Cempedak Goreng

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Musim cempedak hampir ke penghujung nya. Saya ni memang la penggemar buah cempedak dari isi nya, biji dan kulit nya. Memang tak rugi kalau beli sekali pun harga kayangan sebab semua nya boleh dimakan kecuali kulit luar nya sahaja yang harus dibuang. Paling suka dibuat goreng. Memang laku keras.

Cempedak Goreng

Musim cempedak hampir ke penghujung nya. Saya ni memang la penggemar buah cempedak dari isi nya, biji dan kulit nya. Memang tak rugi kalau beli sekali pun harga kayangan sebab semua nya boleh dimakan kecuali kulit luar nya sahaja yang harus dibuang. Paling suka dibuat goreng. Memang laku keras.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2 cawantepung beras
  2. 2 sudu besartepung gandum
  3. 1 sudu kecilgaram
  4. 1 sudu besargula
  5. 1/2 sudu kecilserbuk kunyit/pewarna kuning
  6. 1 sudu kecilair kapur
  7. 4-5ais ketul
  8. 1 1/4 cawanair sejuk (jika pekat boleh ditambah dalam 1-2 sudu besar air)
  9. secukup nyaMinyak masak untuk menggoreng
  10. 1 bijibuah cempedak

Cara Memasak

  1. 1

    Bancuh tepung beras, tepung gandum dengan serbuk kunyit, garam, gula dan air kapur.

  2. 2

    Masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul rata dan masukkan ketulan ais. Adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Panaskan minyak masak, masukkan buah cempedak yang hendak digoreng ke dalam adunan. Salut buah dengan adunan hingga semua nya tersalut rata.

  3. 3

    Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Sedia untuk dinikmati.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Resipi Sepertinya