Mi Goreng Daging Simple

Global Apron 2024 Challenge 22: Merah ❤️
#MerdekaMonth #Ogos
#WarnaJalurGemilang 🇲🇾
Dalam minggu ni badan terasa lemau sangat, tak tau kenapa. Nak buat kerja-kerja rumah pun rasa macam tak larat. Bahan-bahan untuk cabaran 22 (merah) duduk terperuk di dalam peti sejuk. Buah delima akhir nya habis diratah tanpa dibuat apa-apa menu 😆. Buah epal merah pun sama hampir habis dimakan si dara dan cik abe saya. Buah naga dan anggur merah jer masih tak terusik.
Mi goreng daging ni saya buat malam tadi dengan daging korban yang masih berbaki di dalam freezer. Bila ada sakit tekanan darah tinggi jarang masak daging walau pun masih ada daging di dalam freezer. Daging lembu kali ni saya rebus dahulu sebab nak buang air rebusan nya kerana sebelum ni saya dan suami lepas makan daging korban yang telah dimasak merasa sakit kepala. Sebelum ni makan daging yang dibeli, takde pulak sakit kepala.
Tiber perut lapar malam hari. Bunyi bising rumah dengan atap spandex apabila hujan lebat. Nasib baik lepas habis snap gambar, "tup!" Blackout. Menggelabah 🤣
#GlobalApron2024
Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-
Red meat (3) + sos cili (1) + sos tomato (1)
Mi Goreng Daging Simple
Global Apron 2024 Challenge 22: Merah ❤️
#MerdekaMonth #Ogos
#WarnaJalurGemilang 🇲🇾
Dalam minggu ni badan terasa lemau sangat, tak tau kenapa. Nak buat kerja-kerja rumah pun rasa macam tak larat. Bahan-bahan untuk cabaran 22 (merah) duduk terperuk di dalam peti sejuk. Buah delima akhir nya habis diratah tanpa dibuat apa-apa menu 😆. Buah epal merah pun sama hampir habis dimakan si dara dan cik abe saya. Buah naga dan anggur merah jer masih tak terusik.
Mi goreng daging ni saya buat malam tadi dengan daging korban yang masih berbaki di dalam freezer. Bila ada sakit tekanan darah tinggi jarang masak daging walau pun masih ada daging di dalam freezer. Daging lembu kali ni saya rebus dahulu sebab nak buang air rebusan nya kerana sebelum ni saya dan suami lepas makan daging korban yang telah dimasak merasa sakit kepala. Sebelum ni makan daging yang dibeli, takde pulak sakit kepala.
Tiber perut lapar malam hari. Bunyi bising rumah dengan atap spandex apabila hujan lebat. Nasib baik lepas habis snap gambar, "tup!" Blackout. Menggelabah 🤣
#GlobalApron2024
Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-
Red meat (3) + sos cili (1) + sos tomato (1)
Cara Memasak
- 1
Daging dihiris dan direbus cukup hingga mendidih anggaran 5 minit. Buang air rebusan dan cuci sekejap daging, toskan.
- 2
Panaskan minyak masak, tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau. Masak lagi seketika.
- 3
Masukkan air, kicap pekat masin, kicap lemak manis, sos cili, sos tomato, garam dan serbuk perasa, kacau rata. Masukkan mi kuning dan gaul rata.
- 4
Masukkan taugeh dan daun kucai, gaul rata. Adjust rasa mengikut sesuai selera. Pecahkan telur dan pelan-pelan kacau.
