Sourdough Bagel by Gyna

Dulu Gyna pernah kongsi resipi Bagel juga. Tapi versi instant yis. Kali ini Gyna menggunakan natural yeast atau dalam bahasa Melayu adalah yis liar. Biasanya kita panggil starter. Bagi yang tak biasa atau tak pernah menggunakan starter ni agak susah kedengarannya. Tapi bila dah kenal sifat starter, ianya menjadi mudah. Setiap roti atau apa jua yang menggunakan starter, menghasil rasa yang lain dari yang lain. Sedikit masam tapi sangat sedap. Untuk mengurangkan rasa masam, boleh discard starter dan menambah sukatan tepung dan air mengikut ratio yang dikehendaki sebelum memberi sukatan yang sama untuk menyediakan levain.
Untuk menghasilkan bagel yang menggunakan starter ni mengambil masa yang lama. Tapi hasilnya sangat memuaskan.
Roti yang berasaskan starter ini lebih bagus dan lebih sihat berbanding roti-roti komersil. Ia mempunyai mineral yang tinggi, melancarkan sistem pencernaan dan lain-lain lagi.
Sourdough Bagel by Gyna
Dulu Gyna pernah kongsi resipi Bagel juga. Tapi versi instant yis. Kali ini Gyna menggunakan natural yeast atau dalam bahasa Melayu adalah yis liar. Biasanya kita panggil starter. Bagi yang tak biasa atau tak pernah menggunakan starter ni agak susah kedengarannya. Tapi bila dah kenal sifat starter, ianya menjadi mudah. Setiap roti atau apa jua yang menggunakan starter, menghasil rasa yang lain dari yang lain. Sedikit masam tapi sangat sedap. Untuk mengurangkan rasa masam, boleh discard starter dan menambah sukatan tepung dan air mengikut ratio yang dikehendaki sebelum memberi sukatan yang sama untuk menyediakan levain.
Untuk menghasilkan bagel yang menggunakan starter ni mengambil masa yang lama. Tapi hasilnya sangat memuaskan.
Roti yang berasaskan starter ini lebih bagus dan lebih sihat berbanding roti-roti komersil. Ia mempunyai mineral yang tinggi, melancarkan sistem pencernaan dan lain-lain lagi.
Cara Memasak
- 1
Untuk membuat levain. Dalam satu mangkuk, satukan starter bersama tepung dan air. Sebatikan. Tukar adunan ke dalam balang. Biarkan selama 4 jam dan naik berganda. Letak penanda aras supaya memudahkan kita tahu levain sudah berganda dan sedia digunakan.
- 2
Dalam jug, campurkan Levain dan air/susu. Gaul sebati. Kemudian dalam bread maker atau stand mixer, tuang adunan levain dan air/susu. Masukkan tepung, gula, garam dan malt (optional). Mulakan proses menguli sehingga doh menjadi licin, lembut dan elastik. Proses ini mengambil masa selama 30 - 45 minit. Gyna tak suka Bagel terlalu lembut, jadi Gyna memilih 70% window pane.
- 3
Selepas siap menguli. Bentukkan bulat. Masukkan ke dalam mangkuk yang dioles sedikit olive oil. Tutup dan rehatkan selama 2 jam.
- 4
Selepas 2 jam. Keluarkan doh dari mangkuk. Tak perlu buang angin. Potong kepada 12 bahagian. (Lebih kurang 100 gram setiap satu) Bentukkan bulat. Tutup dengan kitchen towel yang lembab. Rehatkan selama 10 minit.
- 5
Bentukkan Bagel seperti donut. Kemudian letak di atas baking paper. Rehatkan selama 3 jam atau sehingga kembang.
- 6
Boleh skip langkah ini.
Bagel yang sudah di rehat selama 3 jam boleh dicelur dan dibakar terus. (Teruskan langkah ke7)
Tetapi, untuk menghasilkan rasa dan aroma sourdough yang best, boleh buat teknik cold retard iaitu rehatkan semula di dalam peti sejuk semalaman. (up to 12-15 jam) - 7
Dalam satu periuk. Didihkan air bersama madu. Bila air mendidih, masukkan soda bikarbonat. Celur Bagel selama 30 saat setiap sisi. Angkat dan toskan. Semasa Bagel masih basah, taburkan Topping kegemaran. Gyna lebih suka Bagel kosong tanpa Topping.
