Bihun Goreng Thai Chili In Oil

Tahun Baru, Bahan Baru 🥑🦞🍒
Assalamualaikum semua sahabat handai atau lebih dikenali keluarga Cookpad semua ❤️. Lama juga takde hantar resipi di Cookpad App. Maaf sangat-sangat keadaan kesihatan tidak mengizinkan. Masak tu memang ada cuma takde kesempatan hendak mengambil gambar step by step dan kebanyakan menu masakan pun pernah dihantar di Cookpad.
Hari ni hari terakhir untuk menghantar resipi untuk banner tahun baru 2025. Cuba juga untuk menghadap skrin elektronik walapun mata masih lagi terasa kurang selesa melihat skrin telefon bukan kerana tahap keterangan pada skrin telefon tetapi keadaan mata yang bermasalah.
Hari ni mencuba bahan baru iaitu chili in oil Thai sebab dah lama teringin mencuba menggoreng bihun menggunakan chili in oil Thai. Selalu dengar jer orang bagitau chili in oil Thai ni boleh digunakan untuk menu-menu yang lain. Tak pernah lagi cuba untuk menu-menu yang lain, so hari ni cuba untuk goreng bihun. Kebetulan sayur sawi dan taugeh dah habis, malas pulak nak ke kedai sebab banyak jalan dinaiki air sebab banjir.
#TahunBaruBahanBaru
Bihun Goreng Thai Chili In Oil
Tahun Baru, Bahan Baru 🥑🦞🍒
Assalamualaikum semua sahabat handai atau lebih dikenali keluarga Cookpad semua ❤️. Lama juga takde hantar resipi di Cookpad App. Maaf sangat-sangat keadaan kesihatan tidak mengizinkan. Masak tu memang ada cuma takde kesempatan hendak mengambil gambar step by step dan kebanyakan menu masakan pun pernah dihantar di Cookpad.
Hari ni hari terakhir untuk menghantar resipi untuk banner tahun baru 2025. Cuba juga untuk menghadap skrin elektronik walapun mata masih lagi terasa kurang selesa melihat skrin telefon bukan kerana tahap keterangan pada skrin telefon tetapi keadaan mata yang bermasalah.
Hari ni mencuba bahan baru iaitu chili in oil Thai sebab dah lama teringin mencuba menggoreng bihun menggunakan chili in oil Thai. Selalu dengar jer orang bagitau chili in oil Thai ni boleh digunakan untuk menu-menu yang lain. Tak pernah lagi cuba untuk menu-menu yang lain, so hari ni cuba untuk goreng bihun. Kebetulan sayur sawi dan taugeh dah habis, malas pulak nak ke kedai sebab banyak jalan dinaiki air sebab banjir.
#TahunBaruBahanBaru
Cara Memasak
- 1
Panaskan minyak masak dan goreng telur dan hancur-hancurkan. Angkat, tapis minyak nya dan ketepikan. Guna minyak masak yang sama, tumis bahan kisar hingga kekuningan. Masukkan sosej jumbo dan udang, kacau seketika.
- 2
Masukkan Thai chili in oil dan kacau rata. Masukkan lobak merah, kacau sebati.
- 3
Masukkan bihun, kicap pedas mashuri, kicap masin, secukup rasa dan gula. Adjust sesuai selera. Gaul rata dan sebati, tutupkan api dan boleh dihidangkan bersama perahan jus limau nipis/limau kasturi.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Carian Teratas bagi
Resipi Sepertinya
-
Nasi Goreng Sahur Nasi Goreng Sahur
Ramadan 2025 Challenge 2 : Ramadan Tiba! 🕌🌙Tinggal berdua memang selalu tak habis nasi. Kalau dibiarkan nasi sampai ke esok petang memang akan basi. Peti ais pun dah takde ruang untuk simpan. Saya buat jer nasi goreng untuk sahur. Mudah dan ringkas. Kali ni saya buat nasi goreng kerana saya menggunakan chili in oil Thai dan serbuk perisa udang homemade, ternyata sedap 😋.#Ramadan2025#Challenge2#RamadanTiba Dapur Yusfarisyia -
Bihun Goreng Malas Bihun Goreng Malas
Global Apron 2024 Challenge 37: Breakfast 🍳CHALLENGE 37: BREAKFAST 🍳Resipi dalam draf jer sebab masih tak berapa sihat nak memasak dan penglihatan pun masih kurang baik hendak menghadap skrin handphone.Selain nasi goreng, bihun/mi goreng juga antara salah satu resipi untuk breakfast buat kami sekeluarga. Kalau dah breakfast nasi goreng atau bihun/mi goreng, memang tak makan tengahari dah sebab masih kenyang. Tinggal nak masak untuk makan malam jer lagi.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Telur (1) + cendawan (1) + cili kering (1) + bihun (1) Dapur Yusfarisyia -
Bihun Goreng Bihun Goreng
Cookpad Apron 2025 : Week 10Cookpad Magic 🛒 Week 10 :-🛒Sotong🛒BihunBakal menantu datang lagi tengahari semalam, siap bagi salam melalui tingkap rumah. Terkejut mendengar suara nya di tingkap rumah ruang tamu sebab saya baru selesai mandi tak dapat nak buka pagar rumah sebab masih berkemban, serah jer kunci pagar pada bakal menantu melalui tingkap. Saya terus masuk ke bilik untuk bersiap tetapi di dalam hati bertanya kenapa bakal menantu memakai pakaian seperti orang nak pergi majlis kenduri? Melalui tingkap bilik saya, saya melihat ke arah kereta bakal menantu ternampak ada sosok tubuh seorang lelaki keluar daripada kereta dari arah tempat duduk pemandu. Laa.. Bertuah punya anak! Balik rumah buat kejutan lagi, tapi dia tak tahu yang saya dah pun ternampak dia 😆Lepas jer dah bersiap memakai pakaian, saya keluar dari bilik, bakal menantu pun siap bersalam cium tangan dan pipi. Saya terus cakap "Aieee.. macam baru lepas pergi majlis kenduri jer korang berdua?" Dia terus gelak dan cakap "sorry sebab Aip tak bagitau pun nak balik. Awal pagi tadi dia call suruh ambil dia dekat airport. Lepas tu kami pergi majlis kenduri kawan dia yang mana secara kebetulan sama kerja dengan saya (bakal menantu.) Si bujang saya pulak sengeh-sengeh depan pintu beri salam sebab dah terkantoi mama dia dah tahu dulu dah. 😂Saya pula belum lagi makan tengahari. Buat jer stock yang ada kat dapur iaitu bihun goreng.#CookpadApron2025#Week10#CA2025 Dapur Yusfarisyia -
Chili Oil Chicken Marinade NuMee Chili Oil Chicken Marinade NuMee
194/2022/RoadtoWorldRecipes/1312Untuk Peraduan NuMee Semangat Membara. Hakak pilih untuk memasak semula resipi yang dikongsikan oleh Danish Red Kitchen iaitu Chili Oil Versi Danish dan Stir Fry NuMee. Cuma hakak tambahkan dengan Chili Oil Chicken Marinade yang menggunakan Chili Oil Versi Danish. Turut melengkapi hidangan ini, hakak sediakan sup kosong juga. Ala-ala macam makan mee kicap macam tu. Kombinasi gabungan yang sangat enak dan pastinya membuka selera. Ni lah resipi yang hakak ketengahkan iaiitu "CHILI OIL CHICKEN MARINADE NUMEE" 🥰 Salina Jalaludin -
Bihun Goreng Sempoi Bihun Goreng Sempoi
