Biskut Arab 3 Bahan

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
Kota Kinabalu

🍽606🍽
👩‍🍳41/2023👩‍🍳
Biskut 3 Bahan Je!

Dah terbau cookies raya ke tu?Kita sedia maklum sekarang ni semua bahan mentah mahal termasuklah bahan2 kek dan cookies.Namun kalau menjelang syawal rasa macam tak lengkap jika tak ada juadah biskut raya.
Untuk lebih jimat perbelanjaan kita buay kuih yang mudah dan bahannya yang sedikit mengikut kadar kemampuan kita.Yang penting ada terhidang biskut raya di Aidilfitri.
Sebenarnya banyak resepi biskut yang tak banyak bahan tetapi sangat sedap dimakan contohnya biskut arab.
Dengan 3 bahan sahaja kita dah boleh buat biskut yang super sedap disukai ramai.
Jom @Uchu 😍

#Resepi3bahan
#Biskut3bahan

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2 cawantepung gandum -sangai
  2. 1 cawanminyak sapi
  3. 1 cawangula kastor

Cara Memasak

  1. 1

    Campurkan minyak sapi dan tepung dalam bekas, gaul sampai semuanya mesra dan sebati.Lembut tidak melekit.

    Nota : Tepung lebih elok disangai terlebih dahulu dan diayak.
    ** minyak sapi boleh juga dicairkan ataupun terus guna dari dalam tin.ikut pilihan masing2.

  2. 2

    Ambil sedikit adunan & bentukkan menjadi bebola.
    Ummi sukat gunasudu metrik 1 tsp untuk dapatkan saiz sama besar.

  3. 3

    Susun atas tray yang disapu dengan sedikit butter @ marjerin.
    Nak letak dalam papercup pun boleh.

  4. 4

    Sebelum tu panaskan oven terlebih dahulu.
    Bakar dalam oven selama 180c 20 - 25 minit.
    Ummi bakar 18 minit 150°C.

    Tips : Biskut akan sedikit merekah menandakan ia sudah masak.

  5. 5

    Dah masak sejukkan atas redai.
    Salut dengan gula kastor@ gula halus.

  6. 6

    Siap..simpan dalam bekas kedap udara.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
pada
Kota Kinabalu
🍝🍤🥣🍹🍠🍢☕🥟🍜🍨🍩🍿🍜💖Memasak adalah Hobi saya💖Ia satu Pengalaman yang sangat menyeronokkan.Ia satu kepuasan.Ia satu kebanggaan pada diri bila menghasilkan satu2 resepi dan masakan yang sedap dan menarik.Ia juga Therapy...Buatkan Hati Jadi Happy💖💜💖
Baca lagi

Resipi Sepertinya