- 8
Bakar Bagel selama 20 minit. Suhu 200’c. Api atas bawah, selama 10 minit kemudian turunkan suhu kepada 180’c selama 10 minit. (Fan force).
- 9
Bagel sedap dinikmati ketika panas mahupun sejuk. Boleh dibuat sandwich atau pun makan begitu sahaja. Simpan dalam bekas kedap udara. Nak simpan freezer pun boleh.
Resipi Sepertinya
-
Sourdough Japanese Tangzhong Milk Buns Sourdough Japanese Tangzhong Milk Buns
Resipi asalnya pakai yis segera, tapi saya olah dengan menggunakan sourdough (wild yeast/yis liar).Doh ni sebenarnya boleh buat 1 buku roti sandwich. Tapi sebab nak catu, buat 1 loyang roti paung dan selebihnya saya buat donat.Senang kan, sekali harung hehehehe.#goldenapron2020 #week27 Nihadriz Niha -
Greek Yogurt Bagel Greek Yogurt Bagel
Saya teringat kali pertama makan bagel. Nampak seperti donut. Tapi bukan, sebab rasanya tak manis seperti biasa, macam makan roti kosong. Cara hidangan boleh letak pilihan inti seperti sandwich. Kalau ikutkan resepi asal agak rumit. Terjumpa pula resepi yang mudah di Instagram.Cuma untuk yogurt susah nak dapatkan Greek Yogurt yang dijual di kedai sini. Biasalah kawasan luar bandar je 😅. Boleh substitute dengan menggunakan Plain Yogurt untuk ditukarkan kaedah menjadi Greek Yogurt.Plain Yogurt kebiasaannya mempunyai protein whey berbanding Greek Yogurt. Cara untuk mendapatkan Greek Yogurt saya tunjukkan tips di bawah. Mizzanem -
Sourdough Jalapeno Cheese Bagel Sourdough Jalapeno Cheese Bagel
Kalau ke KopiBin anak-anak mesti akan ambil Bagel.Jadi hari ini saya buatkan anak bagel, tetapi versi sourdough.Resipi sourdough bagel ini dari @Gynainspring83. Saya buat separuh adunan sahaja. Tq Gyna😘 irar -
Bubble Bread Bubble Bread
Beli 500 g yis, agak2 bila nak abis? Bukannya berniaga dan bukannya rajin sangat buat roti atau kuih2 yis ni..😆 Tapi Uchu gagahkan juga usahakan untuk perabis yis supaya tak membazir. Macam belum luak lagi yis tu..Bubble Bread ni sangat comel. Nak ngap pun senang sangat sebab saiznya yang kecil tu..Uchu cooksnap dengan sedikit olahan resepi daripada Kuzuka by Jeehan @MalindoUchu rounding buruk nak cepat sebab gegerl kecik Uchu dah start tarik kerusi dia ke dapur dan start menyibuk manjat kusi kat sebelah. Tangan kecik dia tu pantas betul! Stress mak bila si kecik ni cakap ‘nak oyongUmi, boyehyaah..’. 🤣 anak nak tolong pun stress..besar esok malas tolong siap laa! Jangan kecik2 je rajin nak ‘oyong’. 🤣 Sesimple Loralin -
Roti Tawar Teknik Autolisis (cow patches pattern/BM Panasonic SD-P104) Roti Tawar Teknik Autolisis (cow patches pattern/BM Panasonic SD-P104)
Apa itu teknik autolisis pada roti? Secara ringkas, menangguhkan percampuran yis kepada bancuhan tepung.Berapa lama tangguh? 6-8 jam.Tujuan? Memerap doh tepung tanpa yis lebih lama, membolehkan tepung menukarkan proteinnya kepada gluten sebaik-baiknya. ‘lysis’ dalam bahasa Greek bermakna ‘pemecahan/penguraian’..Apabila yis dicampurkan tindakan enzimnya menjadi lebih mudah akan menjadikan doh lebih anjal dan elastik kerana gluten sudah ready semasa rehat yang lama tadi..Tanpa menggunakan ‘water roux’ atau bahan tambahan seperti super cream, softener, bread improver atau double acting baking powder, roti dengan teknik autolisis ini ternyata lembut..Uchu dah lama nak share tapi baru berkesempatan..teknik ni boleh apply pada roti2 lain juga..#GGB_Cookpad#goldenapron2020 Sesimple Loralin -
