. 3

    Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan. Panaskan kuali guna api kecil dan sapu sedikit minyak masak, lapkan dengan tisu dan mula lah menjala. Buat hingga habis. Gulung dan boleh lah dihidangkan bersama kari ayam.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen (14)

Resipi Sepertinya