Cempedak Goreng Rangup 😋

Hidayah Jalil @hj91dee
Resepi ni digunakan oleh penjual cempedak goreng yang kat tepi jalan tu. Memang menjadilah resepi ni.
Jom try 👩🏻🍳
Cempedak Goreng Rangup 😋
Resepi ni digunakan oleh penjual cempedak goreng yang kat tepi jalan tu. Memang menjadilah resepi ni.
Jom try 👩🏻🍳
Cara Memasak
- 1
Masukkan tepung gandum dan tepung beras ke dalam mangkuk.
- 2
Masukkan secawan air dan kacau sehingga tidak berketul.
- 3
Masukkan sedikit serbuk kunyit dan kacau sebati. Bubuh sedikit garam.
- 4
Bahagian paling penting untuk rangup adalah, masukkan minyak yang dipanaskan atau majerin yang dipanaskan ke dalam bancuhan tepung tadi. Kacau sehingga sebati.
- 5
Kemudian, golek-golekkan cempedak ke dalam bancuhan dan mula menggoreng cempedak. Angkat dan toskan minyak setelah cempedak berwarna keemasan. Selamat mencuba 🤤🤤
Resipi Sepertinya
-
Cempedak Goreng Rangup Cempedak Goreng Rangup
#sarapanBila sampai musim cempedak memang hari2 la makan cempedak goreng ni 🤣Area rumah Cikna ni memang sepanjang jalan kiri kanan penuh org jual cempedak & durian 😆Jom kita tengok macam mana nak buat cempedak goreng rangup.#cempedak #cempedakgoreng #cucurcempedak #cempedakgorengrangup #perakpenang #1september #goldenapron Erna Hezreen Hamzah -
Cempedak goreng rangup Cempedak goreng rangup
Sekarang sudah tiba musim buah buahan tempatan. Tidak ketinggalan buah cempedak. Boleh di makan mentah dan juga sedap bila di goreng. Semestinya ramai yang gemar bila cempedak ini di goreng. Sedap tak terkata kan. Jom intai intai resepi cempedak goreng super ringkas dari saya. Zara Latif -
Cempedak Goreng Rangup Cempedak Goreng Rangup
#goldenapron2020 #minggu13Makanan kegemaran saya, walaupun bukan dimakan hari hari. Cempedak mempunyai rasa unik yang saya tak dapat nak huraikan. Harganya pun boleh tahan macam durian😂. Disebabkan tengah musim ni, semalam saya buat goreng cempedak dan kongsi teruslah resepi nya. Moh kita lihat moh!👇👇👇 Ell Sakimin -
Cempedak Goreng Cempedak Goreng
223/2023/Pejuang2kResipi/1Hari1Resipi/1617 #pejuang2kresipiWalaupun sekadar cempedak goreng biasa pun tetap nak sharing juga 😌.Kisah cempedak ni Mil & Sil balik dari Kedah ke Sungkai, Perak. Dorang bawak balik buah cempedak dan dokong. Bila sampai je Taiping dorang call suruh tunggu di mana2 RnR untuk dorang bagi buah2 tu. Jadi hakak pun terus start kereta pergi😆. Agak Jauh juga tapi demi cempedak. Sanggup kulalui lebuhraya dan RnR yang sedat padat dengan manusia tu 🤣.Sampai rumah, terus perisi je buah cempedak dan kita goreng. Dapat ler minum petang dengan suami dan ayah serta dengan mak sedara dan sepupu. Alhamdulillah puas hati🥰❤️ Salina Jalaludin -
Cempedak Goreng Rangup Cempedak Goreng Rangup
Layan cempedak goreng sambil tengok video masakan saya Tok Aji Serban masuk TV Al-Hijrah lagi dlm slot Tangan Seni sebentar tadi 😍 Laju duk masuk mulut dgn anak2 & suami sambil record video kat tv..hihii..ye laa excited punya pasal & hepy sgt video masakan saya masuk tv 😍 Cempedak ni suami beli semalam..tengah musim dia kan.. suka sangat buat banyak2 serdak dia tu..krup krap krup krap..pakat berebut dgn anak2..hahaa 😆 Nor Al Fatihah -
