👩‍🍳Kek Buah

Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
Kuala Lumpur, Malaysia

Tak sabar tunggu nak kukus kek buah lama2? kita buat kek buah Versi bakar dalam oven.

Inspirasi resipi FB Chef Danial Hadi ini ialah Light Fruit Cake yang memang sedap dimakan. Wajib cuba✅

◾️Tips chef:

Jangan terlebih bakar nanti kek akan menjadi kering.
Selepas 35 minit, cucuk dengan lidi sate jika keluar licin maksudnya kek dah masak bolehlah diangkat dan sejukkan atas redai.

Sejukkan kek. Bungkus terlebih dahulu menggunakan plastik wrap lebih kurang semalaman untuk dapatkan kek yang lembab dan buah tidak berterabur bila di potong.

#Pejuang2KResipi

1481/2K

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
1 keluarga
  1. 250 gmentega
  2. 150 ggula kaster
  3. 4 bijitelur gred A
  4. 250gtepung gandum
  5. 2 sudu makantepung gandum (untuk gaul pada buah)
  6. 1 sudu tehbaking powder
  7. 300 gmixfruit (buah-buahan kering)
  8. 50 mlsusu cair
  9. 1 sudu tehovalette
  10. 1 sudu tehesen vanilla

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Sediakan bahan2.

  2. 2

    Pukul mentega, ovalette dan gula sehingga kembang.

    Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati.Kemudian masukkan esen vanilla. Pukul hingga sebati.

  3. 3

    Sementara itu satukan tepung dengan serbuk penaik dan ayak.

    Ambil 2 sudu besar tepung dan gaulkan dengan buahan campuran untuk mengelakkan buah dari mendap ke dasar kek.

  4. 4

    Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli susu dan putar rata.(speed sederhana)

    Kemudian masukkan buahan kering, gaul rata.

  5. 5

    Masukkan adunan ke dalam loyang (yang disapu marjerin dan dialas baking paper) (loyang bersaiz 7-8”)

    Ratakan.

  6. 6

    Bakar dalam ketuhar pada suhu 150 selama 1 jam atau sehingga masak.(ikut oven)

  7. 7

    Sejukkan dan sedia untuk dihidang.

    Tips optional:

    Bungkus terlebih dahulu menggunakan plastik wrap lebih kurang semalaman untuk dapatkan kek yang lembab dan buah tidak berterabur bila di potong.

    Selamat Hari Raya Aidil Adha🕌

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
pada
Kuala Lumpur, Malaysia
👩‍🍳 Cooking is an expression of love & creativity❤️🏠🍽 Join Cookpad since 7/6/2021❤️
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya