Ikan Tongkol Goreng Tepung Bestari

Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Resipi dalam draf juga.
Selalu goreng ikan campur kunyit dan garam jer. Kunyit hidup takde, serbuk kunyit pun habis. Kita ganti dengan serbuk kari dan tambah tepung pedas bestari. Makan panas-panas dengan sambal kicap cili potong, gu dengan sup sayur sawi dan nasi putih pun dah cukup.
Cara Memasak
- 1
Satukan ikan, serbuk kari, tepung pedas Bestari.
- 2
Gaul rata dan biarkan seketika. Panaskan minyak masak, goreng ikan hingga masak, angkat dan toskan.
- 3
Satukan kesemua bahan untuk kicap pedas cili potong dan adjust rasa mengikut sesuai selera. Sedia dinikmati bersama sambal kicap tadi.
Carian Teratas bagi
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
Ikan Tongkol Masak Kicap Ikan Tongkol Masak Kicap
Global Apron 2024 Challenge 12: TiruvasiCooksnap daripada adik @cook_34615991 tetapi saya ada tak letak cili kisar, saya gantikan dengan cili kering potong, saya lebihkan rasa pedas daripada kicap pedas manis mashuri, saya juga tak letak bawang holland dan cili padi potong. Saya tabur daun parsli kering sebab daun parsli dan daun sup takde.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Ikan tongkol (2) + sos tiram (1) Dapur Yusfarisyia -
Kari Ikan Tongkol Kari Ikan Tongkol
Global Apron 2024 Challenge 18: Rainy Day ☔️Masak kari sememang nya kegemaran cik suami dan anak bujang, asal masak kari jer memang tak pernah jemu. Bagi saya dan anak dara saya pulak lebih suka kari ikan.Kalau cuaca sering hujan, dapat makan menu kegemaran lagi lah seronok. Lagi bertambah-tambah nasi. Buat pulak kari yang ekstra pedas, fuhhh! Memang berpeluh makan dengan nasi panas.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Biji ketumbar (1) + biji sawi (1) + halba (2) + halia (1) + lobak merah (1) Dapur Yusfarisyia -
Ikan Yu Masin Goreng Ikan Yu Masin Goreng
Resipi dalam draf juga.Tekak terasa nak makan ikan pari masin tapi tak jumpa. Mak saya dulu-dulu suka buat ikan masin tak kira lah apa jua jenis ikan. Mak jugak rajin buat keropok daripada ubi kayu. Apabila waktu hujan, kami ni la (anak-anak) yang berebut-rebut tolong angkat ikan-ikan kering dan keropok-keropok yang dijemur tu. Seronok sangat kalau ingat waktu tu. Kalau jemuran yang tinggi-tinggi tu si abang lah yang tolong angkatkan. Mak jemur tinggi-tinggi sebab nak elak daripada kucing-kucing datang kacau.Paling suka makan ikan pari masin tumbuk cicah sos limau bawang putih. Mak tumbuk ikan pari masin yang telah digoreng sebab ikan tu liat apabila nak gigit. Bila ditumbuk baru lah boleh dimakan dengan laju nya. 😄 Dapur Yusfarisyia -
Ikan & Terung Bakar Air Asam Ikan & Terung Bakar Air Asam
Sihat Tapi Syiok! 👍Resipi dalam draf juga. Makanan sihat yang sangat simple dan cepat. Takde guna minyak tapi makan boleh bertambah-tambah pulak 🤭 Dapur Yusfarisyia -
Kerabu Ikan Kilat Masin Kerabu Ikan Kilat Masin
Global Apron 2024 Challenge 15: Hometown FaveKebetulan ada stok ikan kilat masin yang dibeli di perkampungan nelayan di daerah Lundu. Kalau dahulu memang selalu pergi ke rumah-rumah adik beradik belah arwah fil di daerah Samarahan. Kalau pergi ke sana memang seronok dapat singgah berbeli produk dari kampung di sana. Mereka juga datang dari keluarga nelayan dan pekebun. Paling suka beli kuih-muih tradisional kampung, ikan-ikan kering, cencaluk, belacan dan hasil-hasil kebun. Paling suka apabila bab makan di sana, semua hidangan ala kampung, nasi pulak dari beras bukit. Memang sesuai sangat makan dengan sambal belacan dan ulam-ulaman, ikan kering goreng dan sayur hutan. Kerabu ikan kering pun saya belajar dari sana. Tak semesti nya menggunakan ikan kilat, asal ada isi ikan yang nipis pun janji rangup dan tak berapa sangat masin nya. Dalam resipi ni saya skip bunga kantan sebab takde.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Cili (R) + cuka (1) + ikan masin (2) Dapur Yusfarisyia -
Kukus Ikan Bawal Cermin Kukus Ikan Bawal Cermin
Jiwa Malaysia 🇲🇾#MalaysiaMonth #HariMalaysiake61 #16September#SeptemberChallenge #MasakanFusionMalaysiana #LambangPerpaduanMasyarakat #BerbilangKaum#KepelbagaianBudayaMasak stim ikan cara Melayu akan letak serai, cili, bawang besar, bawang putih, asam gelugur atau jus asam jawa, sebab takde saya ganti jus limau, tetapi saya gabungkan dengan cara masakan orang Cina dengan menggunakan banyak bawang putih, halia serta serbuk lada sulah dan penggunaan minyak bijan. Dapur Yusfarisyia -
Ikan Terubuk Masin Goreng Perah Limau & Cili Ikan Terubuk Masin Goreng Perah Limau & Cili
