🍈🍪Passionfruit Shortbread (Shortbread Markisa) 🍪🍈

Cookies Monster 🍪
Cookies Monster 🍪 @kukimonster

Shortbread kegemaran sebelum kahwin. Tapi buku resipinya tertinggal di n9. Mak pos buah markisa merah ke Pahang. Google resipi untuk membuatnya kali ini. Da banyak resipi di google. Tak ingat yang lama ambil dimana😬 Kita cuba jela yang ada rupa ala2.

Adunan terlembik sikit. Mungkin buah markisa yang digunakan terlebih jus atau penimbang tadi buat hal😆 Boleh je ratakan dekat pan, cucuk2 garfu dan potong siap2 sebelum mengeras. Tapi nak buat shape bulat juga.

Kita simpan sini resipi untuk try lagi sekali nanti. Inshaa Allah. Baki jus da simpan freezer. Aifa xminat biskut ini sebab memang melt in mouth terus. Just aktiviti dengan dia di hari pertama puasa.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

+/-30-40 keping
  1. 150 gmbutter (sy guna Salted Anchor)
  2. 1/4 cawangula kastor
  3. 1/4 cawantepung beras
  4. 1 cawantepung gandum
  5. 2 bijimarkisa (ambil jus, biji jika mahu mcm mkn kekacang)
  6. 1 tbsptepung jagung (optional tiada dalam resipi)
  7. Sedikitbaking powder
  8. Secubit serbuk kulit kayu manis (optional tiada dalam resipi)
  9. Secukupnyagula kastor untuk dusting
  10. Secukupnyagula icing untuk dusting

Cara Memasak

  1. 1

    Putar butter hingga berkrim

  2. 2

    Masukkan gula kastor dan putar lagi hingga gebu.

  3. 3

    Masukkan bahan2 kering. Gaul rata.

  4. 4

    Potong markisa, tapis ambil jusnya. Boleh juga masuk sekali biji. Lebih sedap sebenarnya. Biji markisa boleh dimakan. Cuma saya nak pakai bijinya untuk semaian🤭. Juga kurang minat ada biji2.

  5. 5

    Panaskan oven suhu 130-150 C ikut panas oven masing2 sambil bentukkan bulat2. Atau ratakan je dekat pan. Da masak nanti potong siap2 sebelum mengeras.

    Nota :
    🌸Dusting gula kastor sebelum bakar 15-20 min.
    🌸Jarakkan bebola sebab ia akan mengembang.

  6. 6

    Siap bakar, dusting gula icing. Nyum3. Boleh dinikmati berbuka nanti😍

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Cookies Monster 🍪
Cookies Monster 🍪 @kukimonster
pada
Hi! Saya seorang herbalist..botanist☺️.tapi suka makan kek n biskut jugaaa😌Love gardening n explore new things..🧙Enjoy cooking, baking very mucchhhdan... suka cuba resipi kuban2🤭🤭follow la kiter kat🫶fb/iG /sopee : @lamanaifatiya🫶https://t.me/lamanaifatiya
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya