Kuih Getas

Assalamualaikum semua, perkongsian saya hari ini ialah kuih getas. Perasaan yang tiba-tiba teringin nak makan kuih berasaskan kelapa parut, maka terhasilah kuih getas.
Kuih Getas
Assalamualaikum semua, perkongsian saya hari ini ialah kuih getas. Perasaan yang tiba-tiba teringin nak makan kuih berasaskan kelapa parut, maka terhasilah kuih getas.
Cara Memasak
- 1
Masukkan tepung pulut serta tapung gandum ke dalam bekas, gaul sebati
- 2
Masukkan kelapa parut yang Muda serta garam halus, gaul sebati
- 3
Masukkan pula air, masukkan sedikit demi sedikit Dan uli sehingga tidak melekat di tangan. Sekirannya lembik boleh tambah air tepung pulut
- 4
Kemudian bentukkan adunan Kuih.
- 5
Panaskan minyak dengan api yang perlahan, Dan boleh masukkan kuih yang dibentukkan untuk mengelakkan kuih Dari meletup gunakan api yang perlahan. Setelah kuih mula keperangan boleh diangkat dan biarkan sedikit sejuk sebelum disalut dengan air gula
- 6
Untuk air gula, masukkan gula Dan air ke dalam kuali.. masak sehingga mengelegak
- 7
Masak air gula sehingga betul mengelegak Dan keluar buih. Kemudian baru masukkan kuih yang digoreng terlebih dahulu untuk disira
- 8
Kacau sehingga gula melekat di kuih. Siap sudah kuih getas.🤭
Resipi Sepertinya
-
Kuih Getas Kuih Getas
#goldenapron#minggukelapan#sarapanSetiap kali bila bulan Ramadhan tiba,saya akan mencari kuih ini untuk berbuka.Dulu saya tidak tahu apa nama kuih ni.Bila saya tanya pada penjual (berbangsa Indonesia).Dia namakan kuih “Gemblong”Setahu saya Gemblong itu bermaksud “gila” (dalam bahasa jawa).Bila saya google,memang sesetengah tempat di Indonesia menamakan kuih ini sebagai kuih Gemblong.Tak kisah la apa pun namanya,tapi untuk membuat kuih getas ini amat mudah.Dengan resipi yang saya kongsikan,hasil kuih ini sangat lembut.Tidak keras dan tidak liat seperti selipar getah.Saya lebih gemar jika tidak disira gula kerana saya kurang gemar makanan yang manis.Jom cuba resipi saya 😊 Gyna Elenna -
Kuih Dangai#MAHN(MaratonRamadhan)Manisan Kuih Dangai#MAHN(MaratonRamadhan)Manisan
Resepi dari mak. Mak selalu buat time bulan puasa atau hari biasa. Memang cukup rasa,manis ,lemak ori dari kelapa muda dan lembut rangup. Mak kalau bauat kuih ni tak pernah cukup sebab sedap sangat-sangat. Sekarang susah nak jumpa orang pandai buat dan jual. Harap perkongsian resepi ni dapat panjangkan pahala ke emak sy di kampung dan ramai yang pandai buat.. cik ieda -
Kuih Dangai Kuih Dangai
"بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ"Kuih dangai merupakan sejenis kuih turun-temurun yang ringkas dan mudah pembuatannya. Ia juga merupakan salah satu kuih tradisional yang agak lama dan masih diminati ramai sehingga ke hari ini, terutamanya bagi golongan berusia.Bahan utama dalam kuih dangai adalah kelapa muda parut. Tekstur kuih dangai juga agak sedikit kenyal atau ‘chewy’ kerana ia mengandungi tepung pulut. Bau aroma kelapa yang dibakar dan rasa lemak manisnya memberikan keistimewaan tersendiri kepada kuih dangai.Selalunya kuih ini dihidangkan semasa minum petang, waktu kenduri kendara, majlis perkahwinan dan sebagainya. Ada sesetengah tempat panggil kuih dangai ini sebagai kuih rangin. Noor Atika Mahamood -
Kuih Telur Santan Kuih Telur Santan
Dessert kali ini, Kuih Telur Santan, yang diolah daripada resepi Kuih Telur Susu.Pertama kali saya buat kuih ini. Resepi asal guna susu, tetapi saya ganti dengan susu cair dan santan.Apabila keluarkan kuih dari peti sejuk, kemudian, taburkan sedikit kelapa parut, makan dengan sudu, yummy.Saya tabur bahagian atasnya white chocolate chip, anak solehah suka pula bila ada tambahan coklat.7. kelapa parut (1 point)12. santan (1 point)19. white chocolate (2 point)#GlobalApron2024#challenge23#putih Alia Ali -
Kuih Dangai Rice Cooker Kuih Dangai Rice Cooker
Hack Your Rice Cooker!Malam-malam teringin nak makan kuih dangai sebab asyik ingat pada lebihan kelapa parut yang ada di dalam peti sejuk. Cari di Cookpad App ternampak kuih dangai @nur_shazrina yang menggunakan kuali. Saya #ChooseToCook kuih dangai versi rice cooker #RiceCookHack . Saya olah sedikit bahan-bahan nya. Sedap uii dimakan panas-panas 😋 Dapur Yusfarisyia -
Kuih Kasturi Kuih Kasturi
Kuih kasturi sarapan saya hari ni.. Happy & puas hati sgt bila suami puji sedap drp kedai..terus kembang hidung..hahaa.. Lembut kat dalam..rangup kat luar.. Teringin nak makan dari minggu lepas dah.. lagi pun dah lama sgt tak buat kuih kasturi ni.. ada jgk orang panggil kuih rengas & coq kacang.. saya suka buat sekali serdaknya banyak2..kruk krak kruk krak crunchy 😋👍 Nor Al Fatihah -
Kuih Tepung Gomak Labu Kuih Tepung Gomak Labu
Kebetulan ada 3 biji labu besar2 dari kebun. Hari2 macam-macam juga kena fikir nak abiskan camner selain buat pengat labu kesukaan anak Uchu. Untuk kuih ni, labu yang Uchu gunakan ni tak kuning mana.Bila anak2 Uchu dah meningkat remaja ni, dah pandai dan suka diorang makan kuih tradisional. Dulu kecik2 jangan harap lah nak makan kuih yang ada kelapa parut.Teringin bila @elt4suri4 share, jadi Uchu cooksnap resepi DeqEl yang mmg rajin amat buat kuih muih. Sesimple Loralin -
Kuih Getas Kuih Getas
Kuih orang dulu-dulu.. Suka makan sebab nenek suka buat. HAWA NAQIAH BINTI MAKMOR -
Kuih Buah Melaka a.k.a Onde-Onde (Maraton Ramadhan) Kuih Buah Melaka a.k.a Onde-Onde (Maraton Ramadhan)
Kuih Buah Melaka atau juga dikenali sebagai Kuih Onde-Onde. Merujuk kepada sejenis Kuih yang diperbuat daripada bahan-bahan seperti tepung beras pulut, manisan, kelapa muda parut, garam, air dan daun pandan (untuk warna dan baunya yang harum). Kuih onde-onde merupakan sejenis hidangan yang popular di Malaysia. Di Indonesia ia dikenali dengan nama "Klepon". Di Brunei pulak ia dikenali sebagai "kuih pancit". Untuk memberikan kelainan pada warna Kuih Buah Melaka ini saya saya menggunakan Bunga Gelang, sebagai pewarna biru. Biasanya Kuih Buah Melaka ini berwarna hijau dan air dari pandan. Ini adalah kuih kegemaran kami sekeluarga 😁 Jeehan Kitchen -
Kuih lompang Kuih lompang
#goldenapron #mingguke11 #bybazniekhasriKuih ni minggu lepas Aznie buat.. agak lama juga Aznie tak buat kuih ni.. kebetulan hari tu adik datang rumah jadi Aznie buat kan kuih ni..suka betul ngan kuih ni..rasanya yang sedikit kenyal dan lembut.. adududu.. layan sungguh.. 🤭 Aznie Khasri -
Kuih Getas Kuih Getas
#bazaarramadan#goldenapron2020Setiap kali puasa, jika ke Bazar Ramadhan mesti cari kuih ini. Tapi memandangkan musim PKP ni, teringin nak makan maka kena la buat sendiri. Mudah sahaja resepinya. Anggaran ramuan ini adalah utk keluarga yang ramai bala 'tentera' .. Hi.. Hi.. Kepada yang nak mencuba jika nak kurangkan boleh buat separuh adunan ya.. Syuhada -
Kuih Peria Inti Kelapa (Maraton Ramadhan) Kuih Peria Inti Kelapa (Maraton Ramadhan)
Disebabkan nama yang unik kuih peria, timbul rasa teringin nak mencuba. Akhirnya ternyata sedap kuih ni dipadankan pula dengan inti kelapa yang lembap. Tak perlu beli jimat buat sendiri, keluarga pun dapat makan dengan kenyang dan senang hati. Julia ALeen Aireish
Lebih Banyak Resipi
Komen