Cempedak Goreng Rangup krukkk krakkk 😋 Cempedak Goreng Rangup krukkk krakkk 😋
Sekarang ni musim buah.Selain durian cempedak juga tersenarai daam list buah kegemaran.Semalam beli sebiji .alhamdulillah isi pun cantik tebal.kita buat goreng la apa lagi.Kita goreng cempedak rangup krukk krakk buat minum petang ... Q'leenalee's Kitchen -
Cempedak Goreng Rangup Cempedak Goreng Rangup
Alhamdulillah.. Walaupun rm6 sekilo, berbaloi dgn isi yg byk dan sangat manis.Jom masuk dapur cikgu, cikgu ajar buat cempedak goreng rangup..#goldenapron2020 Hafiza Muaddah -
Cucur Cempedak Rangup Cucur Cempedak Rangup
#goldenapron2020Setiap kali musim cempedak pasti tak ketinggalan buat cempedak goreng. Bau dia... selang 10 buah rumahpun boleh hidu. Tak baik tau! Kena sedekah kat jiran2 yg terhidu baunya. Kalau beli yg siap goreng memang tak puas makan. Seulas seringgit you. Mahalnya.... Saya sedekahkan resepi jelah untuk semua. Moga2 memberi manfaat ye... Hamidah binti Mokhtar -
Cempedak Goreng Cempedak Goreng
#goldenapron #level10 Hidangan yang sesuai dimakan pada bila2 masa. Itu saya lah kalau orang lain selalunya makan pada waktu petang aje...dan ini antara makanan kesukaan saya. Maklum ajelah cempedak goreng ni kalau beli kat luar mak aiiihh rege boleh tahan eh. Jadi xpuas makan orang kata kan. Hah! Molek benar lah kiranya kita godek2 sendiri dan dapatlah makan banyak skit dari yang biasa beli tu. Heaven weiii dapat makan cempedak goreng nih. Nak pulak makan panas2. Nunees -
Cempedak Goreng Cempedak Goreng
Resepi yang ibu nak kongsikan kali ni adalah resepi yang sangat senang iaitu cempedak goreng.Ada pelbagai cara dan resepi untuk membuat bancuhan tepung untuk menggoreng cempedak ni. Di sini ibu kongsikan cara dan tips untuk mendapatkan cempedak goreng yang rangup krup krap, krup krap cara ibu. Tipsnya ialah dengan memasukkan beberapa sudu minyak masak yang telah dipanaskan ke dalam bancuhan tepung dan juga dengan menambahkan tepung beras. Bancuhan tepung ini juga boleh digunakan untuk menggoreng pisang, keledek, keladi, kentang dan bermacam-macam lagi. Kalau nak salutan tepung yang tebal, boleh bancuh tepung pekat sedikit. Kalau nak salutan yang nipis pula boleh cairkan sedikit bancuhan tepung ni. Korang boleh cuba buat bancuhan tepung ni, pasti tak akan menyesal.#goldenapron2020 Nora Hj Talib -
Cempedak Goreng Cempedak Goreng
Musim cempedak hampir ke penghujung nya. Saya ni memang la penggemar buah cempedak dari isi nya, biji dan kulit nya. Memang tak rugi kalau beli sekali pun harga kayangan sebab semua nya boleh dimakan kecuali kulit luar nya sahaja yang harus dibuang. Paling suka dibuat goreng. Memang laku keras. Dapur Yusfarisyia -
Cempedak Goreng Cempedak Goreng
#goldenapron2020 #minggu15 menu minum petang sangatlah sesuai. Musim buah Cempedak ni merasalah makan Cempedak Goreng. Saya suka makan buahnya saja. Selamat mencuba guys. Roselina Hanid
Lebih Banyak Resipi
https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/15396197
Komen (8)
Sedapnya...kesukaan saya ni