- 5
Tutupkan api dan boleh dihidangkan bersama cili padi potong dan limau kasturi.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Mi Goreng Daging Mi Goreng Daging
Global Apron 2024 Challenge 17: SukahatiMenu yang ringkas tetapi lengkap dengan segala sumber khasiat. Sesuai untuk sarapan pagi, makan tengahari mahu pun makan malam. Bagi para ibu atau isteri yang sibuk dengan kerja dan tak cukup masa hendak menyediakan hidangan yang pelbagai khasiat, boleh lah membuat mi goreng, bihun goreng, nasi goreng, pasta dan sebagai nya kerana terdapat sumber karbohidrat, protein dan sebagai nya dalam satu hidangan. Tetapi mi goreng takleh makan selalu sebab badan akan rasa banyak angin. 😅#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :Lembu (3) + serbuk cili (1) + sos tiram (1) + tauhu (1) + taugeh (1) Dapur Yusfarisyia -
Mi Jawa Sarawak Mi Jawa Sarawak
All About Aidiladha 🐐🐂🐪Kalau bercakap pasal daging korban, SEJUJUR nya, tahun ini merupakan tahun keempat kami menerima agihan daging korban. Tidak pernah menerima mana-mana pemberian daging korban pada tahun-tahun sebelum nya. Selalu nya kami hanya mendengar jer adik beradik/ipar duai/rakan-rakan yang tinggal di tempat lain bercerita dapat banyak daging korban. "Hmm.. Beruntung la.. " Kalau nak dibahaskan pun tak guna.Sejak pentadbiran surau dirombak dan dilantik dengan orang baru, baru lah kami dapat merasa daging korban. Setakat ini kami cuma dapat daging nya sahaja. Tak pernah lagi dapat mana-mana bahagian lain lembu/kambing. Syukur alhamdulillah dapat juga merasa daging korban. Sebelum tu kami beli jer daging di pasar untuk dimasak pada Hari Raya Aidil Adha/Raya Haji.Untuk hidangan Raya Haji tahun ni, saya masak mi jawa Sarawak. Kalau arwah bapak saya, dia suka campur sate daging/ayam di dalam mi jawa nya. Di Sarawak memang ada menjual mi jawa campur sate daging/ayam, kira nya add on ekstra la. Memang sedap. Dapur Yusfarisyia -
Daging Goreng Lada Hitam Daging Goreng Lada Hitam
Global Apron 2024 Challenge 18: Rainy Day ☔️Ada lebihan daging yang dibeli untuk Raya Haji hari tu yang belum dimasak. Daging korban pun masih ada berbaki. Saya ni tak berani nak makan daging lembu selalu atau kerap kerana ada masalah kesihatan. Kena kawal kalau nak makan pun mungkin sebulan sekali hehe.. tapi cik suami saya ni memang pantang tengok daging lembu/kambing mesti suruh masak. Disebabkan saya ni ada masalah kesihatan, perasaan risau tu terbawa-bawa hingga ke cik suami dan anak-anak pun saya pesan jangan selalu sangat makan daging lembu 😅Hari ni saya masak untuk cik suami dan anak, tipu lah kalau saya bagitau yang saya langsung tak makan daging tu tadi 😆 memang ada tapi sehiris dua jer asal tak kempunan.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Daging (3)Daun kuchai (2)Leek (R)Kunyit basah (R)Lada hitam (R)Lobak merah (R)Halia (R) Dapur Yusfarisyia -
Mi Sup Sawi Mi Sup Sawi
Global Apron 2024 Challenge 24: KUNING 💛#MerdekaMonth #Ogos #WarnaJalurGemilang 🇲🇾Lama dah tak masak mi sup. Bukan apa, anak-anak dan suami kurang gemar kalau mi sup guna mi kuning. Mereka lebih gemar mi kuning tu digoreng. Si dara saya memang dari dulu tak minat mi kuning tak kira digoreng atau dibuat menu lain. Jika darurat jer baru lah dia akan makan haha.. Hari ni saya akan paksa dia makan sebab saya tak masak nasi atau pun lauk yang lain. Ada baki sotong dalam peti ais dan lebihan ayam goreng saya leburkan sekali. Awal-awal lagi saya dah sembunyikan mi segera. Saya memang tak galakkan mereka makan mi segera tapi nak buat macam mana, si papa mereka pun hantu mi segera. 3 vs 1 memang sah lah saya yang kalah.Inspirasi daripada @dapurdee cuma saya olah guna apa yang ada jer kat dapur.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Halia (1) + mee kuning (1) Dapur Yusfarisyia -
Sup Ayam Ringkas Sup Ayam Ringkas
