Ikan Yu Masin Goreng

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Resipi dalam draf juga.

Tekak terasa nak makan ikan pari masin tapi tak jumpa. Mak saya dulu-dulu suka buat ikan masin tak kira lah apa jua jenis ikan. Mak jugak rajin buat keropok daripada ubi kayu. Apabila waktu hujan, kami ni la (anak-anak) yang berebut-rebut tolong angkat ikan-ikan kering dan keropok-keropok yang dijemur tu. Seronok sangat kalau ingat waktu tu. Kalau jemuran yang tinggi-tinggi tu si abang lah yang tolong angkatkan. Mak jemur tinggi-tinggi sebab nak elak daripada kucing-kucing datang kacau.
Paling suka makan ikan pari masin tumbuk cicah sos limau bawang putih. Mak tumbuk ikan pari masin yang telah digoreng sebab ikan tu liat apabila nak gigit. Bila ditumbuk baru lah boleh dimakan dengan laju nya. 😄

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 paketikan yu masin
  2. Minyak masak untuk menggoreng
  3. Sambal Pencicah Limau/Cuka Bawang Putih
  4. 2 ulasbawang putih
  5. 2-3 bijicili padi thai
  6. Gula sesuai selera
  7. Garam sesuai selera
  8. Jus limau/cuka sesuai selera
  9. Sedikitair panas

Cara Memasak

  1. 1

    Rendam ikan masin yu ikut la nak rendam lama mana ikut tahap kemasinan ikan tu. Kalau tak berapa masin tak perlu rendam lama, toskan dan goreng hingga masak. Angkat dan toskan minyak nya. Tumbuk-tumbukkan dengan lesung batu jangan sampai hancur sekadar nak isi ikan tu meleper dan terbuka isi nya supaya sos senang diserap.

  2. 2

    Untuk sos pencicah, tumbuk kesemua bahan kecuali jus limau/cuka dan air panas hingga halus. Campurkan jus limau/cuka dan air panas, adjust rasa pedas, masam, manis dan masin nya.

  3. 3

    Sedia untuk dinikmati bersama ikan yu masin tadi. Makan bersama nasi putih.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen (2)

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Keluar semua draf, mahu cukup 2k terus ni kak…hehehehe

Resipi Sepertinya