Global Apron 2024 Challenge 29: BORNEO FOOD#MerdekaMonth #MalaysiaMonth #HariMalaysiake61 #16September🇲🇾#Sabah #Sarawak #BorneoFoodCultureResipi terubuk masin goreng perah limau cili memang famous di Sarawak kerana itu resipi yang tersangattt mudah, sedap pun sedap. Ikan terubuk masin yang fresh memang sangat sedap kerana tahap masin nya tak seberapa, cukup lemak nya, perah pulak jus limau kasturi, makan pulak dengan cili padi potong, "perghhh! Nyaman sekali tek" (bak kata Sajat 🤣). Bagi bukan penggemar ikan yang banyak tulang mesti akan cakap, "biase jer nyah" (bak kata Jana Nick 😅).#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Cili padi (1) + ikan masin (R) + (5 BONUS POINT per resipi jika guna ikan terubuk masin) + limau kasturi (R) Dapur Yusfarisyia -
Bihun Goreng Thai Chili In Oil Bihun Goreng Thai Chili In Oil
Tahun Baru, Bahan Baru 🥑🦞🍒Assalamualaikum semua sahabat handai atau lebih dikenali keluarga Cookpad semua ❤️. Lama juga takde hantar resipi di Cookpad App. Maaf sangat-sangat keadaan kesihatan tidak mengizinkan. Masak tu memang ada cuma takde kesempatan hendak mengambil gambar step by step dan kebanyakan menu masakan pun pernah dihantar di Cookpad.Hari ni hari terakhir untuk menghantar resipi untuk banner tahun baru 2025. Cuba juga untuk menghadap skrin elektronik walapun mata masih lagi terasa kurang selesa melihat skrin telefon bukan kerana tahap keterangan pada skrin telefon tetapi keadaan mata yang bermasalah.Hari ni mencuba bahan baru iaitu chili in oil Thai sebab dah lama teringin mencuba menggoreng bihun menggunakan chili in oil Thai. Selalu dengar jer orang bagitau chili in oil Thai ni boleh digunakan untuk menu-menu yang lain. Tak pernah lagi cuba untuk menu-menu yang lain, so hari ni cuba untuk goreng bihun. Kebetulan sayur sawi dan taugeh dah habis, malas pulak nak ke kedai sebab banyak jalan dinaiki air sebab banjir.#TahunBaruBahanBaru Dapur Yusfarisyia -
Kerabu Ayam Goreng Kerabu Ayam Goreng
Global Apron 2024 Challenge 23: PUTIH 🤍#MerdekaMonth #Ogos #WarnaJalurGemilang 🇲🇾Hari ni masak yang simple jer, goreng ayam dan campur dengan bahan sayuran yang lain. Tambah bahan perasa seperti masam, manis, masin, pedas.. Alhamdulillah sedappp 😋#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Lobak putih (2) + putih telur (1) + tepung beras (R) + tepung gandum (R) + white meat (1) Dapur Yusfarisyia -
Kuih Siput Kuih Siput
Resipi dalam draf juga.Cooksnap daripada adik @nur_shazrina tetapi saya campur tepung pedas bestari sebab nak rasa pedas.Zaman dulu-dulu, mak saya mesti buat kuih siput untuk Hari Raya Aidilfitri. Kami ni lah yang akan berebut-rebut tolong mak menyiput. Ada yang ntah apa-apa bentuk nya 😅. Sebab dulu mana ada masa melayan tv sebab dulu rancangan-rancangan di tv tak banyak macam sekarang, chanel pun tak banyak. Jadi tak tau nak buat apa, tolong mak jer la. Dapur Yusfarisyia -
Fish Curry With Tomato Fish Curry With Tomato
Global Apron 2024 Challenge 26: INDIAN FOOD #MalaysiaMonth #HariMalaysiake61 #16SeptemberDi rumah kami ni memang penggemar kari. Saya dan si dara saya lebih gemar kari ikan. Untuk cabaran 26 (Indian Food), saya masak kari ikan pelaling. Di dalam resipi ni saya guna pes kari yang dibuat sendiri dan langsung takde guna serbuk kari atau pes kari yang ready-made. Sedap makan dengan chapati.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Biji ketumbar (1) + biji sawi (1) + daun kari (2) + halba (2) + kunyit (1) + tomato (1) Dapur Yusfarisyia -
Mi Goreng Daging Simple Mi Goreng Daging Simple
Global Apron 2024 Challenge 22: Merah ❤️#MerdekaMonth #Ogos#WarnaJalurGemilang 🇲🇾Dalam minggu ni badan terasa lemau sangat, tak tau kenapa. Nak buat kerja-kerja rumah pun rasa macam tak larat. Bahan-bahan untuk cabaran 22 (merah) duduk terperuk di dalam peti sejuk. Buah delima akhir nya habis diratah tanpa dibuat apa-apa menu 😆. Buah epal merah pun sama hampir habis dimakan si dara dan cik abe saya. Buah naga dan anggur merah jer masih tak terusik.Mi goreng daging ni saya buat malam tadi dengan daging korban yang masih berbaki di dalam freezer. Bila ada sakit tekanan darah tinggi jarang masak daging walau pun masih ada daging di dalam freezer. Daging lembu kali ni saya rebus dahulu sebab nak buang air rebusan nya kerana sebelum ni saya dan suami lepas makan daging korban yang telah dimasak merasa sakit kepala. Sebelum ni makan daging yang dibeli, takde pulak sakit kepala.Tiber perut lapar malam hari. Bunyi bising rumah dengan atap spandex apabila hujan lebat. Nasib baik lepas habis snap gambar, "tup!" Blackout. Menggelabah 🤣#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Red meat (3) + sos cili (1) + sos tomato (1) Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi Pilihan
https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/16681422
Komen