Global Apron 2024 Challenge 18: Rainy Day ☔️Hari ni serba serbi tak kena rasa nya. Ada-ada je yang menghalang saya daripada membuat sesuatu kerja. Asyik tergendala. Jadi nya tak tahu nak buat kerja yang mana dulu. Dengan keadaan mata yang selalu terasa pedih dan berair menyukarkan pandangan. Tapi yang pasti nya perut perlu dialas dengan makanan biar pun makanan yang ringkas dan mudah, yang penting ada untuk dimakan. Best dapat hirup panas-panas, dapat pulak makan kentang lebih jadi nasi pun cuma ambil sesudu dua jer.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Ayam (1) + buah pelaga (1) + bunga lawang (1) + cengkih (1) + cili padi (R) + halia (1) + kulit kayu manis (1) + lada hitam (R) + lada sulah (1) + lobak merah (R) Dapur Yusfarisyia -
Mi Tomato Cencaluk Mi Tomato Cencaluk
CHALLENGE 28: MALAY FOOD#MerdekaMonth #MalaysiaMonth🇲🇾 #HariMalaysiake61 #16SeptemberTak tahu nak masak apa hari ni. Buka peti sejuk tengok ada mi kuning dan tomato. Nama jer mi kuning tapi warna tak kuning sebab takde campur pewarna kuning. Tak nak buat mi goreng sebab baru beberapa hari lepas makan mi goreng. Kalau tak dimasak mi kuning tu takut jadi tak elok pulak, tak nak membazir. Tomato masih banyak lagi yang dibeli dari Serikin hari tu. Sayang sebab nampak hampir-hampir nak berkedut. Sebelum mi kuning dan tomato tu rosak, baik dimanafaatkan. Tengok di dalam freezer ada lebihan sotong dan udang. Terus datang idea nak buat mi tomato. Dan nak perhabiskan cencaluk tu saya campurkan sekali. Sedap weh! Suami dan anak dara pun puji cakap sedap. Saya pulak lepas makan, tergaru-garu macam beruk diberi belacan 🤣. Makin bertambah panik sebab pil alergi saya tertinggal dalam kereta anak dara. Terus call bagitau suruh hantar pil tu balik secepat mungkin. Adeh.. Adeh.. Nasib baik cencaluk dah habis sebekas. Kalau tak, memang akan ada lagi resipi yang lain dan akan bergaru jugak nanti. Haha.. Penangan cencaluk 🤭#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Cencaluk (R) + (5 BONUS POINT per resipi) + cili padi (R) + gula melaka (R) Dapur Yusfarisyia -
Daging Masak Belengas Daging Masak Belengas
Cookpad Apron 2025 Week 24Cookpad Magic 🛒 Week 24 :-🛒 Daging🛒 SeraiResipi dalam draf. Inspirasi daripada adik @Mai_Belajar_Masak Masih ada lagi baki daging kurban di dalam peti sejuk beku. Kat kampung saya ni tak seperti kampung-kampung lain yang meriah dengan agihan daging kurban. Alhamdulillah, semenjak pengurusan surau diambil alih oleh orang lain dalam beberapa tahun ni baru lah kami di kawasan Lorong 3 ni dapat merasa daging kurban. Kalau sebelum ni, kami yang tinggal di Lorong 3 ni selalu sahaja terpinggir daripada segala hal bantuan dan penambahbaikan struktur kampung. Kalau nak diceritakan memang tak cukup ruang untuk menaip.Daging goreng belengas ni saya olah guna bahan yang ada jer sebab tak terfikir pun nak masak belengas. Halia saya gantikan dengan serai, saya tambah sedikit cuka untuk beri rasa sedikit masam. Cili padi dan cili besar pula dah habis, gantikan dengan cili kering. Saya tak campur apa-apa bahan sayur seperti kacang panjang/buncis atau lobak merah. Kita yang masak dia kan?#CookpadApron2025#Week24#CA2025 Dapur Yusfarisyia -
Ayam Masak Kicap Ala Kam Heong Ayam Masak Kicap Ala Kam Heong
Cookpad Apron 2025 : Week 16Cookpad Apron Magic 🛒 Week 16 :-🛒 Cili🛒 Ayam🛒 HaliaNak masak ayam kicap tapi dah pun buat minggu lepas. Hmm.. Nak masak kari, pun dah buat beberapa hari lepas. Nak masak asam pedas, tak cukup bahan. Kadang tu ketandusan idea nak masak apa. Suami pulak suka masakan yang berkuah. Saya ni pula rasa macam tak sedap badan, lagi-lagi tang mata (selalu sangat menganggu penglihatan saya). Masak jer lah apa yang terdaya asal ada lauk untuk dihidangkan di atas meja makan. Ayam tu saya tak goreng dulu sebab nak cepat. Yang penting boleh dimakan. Tak nak berdiri lama sangat di dapur apabila rasa tak berapa sihat.#CookpadApron2025#Week16#CA2025 Dapur Yusfarisyia -
Kari Daging Kari Daging
