Apam susu (corak rose)

Adura Amin
Adura Amin @belanga_aduraamin

Disebabkan tak de aktiviti nak buat, start scroll kat fb.... berkenan dengan apam susu sebab bahan2 mudah dan sedia ada kat dapur je... kejadiannya selepas rajin tadaaaa 😂

Apam susu (corak rose)

25 orang bercadang membuatnya

Disebabkan tak de aktiviti nak buat, start scroll kat fb.... berkenan dengan apam susu sebab bahan2 mudah dan sedia ada kat dapur je... kejadiannya selepas rajin tadaaaa 😂

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

4 - 5 orang
  1. 3/4 cawangula pasir *
  2. 4biji telur saiz B (dari peti sejuk) *
  3. 1sudu kecil esen vanilla*
  4. 1sudu besar ovalet *
  5. 4sudu besar susu pekat *
  6. 2 cawantepung gandum

Cara Memasak

  1. 1

    Campur bahan- bahan bertanda * ke dalam blender, blend hingga betul- betul gebu dan nampak adunan jadi putih.

  2. 2

    Tuang adunan tadi ke dalam bekas dan masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum sambil digaul menggunakan senduk.

  3. 3

    Dah sebati.... boleh sediakan periuk kukusan.

  4. 4

    Saya tak warnakan adunan, hanya gunakan pewarna untuk lorekan di atas apam tersebut.

    Jika nk bahagikan dan campur pewarna juga boleh.

  5. 5

    Letakkan papercup ke dalam acuan lompang, tuang adunan tadi. Lorekan ikut kreativiti sendiri.

  6. 6

    Kukus selama 10-15 minit jika menggunakan acuan lompang.

    Atau kukus selama 30-40 minit jika menggunakan loyang besar...

    Kukus hingga masak.

  7. 7

    Tips :-

    1. Gunakan api yang kecil supaya apam tidak merekah dibahagian atas.

    2. Gunakan telur dari peti sejuk supaya tesktur apam lembut walaupun dah sejuk.

    Selamat mencuba...

  8. 8
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Adura Amin
Adura Amin @belanga_aduraamin
pada
seorang ibu kepada 2 orang anak, gemar mencuba pelbagai resepi menarik 😁
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya