Agar Agar Sirap Ros Leftover

Semalam kita buat sirap ros satu jug simpan dalam peti ais sebab panas lit-lit. Hari ni ada lebih dalam setengah jug, teringin pulak nak makan agar agar sirap ros atau lebih dikenali sebagai agar agar kenduri kahwin. Agar agar ni memang fevret sejak dari kecik lagi. Kalau ikut mak ayah pergi kenduri kahwin, benda ni yang dicari dulu. Kalau takde tu rasa kecewa dia toksah cerita la. Pandang tuan rumah pun slack semacam je sebab dia tak buat agar agar fevret kita. How dare yew! 😆
Agar Agar Sirap Ros Leftover
Semalam kita buat sirap ros satu jug simpan dalam peti ais sebab panas lit-lit. Hari ni ada lebih dalam setengah jug, teringin pulak nak makan agar agar sirap ros atau lebih dikenali sebagai agar agar kenduri kahwin. Agar agar ni memang fevret sejak dari kecik lagi. Kalau ikut mak ayah pergi kenduri kahwin, benda ni yang dicari dulu. Kalau takde tu rasa kecewa dia toksah cerita la. Pandang tuan rumah pun slack semacam je sebab dia tak buat agar agar fevret kita. How dare yew! 😆
Cara Memasak
- 1
Mula-mula baca arahan kat belakang peket agar-agar tu betul-betul dan ikut sukatan yang diberikan. Kalau kurang, agar-agar jadi terlalu lembik dan kalau terlebih agar-agar jadi terlalu keras. Sepeket kecik agar-agar yang kita gunakan ni berat dia 10g untuk 1 liter air. Sebab kita guna 500ml air je yakni separuh liter, kita guna 5g serbuk agar-agar je yakni separuh peket. Masukkan air sirap ke dalam periuk dan tuang serbuk agar-agar ke dalamnya sambil kacau perlahan-lahan sampai larut.
- 2
Jerang periuk tadi atas dapur dengan api sederhana sampai mendidih. Tambah sesudu besar gula atau madu dan kacau sampai larut, sebab air ni walaupun asalnya manis akan berkurang sikit manisnya bila dah bubuh serbuk agar-agar. Sebaik je mendidih, terus tutup api dan angkat.
- 3
Curahkan dalam bekas yang sesuai. Biarkan kat luar kejap sampai tak berasap lagi baru masuk dalam peti ais. Kadang-kadang kita suka tuang dalam mangkuk, bila nak makan, ambik sudu, korek dan terus ngap!
- 4
Dah sejuk, potong dan hidang. Tekstur agar-agar yang paling ngam bagi kita ialah lembut tapi tak lembik, jenis yang kita boleh cuit dengan jari je makan tapi bila kita cuit tu dia tak hancur lebur kat jari kita.
Resipi Sepertinya
-
Agar-agar Sirap Ros F&N Agar-agar Sirap Ros F&N
#goldenapron2020 #minggu33 #CookpadderPerak #agaragarsiraprosAssalammualaikum sahabat Cookpadders sekalian. ❤Agar-agar Ros atau juga dikenali sebagai Agar-agar Sirap merupakan agar-agar klasik yang pertama kali CN pelajari daripada Mak. Dulu-dulu kita gunakan agar-agar tali. Kini, zaman serba moden, agar-agar serbuk pula menjadi pilihan suri rumah. Ia mudah dan cepat disediakan. Apapun, paling penting, CN gunakan Sirap Ros F&N sebagai bahan asasnya. Haruman Sirap Ros F&N memang tak perlu dinafikan. Tak perlu ditambah gula atau daun pandan, memang sedap terasa. Seperti Agar-agar ini, rasanya sedap dan membangkit nostalgia di bulan Ramadan dan Syawal semasa kecil. Jemput cuba ya. ❤📌Tips:✅Sirap Ros FN ini sudah manis dan tak perlu ditambah gula yang banyak. Boleh masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dirasa tahap kemanisan yang anda sukai.✅ Boleh juga dimasukkan biji selasih yang telah direndam atau hirisan cincau mengikut cita rasa anda.✅ Agar-agar Ros ini adalah agar-agar klasik yang ringkas tetapi amat sedap dinikmati sejuk-sejuk. Nyaman sekali.#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Agar-agar Sirap Ros Agar-agar Sirap Ros
#jekferlailertilljannah #goldenapron2020 Hari ni Jekferr masuk kedapur, semangat betul rasa nak masak buat isteri tercinta. Bila tengok cuaca panas diluar terus dapat idea buat agar-agar. Dia lupa dah macam mana nak buat. Terus dia cari kat Cookpad ternampak pulak resepi dari Aznie Khasri. Yeayyyyy cantik mesti sedap ni.😂 Ok barang semua dah ada, mudah je nak buat ni kan. Tak payah masak yang susah-susah janji sedap. Wangi betul satu rumah time masak. Dalam hati berbunga-bunga harap Lailerr suka la nanti. Seronoknya Jekferr rasa bila tengok agar-agarnya jadi dengan elok. Lalu dipotongnya dan susun didalam pinggan yang cantik. Dibubuhnya bunga ros ditepi untuk isteri tercinta. Dipanggilnya Lailerr untuk merasa agar-agar yang ia buat. Lailerrr terus tersenyum sambil berkata,"Sedapnya baby boo.. "🤣🤣🤣#hanyadramasemata Aznie Khasri -
Agar-agar Sirap Rose Agar-agar Sirap Rose