Wholemeal sourdough breads Wholemeal sourdough breads
Antara kebaikan dan kelebihan Roti Sourdough-Tinggi asid laktid sama juga seperti yogurt, kimchi dan semua yang berjeruk cara sihat.-Mengandungi asid folat dan tinggi antioksidan.-Tahap Phytate yang rendah menyebabkan segala nutrien baik mudah diserap oleh badan.-Low guten, roti jenis ini sesuai bagi mereka yang alah/sensitif pada protein. Adam Adam -
Roti bun (breadmaker) Roti bun (breadmaker)
Penyediaan roti bun kali ini menggunakan fungsi Dough breadmaker dan dibakar menggunakan oven. Sesuai untuk makanan tambahan dalam pakej katering. Dr. Zie Azizah -
Roti Sarang Lebah Roti Sarang Lebah
#goldenapronKoleksi Roti yang pernah Aznie buat dulu.. lama betul tak meroti ni.. salah satu resepi yang Aznie suka.. roti pun lembut dan gebu... Aznie Khasri -
Sourdough Bread Sourdough Bread
Roti Sourdough mempunyai rasa yg sedikit masam (lg lama diperam lg masam), texture yg chewy dan kulit yg sedikit garing.Hari ini saya buat Roti Sourdough menggunakan mixer, kemudian saya tambah dgn S&F sebanyak 2 kali. irar -
Bagel 2 Bahan Bagel 2 Bahan
#Resepi2Bahan #ResepiMudah #TakLebih6Bahan84/2022Anak mintak bekal pizza roti. Dah malam baru sedar roti dah habis dan malas nak meroti. Wrap takde, paratha pun takde. Yang ada greek yogurt. Hmm..teringat pernah melihat resepi bagel 2 bahan di youtube. So onz aje buat bagel termudah ni. Hasilnya sangat lah tidak disangka-sangka walaupun tak setanding menggunakan resepi bagel yang lazim. Bagel 2 bahan ni tak perlu rebus2 dah, bakar dalam oven sahaja.Memang boleh sangat lah nak buat bila2 dengan dua bahan mudah. Secara teknikalnyer, 2 bahan utama..ada lah beberapa bahan lain yang optional.✌️Tanpa filling memanglah rasanya plain sebab 2 bahan utamanya tanpa garam dan gula. Dah letak filling ikut suka masing2 nanti, barulah marvellous! Sesimple Loralin -
Bagel Gaya New York (New York Style Bagels) Bagel Gaya New York (New York Style Bagels)
Bagel atau beigel asalnya dari Poland, dipopularkan oleh masyarakat Yahudi di sana. Berasal dari perkataan "beygal" yang bermaksud "cincin", roti ini sangat popular di Amerika.Beza bagel New York dengan yang lain adalah rasa. Ada sumber cakap air paip NYC ni tinggi mineral, buatkan bagel rasa lain. Cara pembuatan pun lain sikit, tak ada telur, jadi lebih kenyal.Makcik pun tak pastilah bab air paip tu, kadang-kadang diorang ni suka sangat over claim 😂 Nihadriz Niha -
Bagel Tanpa Gluten Tanpa Tenusu Bagel Tanpa Gluten Tanpa Tenusu
#goldenapron #week22 #glutenfree #tanpagluten #dairyfree #tanpatenusu #bebasgluten #1resipi1pohonSejak ada Gluten-free Bread Mix oleh When Makcik Bakes ni, macam-macam eksperimen saya buat.Pizza, roti, donat dan kali ini, BAGEL.Bagel adalah sejenis roti berlubang di tengah seperti donat. Tapi direbus sebelum dibakar dalam larutan soda. Tujuan merebus dalam air soda adalah untuk mendapatkan tekstur kenyal dan berkerak di luar.Resipi bagel tanpa gluten biasanya memerlukan xanthan-gum, tapi dengan Bread Mix, bahan-bahan adalah sangat mudah dan kurang terproses.Gembira sangat dapat makan bagel tanpa gluten di rumah. Nihadriz Niha
Lebih Banyak Resipi
Komen (10)