Kek Coklat Moist

Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik

Lama sungguh tak buat ni.. Teringin nak makan, Tiber... Pada hal sesudu aje masuk perut😅 tapi kalau yang sejuk baru keluar dari peti ais tu.. WOW sangat sedappp... lembut, gebus moist..
Senang aje, kisar-kisar.. kacau-kacau.. siap

Kek Coklat Moist

Lama sungguh tak buat ni.. Teringin nak makan, Tiber... Pada hal sesudu aje masuk perut😅 tapi kalau yang sejuk baru keluar dari peti ais tu.. WOW sangat sedappp... lembut, gebus moist..
Senang aje, kisar-kisar.. kacau-kacau.. siap

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2 cawantepung gandum
  2. 1 cawanserbuk koko
  3. 1 sudu tehsoda bikarbonat
  4. 1 cawansusu pekat manis
  5. 1 cawanminyak jagung
  6. 1 cawanair panas
  7. Bahan kisar/blend :
  8. 1 cawangula pasir
  9. 4biji telur
  10. coklat ganache
  11. Bahan-bahan :
  12. 500 gramcoklat compound (milk/dark)
  13. 200 mlUHT whipping cream
  14. 2sudu besar butter/golden syrup

Cara Memasak

  1. 1

    Di dalam bekas, bahan kering diayak bersama. Kemudian tuangkan susu pekat manis, gaul merata dan sekata.

  2. 2

    Selepas itu tuang bahan yang dikisar pula, gaul sekata lagi guna senduk.
    Masukkan minyak jagung gaul sekata hingga licin. Akhir sekali, masukkan air panas sedikit-sedikit sambil mengacau hingga sebati.

  3. 3

    Sediakan loyang 7 atau 8 inci yang telah disapu nipis dengan minyak. Masukkan adunan dan kukus selama 60 minit. Pastikan air kukusan telah mendidih dan panas terlebih dahulu.

  4. 4

    Penyediaan Coklat Ganache :
    Coklat dipotong kepada kepingan kecil supaya mudah dan cepat cair. Cairkan coklat cara double boiler.

  5. 5

    Selepas itu letak UHT WP kacau hingga sebati dan licin. Masukkan pula golden syrup dan dikacau hingga sekata, tutup api dan ketepikan.

  6. 6

    Siram ganache di atas kek coklat yang telah disejukkan dahulu. Sedap dimakan sejuk.

  7. 7

    NOTA :
    ✅Jika tak nak guna loyang pun takpe.. guna container multipurpose plastik pun boleh. tak perlu sapu mentega/minyak pada bekas.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik
pada
Dapur MerecikFollow saya di CookPadFollow FB Julia Aleen AireishFollow IG julia_aleenaireishSuka up macam-macam resipiMasak dengan penuh kasih sayang baru merecik
Baca lagi

Komen (7)

Ruhasliza Hashim
Ruhasliza Hashim @Note12345
Lps ni blh buat tanpa was2....TQ sis

Resipi Sepertinya