Haaa kan dah buat😆.. Yang ni Aznie cooksnap dari Minita @Rozita . Suka bebeno rasanya balik dari vaksin tak de cari lain. Buka peti ais makan ni dulu. Ehhh lupa, balik mandi semua dulu baru cari ni. Nampak tak punya la suka bebeno, ayat nak bagitau agar-agar kenduri ni sedap🤣 Aznie Khasri -
Agar-Agar Sirap Lejen Agar-Agar Sirap Lejen
#phopxcookpad2020Dulu2 bulan puasa, agar-agar ni la yang selalu terhidang atas meja. Jarang nak jumpa agar-agar @ puding yang bombastik mcm sekarang ni.Agar-Agar sirap ni walaupun sangat ringkas dan simple tapi tak jemu makan.Nak2 pulak kalau buat yang lembut sikit... Sedap ja sudu masuk dlm mulut... slurpp😋😋Jom tgk resepi kat bawah Norashikin Rahmat -
Agar-agar Sirap Berlaici Agar-agar Sirap Berlaici
#merdeka2020#goldenapron2020Agar-agar sirap adalah pencuci mulut yang menjadi kegemaran semua tak kira usia muda hinggalah ke dewasa ☺️. Jadinya, untuk memudahkan kawan-kawan nak cooksnap resepi #merdeka2020 💪, kita wujudkan resepi yang sangat mudah, cepat dan sedap 😋🤤. Boleh bayangkan, buka peti ais, ada agar-agar sirap dengan buah laici? Ermmmmm segarnya 🤩🤩. Walau hanya agar-agar sirap dan laici, kita tetap ikut tema kan. Itulah tanda, semangat kemerdekaan. Merdeka!!! Heheh. Jom buat agar-agar ✌🏽. Ain Mohd Kitchen -
Agar-agar Sirap Selasih Agar-agar Sirap Selasih
Agar-agar Sirap Selasih antara pencuci mulut untuk berbuka. Terinspirasi dari @acik_dapo .#teamManisan Nana Isya -
Agar-agar Sirap Lejen by Gegerl untuk Ummi Agar-agar Sirap Lejen by Gegerl untuk Ummi
#ResepiMudah #TakLebih6BahanAgar-agar sirap by Lily anak Uchu. Terima kasih my lovely gegerl!😘 Feveret betul agar-agar simple ni..Macam biasalah..kalau anak yg masak, mmg tak gemor dia amik gambar langkah2 tu..🤣 walaupun untuk umminya, tapi ummi la jugak conduct bagi instruction..melentur buluh biar dari rebungnya kan.. Sesimple Loralin -
Agar-Agar Sirap Bonda Agar-Agar Sirap Bonda
#goldenapron#minggu11 Teringatkan arwah bonda, rindu dengan masakan airtangan arwah bonda. Agar-agar sirap ni arwah bonda selalu buat. Terlalu merindui arwah bonda 😢 lantas terhasillah Agar-Agar Sirap Bonda.Moga roh arwah bonda tenang di sana dan ditempatkan di Syurga Firdausi, Aamiin. Selamat mencuba guys. Roselina Hanid -
Agar-agar Cermin Bunga Raya Agar-agar Cermin Bunga Raya
#merdeka2020#goldenapron2020Merah putih warna kesukaan, aku pandang dapur, dapur pandang aku😅 aii makkk... dalam kepala putar macam roda, petang-petang ni nak buat apa untuk basah-basah tekak kata orang perak..Godek-godek jumpa la lagi sebungkus serbuk agar-agar duk bertapa dalam kabinet🤭, ok cun boleh buat lengkung. Kenapa panggil lengkung? dah dah jangn susah hati nak cari jawapan, opah dulu panggil lengkung, kami pun sebut benda yang sama😄Ringkas sangat, ramai yang tahap "master" kan bila buat agar-agar merah ni.. cuma ikut tema merdeka task hari ni kita variasikan sikit dengan design ala-ala bercermin ada kuntuman bunga .. Julia ALeen Aireish -
Agar -Agar Sirap Rose Agar -Agar Sirap Rose
Petang ni cooksnap resepi sahabat cookpadians iaitu Aznie Khasri.Lama dah sebenarnya aim nak buat agar-agar sirap rose aznie ni tapi harini barulah tertunai.Kita tambah lagi list recook dalam cabaran #cooksnap resepi dari pemilik cookpad yang namanya ada huruf "S".Resepi yang simple bahan pun simple tetapi rasa yang luar biasa.Saya lebih suka guna agar-agar tali .Bila makan agar-agar ni terus terimbau kenangan dikampung semasa suasana Ramadhan.Boleh dikatakan menu agar-agar ni menu wajib ada hari2 mak akan sediakan untuk berbuka puasa. Q'leenalee's Kitchen -
-
Agar-agar Sirap Ros (Versi Ekstra Pejal) Agar-agar Sirap Ros (Versi Ekstra Pejal)
PKP-20: Sejak-sejak PKP ni, selalu sangat saya masak. Maklumlah, adik saya selalu cuti & ada je request nak makan apa. Jadi, kenalah saya buatkan. Tu belum lagi request dari kawan-kawan tempat kerja dia yang minta buatkan kek batik, cheesekut & macam-macam lagilah 😅.Agar-agar sirap ros harini pun saya buatkan mengikut selera dia. Semestinya kurang manis, ekstra pejal, kurang berair & masih boleh dipegang dengan tangan walaupun dah dibiarkan lama dalam peti ais. 2-3 kali percubaan jugaklah baru saya boleh dapat buat agar-agar yang mengikut seleranya. Kalau tidak, ada saja yang tak kena walaupun cuma agar-agar yang basic. Lain sangat seleranya daripada orang lain 🙂.#shikinsaerahrecipe #cookbyshikinsaerah Noor Ashikin Saerah
Lebih Banyak Resipi
Komen (6)