Resipi dalam galeri fon.Cooksnap daripada adik Min @MocQueSaya ada olah sedikit bahan nya. Sebenar nya santan yang dibeli tertinggal di atas meja kaunter kedai. Malas nak balik ke sana, guna jer lah baki santan yang tak seberapa yang ada di dalam peti sejuk. Stock susu sejat pun dah habis. Takpe lah, masak kari tanpa santan pun sedap bagi saya sebab saya ni tak memilih tetapi suami saya tu suka sangat kalau kari tu dibuat pekat 🤦🏻♀️. Saya pun tak faham lah, nanti bila waktu makan dia yang beriya-iya menimba kuah kari ke dalam pinggan nasi dia sampai kering kontang pinggan/mangkuk kari. Orang lain (ahli keluarga) nak makan daging dengan kentang jer ke? Kita orang pun nak jugak kuah kari tu. Sebab tu bila suami saya request masak kari ke, masak kurma ke, masak kicap ke, saya terus "sound" dia takmo yang pekat-pekat sangat nanti orang lain tak merasa kuah nya. Buat sederhana pekat tu pun dah kira okay sangat. Dia pun angguk kepala dan bagi sign jari 👌. Adan uke dia 😆 Dapur Yusfarisyia -
One Pot Laksa Rebus Ringkas One Pot Laksa Rebus Ringkas
Global Apron 2024 Challenge 11: One-Pot MealTekak orang demam ni macam-macam nak dimakan, mengalahkan orang mengandung pulak 🤭 Nak makan tapi mood malas nak masak. Suami bagitau beli jer yang kat luar tu (kedai makan tak jauh dari rumah dekat supermarket). Bagi tekak saya yang jual kat luar tu kurang dengan taste saya. Ada kedai yang jual laksa yang kena dengan taste saya tapi agak jauh dari rumah saya. Suami pulak sibuk menebas rumput di belakang rumah, malas nak kacau dia buat kerja. Tengok kat dalam freezer ada ikan kembung dan daun kesum frozen, kat pantry dapur ada bihun laksa kering, "hmm.. On ke tak on ni? Lantak lah janji nak makan jugak. Eh²! Bukan tadi kata mood malas nak masak ke?" 🤣 Buat ikut versi sendiri lah jawab nya. Masak sekali lebur jer kat dalam periuk. Dah nama nya one pot meal kan? Memandai jer tambah bebola ikan. Dah nama nya versi sendiri, ikut tekak sendiri lah kan? 😅 🙏🙏🙏#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Bunga kantan (2) + serai (1) Dapur Yusfarisyia -
Ayam Kukus Lemon Ayam Kukus Lemon
Global Apron 2024 Challenge 39: KukusCHALLENGE 39: KUKUSResipi dalam draf jer. Maaf la sebab masih lagi sibuk dengan urusan keluarga sebab tak lama lagi nak terima menantu, insh Allah doakan yang baik-baik dan semua nya berjalan dengan lancar ye 🤲❤️. Saya harus fokus kepada tahap kesihatan saya juga untuk memikul tanggung jawab dalam nenguruskan majlis yang bakal berlangsung tak lama lagi.Berbalik kepada resipi ini, resipi yang sangat mudah dan menyihatkan. Campak-campak terus kukus hingga masak.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :Ayam (1) + cili (1) + halia (1) + sos ikan (1) Dapur Yusfarisyia -
Sup Daging Ala Thai Khairul Aming Sup Daging Ala Thai Khairul Aming
Global Apron 2024 Challenge 17: SukahatiHari Raya Haji yang lepas saya nak buat menu sup daging ala Thai Khairul Aming tapi tak jadi kerana kakak saya yang nombor 1 dah buat sup daging lembu untuk dimakan bersama mi kuning (mi sup) mana kala kakak nombor 2 buat sup ayam untuk dimakan bersama bihun (bihun sup). Nasib baik tanya, kalau tak memang menu sup jer lah hari tu. 😆 Adik ipar buat menu nasi dan lauk.Kalau di Thai dipanggil Tom Saap (Sep-sebutan) Semalam baru ada kesempatan nak buat sup cara K.A tetapi tak sempat nak menaip resipi. Resipi ni saya ada olah sedikit ikut suka hati saya (maaf K.A sebab derhaka resipi 🙏). Bahan yang saya tambah seperti penggunaan kulit, empulur dan mata berserta isi nanas untuk dijadikan sup yang berperisa manis nanas dan saya skip gula di dalam resipi ni. Saya juga menambah cuka epal dan mengurangkan penggunaan jus limau nipis. Saya skip penggunaan cili kering kerana chili flakes tu sudah cukup pedas buat saya. Saya menggunakan daging lembu, mana kala K.A menggunakan tulang berserta daging. Daun ketumbar pulak, suami tersalah beli. Dibeli nya daun sup sebab keliru kata nya. (Silap dia sebab tak hidu dan tak bertanya sewaktu membeli). 🤦🏻♀️#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Cuka epal (2) + daging (R) + nenas (R) Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen