Sayur Kacang Panjang Goreng Hati

Fridge Moment : #Misi1 #CookRace
Dalam peti sejuk ada lebihan kacang panjang dan ada hati ayam. Di rak dapur di ruang rempah-ratus pula ada serbuk kunyit, memang ngam sangat dengan resipi sayur kacang panjang goreng hati dari Aznie, cuma saya ada tambah sedikit bahan-bahan lain. Memang sedap, sebijik resipi yang mak saya selalu buat dahulu kala cuma saya jarang masak hati ayam/daging atas faktor kesihatan tetapi sekali-sekala tu kira okay lah kan? Memang sedap, terima kasih @Sirap_Cheese atas indpirasi resipi nya 🥰 #WAJIBcooksnap
Sayur Kacang Panjang Goreng Hati
Fridge Moment : #Misi1 #CookRace
Dalam peti sejuk ada lebihan kacang panjang dan ada hati ayam. Di rak dapur di ruang rempah-ratus pula ada serbuk kunyit, memang ngam sangat dengan resipi sayur kacang panjang goreng hati dari Aznie, cuma saya ada tambah sedikit bahan-bahan lain. Memang sedap, sebijik resipi yang mak saya selalu buat dahulu kala cuma saya jarang masak hati ayam/daging atas faktor kesihatan tetapi sekali-sekala tu kira okay lah kan? Memang sedap, terima kasih @Sirap_Cheese atas indpirasi resipi nya 🥰 #WAJIBcooksnap
Cara Memasak
- 1
Tumbuk bahan- bahan yang bertanda* panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan hati ayam dan gaulkan hingga hati masak. Masukkan air.
- 2
Masukkan kacang panjang dan bawang holland, gaul rata kemudian masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Adjust mengikut kesesuaian masing-masing. Tutupkan api dan boleh la dihidangkan.
Resipi Sepertinya
-
Kacang Panjang Goreng Pedal Ayam Kacang Panjang Goreng Pedal Ayam
Saya suka makan pedal ayam, suka rasa kenyal-kenyal nya. Dibuat satay juga sedap. Hari ini digoreng bersama sayur kacang panjang.Kacang panjang lagi? 😁 suami beli borong banyak, kami hanya bertiga sahaja di rumah ni jadi kalau dibiarkan lama nanti sayur nya sudah jadi tidak segar lagi. Kena juga buat daripada jadi lembik dan kekuningan. Tak nak membazir. No! No! No! Dapur Yusfarisyia -
Hati Pedal Ayam Goreng Dengan Kacang Panjang Hati Pedal Ayam Goreng Dengan Kacang Panjang
Hati pedal ayam kampung yang dibuat masak lemak tu akak goreng kunyit dengan kacang panjang.Biasa kalau beli ayam daging memang akak tak ambik hati pedal dia sebab kalau masak pun tak dak yang nak makan.Tapi ayam kampung punya selesai pulak depa hadap. Suami akak kata kalau hati pedal ayam kampung lebih sedap rasanya.Iya la kot..Akak no komen, jadi tukang masak jer sebab akak memang tak makan organ dalaman ni, tak kiralah mai dari kampung or bandar.. hihi. Norashikin Rahmat -
👩🍳Ayam Goreng Kunyit Kacang Buncis 👩🍳Ayam Goreng Kunyit Kacang Buncis
Fridge Moment#Misi1Pilih 3-5 bahan dari peti sejuk masing-masing dan taip bahan tersebut di ruang Carian Cookpad. Pilih salah satu resipi dari hasil carian tersebut, Cooksnap & muatnaik resipi olahan anda.Dalam peti ais; ada lobak merah,cili merah dan kacang buncis. Ada juga dada ayam ada 3 keping. Sudah ada idea nak masak apa tetapi nak cari juga cadangan dari CP.Taip bahan ini dari carian CP 🔗; keluarlah beberapa resepi ayam goreng kunyit termasuklah resipi Ayam Goreng Kunyit & Kacang Panjang sis theduch.ess@elt4suri4 TKasih 🌹Ganti kacang panjang dengan kacang buncis. Ubah beberapa bahan yang ada dalam fridge; dan hasilnya sememangnya sedap. #WajibCooksnap 📸👍Resipi 65/2022 Mahadiah -
Kacang Panjang Goreng Campur Hati Kacang Panjang Goreng Campur Hati
Lama dah tak goreng kacang panjang dengan hati ayam.. Menu ni tak ada peminat sangat kalau kat rumah ni🤭Tapi sebab hari ni.. teringin nak makan.. So buatkan jelah walaupun kuantiti nya sikit.. FZ Adzlin -
Kailan Tumis Sos Tiram Dan Ayam Kailan Tumis Sos Tiram Dan Ayam
Fridge Moment : #Misi1 #CookRaceDalam peti sejuk ada sayur kailan, isi ayam dan sos tiram, saya cari resipi di Cookpad dan resipi @dapurfaafeefoo yang memikat hati saya cuma saya ubah sedikit bahan-bahan nya. Memang sedap sangat dimakan ketika masih panas. Sekejap je licin, terima kasih Faa atas inspirasi resipi nya 🥰. #WAJIBcooksnap Dapur Yusfarisyia -
Kacang Panjang Tumis Kunyit Kacang Panjang Tumis Kunyit
Lauk yang mudah je untuk makan siang tadi. Hujan turun dengan lebat nya, kilat dan guntur memang kuat sangat. Sambil masak kepala asyik ingat kat 🐈🐈🐈 kucing-kucing di depan belum ditutup tirai mereka takut tempias hujan. Lepas masak cepat-cepat berlari jenguk kucing-kucing di depan, lahai.. kesian kesemua seperti ketakutan 😞 Bila mereka nampak saya datang, kesemua menegur tak henti-henti seolah-olah nak bagitau mereka takut. Lepas tirai sangkar mereka ditutup, baru lah mereka diam (lega sikit kot tak rasa sejuk). ❤️🐈 Dapur Yusfarisyia -
Pedal Ayam Goreng Kari Pedal Ayam Goreng Kari
Salah satu bahagian ayam yang digemari. Saya juga menggemari hati ayam tetapi disebabkan faktor kesihatan saya harus kurangkan pengambilan hati ayam. Pedal ayam ni kadang saya masak satay, masak kicap dan masak bercili tetapi suami saya minta dimasak kari kering. Dapur Yusfarisyia -
Kacang Panjang Goreng Kari Kepala Sotong (Mottainai : Rescue) Kacang Panjang Goreng Kari Kepala Sotong (Mottainai : Rescue)
#RescueWhatsDying #WorldFoodDay#CookEveryPart1 resipi #mottainaiSotong biasa nya kalau beli borong memang kepala nya akan saya asingkan. Salah satu nya saya tak suka masak sekali dengan badan nya kerana kepala nya akan jadi kecil dan kecut bila nak makan kepala tu pun dah tak nampak lagi 😂 jadi saya akan asingkan. Kalau simpan lama-lama dalam peti sejuk pun bukan nya sedap nanti apabila dimasak. Jadi hari ni daripada membazir saya nak perhabiskan kepala sotong tu. Serbuk kari pun dah tinggal sedikit jadi saya gunakan juga untuk masakan ni. Dapur Yusfarisyia -
Hati Ayam Masak Kicap dengan Kacang Panjang & Shitake Hati Ayam Masak Kicap dengan Kacang Panjang & Shitake
1538/2023Tah mana satu hati ayam, mana satu shitake pun tatau..hehe. Terlebih kicap..sebenarnya masak ni untuk cabaran GA23 gunakan kacang panjang + shitake. Tapi terlupa pulak nak post ke cabaran..hehe. Sesimple Loralin -
Kacang Panjang Goreng Sotong Kacang Panjang Goreng Sotong
Ini pun masak campak-campak juga gara-gara mata terasa berat sangat. Masak setakat yang mampu je sebab nak uruskan kucing-kucing lagi. Masak dua menu pun sudah cukup untuk dimakan. Alhamdulillah selesai juga memasak dan uruskan kucing-kucing. Dapur Yusfarisyia -
Kacang Panjang Tumis Hati Ayam Kacang Panjang Tumis Hati Ayam
Suka sangat dengan menu yang satu ni. Dulu arwah abah selalu masak ni time Aznie kecil-kecil. Memang Aznie-adik beradik suka menu ni. simple je cara nak memasaknya. Makan dengan nasi panas-panas memang ngam. Aznie Khasri -
Kacang Panjang Goreng Kacang Panjang Goreng
Menu berbuka untuk hari ini, kacang panjang goreng bersama hati dan pedal ayam.#sostiram#kacangpanjang#cilipadi#GlobalApron2024 Nana Isya
Lebih Banyak Resipi
Komen (6)