Global Apron 2024 Challenge 13: PicnicBila ada cuti panjang boleh pergi berkelah bersama keluarga. Masa ni lah seronok dapat luangkan masa bersama, dapat buat aktiviti beriadah, menghirup udara segar, melihat pemandangan panorama yang indah. Tak lengkap rasa nya kalau berkelah atau piknik tanpa makanan dan minuman. Buat tak perlu banyak pun portion nya cuma boleh tambah pelbagai menu bagi nampak meriah. Antara menu nya, bihun goreng sempoi.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Bihun (1) + sosej (1) + telur (1) Dapur Yusfarisyia -
Chili Oil Chicken Marinade Chili Oil Chicken Marinade
195/2022/RoadtoWorldRecipes/1313Resipi ayam bakar menggunakan chili oil. Resipi ringkas yang menarik dan sangat lazat ☺️ Salina Jalaludin -
Pan mee chili oil Pan mee chili oil
#Globalapron2024#Challenge27#Chinesefood#MalaysiamonthPan mee chili oil sangat sedap.Magic pantryPan meeShitake mushroomKicap masinMinyak bijan Ani Delighted -
Bihun Sup Garlic Oil Bihun Sup Garlic Oil
223/September2024/TerusMelangkah3k/Cookpad5th/2022 #TerusMelangkah3k❤️ Global Apron 2024 Challenge 27 : Chinese Food ❤️ #GlobalApron2024 #MalaysiaMonthBihun ni inspirasi daripada bihun segera kegemaran ramai iaitu bihun PAMA. Menggunakan garlic dan bahan2 yang persis Chinese sup. Hakak suka sup sebegini sebab rasanya lebih light dan tiada rasa rempah. Kalau gini hirup hingga titisan terakhir kuahnya pun boleh 😋Bahan yang digunakan :* ayam (1 point)* pak choy ( 1 point)Total = 2 points 🎊 Salina Jalaludin -
🌶 SICHUAN CHILI OIL 🌶 SICHUAN CHILI OIL
Bahan wajib ada Sichuan peppercorns. Beli di AEON bahagian rempah, berbaloi meneraiiii sebab jauhhh sedap & wangi dari chili oil yang ada dijuai➡️ source SeonkYong Longest Keroroyz Royz -
Kuetiau Chili Oil With Sausage Kuetiau Chili Oil With Sausage
Selalu tengok orang masak pan mee dengan chili oil kan? Hari ni saya buat guna kuetiaw. Seriously memang sedap. Tak rugi mencuba nya tetapi jujur cakap memang pedas gilerrr 🥵 haha.. Sendiri buat sendiri yang tanggung kepedasan nya. Lupa pula kicap yang saya guna tu kicap manis pedas, kalau guna kicap manis mungkin okay kot kepedasan nya. Jenis cili kering juga mempengaruhi tahap kepedasan nya. Lain kali kena adjust banyak mana penggunaan cili kisar tu. Pedas bagi saya tetapi tak berapa pedas bagi si dara saya kerana lidah dia dah terbiasa makan mi ramyeon korea yang pedas tu.#GoldenApron23 Dapur Yusfarisyia -
Pak Choy Chili Oil Pak Choy Chili Oil
037/Feb2024/Pejuang2kResipi/Cookpad5th/1837 #pejuang2kresipiResipi ni simple je. Untuk chili oil dan kicap tu hakak gunakan lebihan daripada buat Chee Cheong Fun tu. Nanti hakak attach link pada resipi yer. Senang untuk refer. Salina Jalaludin -
Thai Glass Noodle Salad Thai Glass Noodle Salad
Global Apron 2024 Challenge 33: A Taste of Thai 🇹🇭CHALLENGE 33: A TASTE OF THAI 🇹🇭Thai Glass Noodle Salad atau nama lain nya Yum Woon Sen ialah hidangan ruji di mana-mana rumah di Thailand. Mi woon sen ialah mi nipis dan jernih yang diperbuat daripada kanji kacang hijau. Jangan keliru dengan mi kaca Korea yang diperbuat daripada kanji ubi keledek dan memerlukan kaedah yang sama sekali berbeza untuk penyediaan.Di Thailand, mi kaca di anggap baik untuk mereka yang cuba untuk menurunkan berat badan. Bukan kerana ia sangat sihat tetapi kerana mi kaca boleh menyerap lebih banyak air daripada mi beras atau mi gandum. Ianya juga mempunyai rasa yang sangat sedap dengan banyak sayur-sayuran yang segar dan rangup.Oleh kerana amat terhad untuk saya mencari bahan-bahan keluaran negara Thai, maka saya guna sahaja suhun. Rasa nya juga tidak mengecewakan.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :Ayam (1) + cili thai (2) + daun ketumbar (1) + limau nipis (1) + sos nampla (2) + tomato (1) Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen