Biskut Madu Buah Pelaga

Cookies Monster 🍪
Cookies Monster 🍪 @kukimonster

Resipi asal inspirasi dari Nan Berenji (Persian cookies) yang dikongsikan sis @zarafafiis .

Mencari resipi biskut menggunakan minyak sapi dan boleh jadi aktiviti untuk anak semasa musim hujan ni.

Saya tukar gula kepada madu supaya anak bawah 2y boleh nikmati sama. Alhamdulillah. Sedap dan rapuh. Boleh masuk list biskut untuk baby juga.

Kalau buat nipis ala2 cracker.

Resipi yang saya share ini memang manis mild sahaja sesuai untuk baby.

Resepi asal guna serbuk buah pelaga.. saya tak ada. Jadi guna beberapa biji buah pelaga tumbuk kasar, masak bersama minyak sapi. Air mawar juga tak ada. Jadi saya guna esen vanilla dan sedikit lemon zest.

#KidsAtHeart
#AmmaraAlthea
#toddleractivity

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 -40 keping
  1. 1/3 cawanminyak sapi QBB
  2. 7 bijibuah pelaga (tumbuk kasar)
  3. 1/3 cawanmadu asli
  4. 1 tsplemon zest frozen (boleh skip)
  5. 1tutup esen vanilla
  6. 2 bijitelur gred A
  7. 2 1/2 cawantepung beras Saji
  8. 1/2 tspbaking powder

Cara Memasak

  1. 1

    Cairkan minyak sapi atas dapur dengan api perlahan bersama buah pelaga untuk dapatkan rasa buah pelaga. Resepi asal guna serbuk pelaga. Mix dekat tepung.

  2. 2

    Masukkan madu dan lemon zest sebelum tutup api. Kacau rata dan masak lagi seketika.

  3. 3

    Biar minyak sapi dan madu sejuk seketika. Masukkan campuran telur yang telah dikacau bersama esen vanilla. Kacau rata dengan whisk. Jangan masuk telur ketika minyak sapi baru didih untuk elak telur jadi masak berketul.

    Bab yang ni agak tricky. Saya pernah buat adunan apa tak ingat. Moist double choc cake rasanya kot.. ntah. Tersilap step telur masak dalam coklat panas 🤭🤭

    Kejadian yang betul, telur tidak kental. Adunan smooth.

  4. 4

    Setelah suam, masukkan tepung beras. Gaul rata menjadi doh yang tak melekat ditangan.

  5. 5

    Sejukkan doh dalam peti ais bahagian chiller tu sahaja... 20 min.

  6. 6

    Selepas 20 min, boleh keluarkan bagi aktiviti anak main terap2 hilang bosan musim hujan. Biskut ni ada madu dan rempah harapnya memanaskan badan juga😅🤭

    Buah pelaga yang digunakan boleh buang ketika ini atau tapis dari awal.

  7. 7

    Bakar biskut suhu oven saya 160 C, 15-20 min.

    Resepi asal 170 C. Biskut kurang masak di dalam dan cepat hangus luaran. Jadi saya adjust. Bergantung pada oven masing2 la ye.

  8. 8

    Setelah bakar, biar sejuk baru simpan bekas kedap udara untuk elak wap panas. Biskut rapuh ala2 kuih bangkit. Untuk yang suka manis boleh guna gula seperti sukatan asal iaitu 2/3 cawan gula. Boleh lihat resipi Nan Berenji Persian Cookies yang dikongsikan sis zarafafiis.

    Gambar biskut bulat : Saya ada cuba tambah madu sedikit untuk doh akhir mmg ia merekah macam kuih bangkit.

    Note : biskut ini sesuai jika selsema atau cuaca lembab. Mengeringkan bendalir

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Cookies Monster 🍪
Cookies Monster 🍪 @kukimonster
pada
Hi! Saya seorang herbalist..botanist☺️.tapi suka makan kek n biskut jugaaa😌Love gardening n explore new things..🧙Enjoy cooking, baking very mucchhhdan... suka cuba resipi kuban2🤭🤭follow la kiter kat🫶fb/iG /sopee : @lamanaifatiya🫶https://t.me/lamanaifatiya
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Komen

Resipi Sepertinya