Biskut Red Velvet 🇺🇸 (Biskut Raya)

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

Uchu share resepi penuh dua versi, yang gunakan tepung biskut (red rose) atau guna tepung gandum. So, nampaklah bahan ramuan tu panjang..padahal banyak boleh skip..

Tak boleh balik kampung lagi untuk beraya tahun ni..2 tahun lah jadinya pos biskut dan baju raya ke kampung..

Sejarahnya bermula dari kek red velvet. Semasa World War II, bakers menggunakan jus beetroot untuk hasilkan warna bagi kek mereka. Bermula dari situ, berkembangnya ‘red velvet’ dalam dunia baking termasuklah terciptanya biskut red velvet seperti ini..

#cppassport USA 🇺🇸

Biskut Red Velvet 🇺🇸 (Biskut Raya)

54 orang bercadang membuatnya

Uchu share resepi penuh dua versi, yang gunakan tepung biskut (red rose) atau guna tepung gandum. So, nampaklah bahan ramuan tu panjang..padahal banyak boleh skip..

Tak boleh balik kampung lagi untuk beraya tahun ni..2 tahun lah jadinya pos biskut dan baju raya ke kampung..

Sejarahnya bermula dari kek red velvet. Semasa World War II, bakers menggunakan jus beetroot untuk hasilkan warna bagi kek mereka. Bermula dari situ, berkembangnya ‘red velvet’ dalam dunia baking termasuklah terciptanya biskut red velvet seperti ini..

#cppassport USA 🇺🇸

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan A
  2. 250 gatu 227 g unsalted butter (Uchu:pure butter)
  3. 30 gshortening (boleh skip, Uchu tambah bagi nak jadikan 227g butter menjadi 250 g)
  4. 1 sudu besarminyak sapi
  5. 160 ggula perang
  6. Bahan B
  7. 2 bijitelur gred B/C
  8. 1 sudu tehesen vanila
  9. 1 sudu tehred velvet emulco/pewarna merah
  10. 1 sudu tehcuka (boleh skip)
  11. Bahan C
  12. 300 gtepung red rose/tepung biskut/tepung gandum
  13. 15 gserbuk koko
  14. 1 sudu tehbaking powder
  15. Bahan optional boleh skip jika guna tepung red rose:
  16. 1/2 sudu tehgaram (boleh skip jika guna salted butter)
  17. 50 gtepung jagung (boleh skip jika guna tepung red rose)
  18. 1 sudu tehempleks/ 1 sudu besar tepung beras (skip jika guna tepung red rose)
  19. Bahan D
  20. 150 gcoklat chip putih
  21. 100 gcoklat chip hitam
  22. 100 galmond nibs/flakes /ape2 kekacang kegemaran (disangai/dioven)

Cara Memasak

  1. 1

    Kacau bahan A sekadar sebati dan berkrim sahaja supaya biskut rangup dan tak mengembang selepas dibakar.

  2. 2

    Masukkan bahan B. Kacau sebati.

  3. 3

    Campurkan dan whisk bahan C dalam mangkuk lain terlebih dahulu. Kemudian ayak ke dalam bancuhan. Kaup balik gunakan senduk.

    Nota: tak perlu habiskan tepung jika adunan dah elok.

  4. 4

    Masukkan bahan D dan adun adunan gunakan tangan sahaja sekadar semuanya rata. Simpan doh dalam peti 15-30 minit.

    Nota: jika guna almond nibs, lebih cantik hasilnya.

  5. 5

    Cubit dan bentukkan ala kadar sahaja tanpa mengenakan tekanan pada adunan. Sehodoh yang boleh!🤣 Susun dalam loyang.

  6. 6

    Panaskan oven pada suhu 160c.

  7. 7

    Bakar selama 15 minit atau sehingga bawah biskut kekuningan/keperangan muda. Keluarkan biskut dan biarkan biskut sejuk pada suhu bilik. (Biskut akan rangup bila dah sejuk). Simpan dalam balang kedap udara.

  8. 8

    Simpan sini gambar red velvet cookies 2020, 2021,2022. Hehe.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya