Kuetiau Ladna

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

193/2025 (2180/2500)
#CookpadApron2025
COOKPAD MAGIC CART WEEK 18 : tepung jagung, kuetiau, sos ikan, telur, lada sulah, cauliflower

Alhamdulillah..pagi Jumaat keluar ke pasar dan beli barang dapur serta terus beli juga bahan masak kuetiau ladna untuk makan malam. Intai-intai list magic cart pada tengahari Jumaat, rupanya ada antara bahan-bahan tu tepat mengena. Rezeki..tapi tak jadi masak kuetiau malam tu, malam esoknya baru masak. Macam biasa, Uchu masak lebih sebab nak bagi tukang kebun dan kebetulan ada kawan anak Uchu juga.

Kuetiau Ladna

3 orang bercadang membuatnya

193/2025 (2180/2500)
#CookpadApron2025
COOKPAD MAGIC CART WEEK 18 : tepung jagung, kuetiau, sos ikan, telur, lada sulah, cauliflower

Alhamdulillah..pagi Jumaat keluar ke pasar dan beli barang dapur serta terus beli juga bahan masak kuetiau ladna untuk makan malam. Intai-intai list magic cart pada tengahari Jumaat, rupanya ada antara bahan-bahan tu tepat mengena. Rezeki..tapi tak jadi masak kuetiau malam tu, malam esoknya baru masak. Macam biasa, Uchu masak lebih sebab nak bagi tukang kebun dan kebetulan ada kawan anak Uchu juga.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

25 minit
10 orang
  1. 3 peketKuetiau
  2. 1 sudu tehlada sulah ✅
  3. 3-4 sudu makankicap manis (sesuaikan untuk warnakan kuetiau)
  4. 4 bijitelur
  5. 500 g/ 3 ekor sotong
  6. 500 g/ 25 ekor udang saiz sederhana
  7. 1.8 liter/ Secukupnya air
  8. Sayuran
  9. 1/2 jambakbunga kubis (cauliflower) ✅
  10. 1/3 batangcarrot
  11. 1 peketbaby kailan (asingkan batang dan daun)
  12. 1/2 peketbaby corn
  13. 2 peketcendawan shimeji
  14. Ditumis
  15. 6 ulasbawang putih (dicincang)
  16. 3 ulasbawang merah (dikisar)
  17. 1/2 incihalia (dikisar)
  18. 4 bijicili padi (dikisar)
  19. Perasa
  20. 3 sudu makansos tiram
  21. 1 sudu makangula (sesuai rasa)
  22. 1 sudu tehgaram (sesuai rasa)
  23. 1/4 sudu tehperasa
  24. 2 sudu makankicap ikan
  25. 3 sudu makantepung jagung (sesuaikan untuk kepekatan) ✅
  26. 1/2 sudu tehminyak bijan

Cara Memasak

25 minit
  1. 1

    Celur sayuran yang keras iaitu cauliflower, baby corn, carrot dan batang kailan terlebih dahulu.

  2. 2

    Sementara itu, panaskan minyak masak. Tumis bawang putih sehingga keperangan muda. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai sedikit garing.

  3. 3

    Masukkan sayuran yang dicelur tadi bersama-sama dengan air rebusan sayuran. Kemudian masukkan daun kailan dan cendawan shimeji. Masak sampai mendidih.

  4. 4

    Masukkan udang dan sotong. Tumis sekejap. Tambahkan sos tiram.

  5. 5

    Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau rata. Apabila kuah dah nampak pekat, masukkan telur, biar seketika. Kacau perlahan.

  6. 6

    Perasakan dengan garam, sos ikan, perasa dan gula. Tambah air untuk sesuaikan kuahnya jika perlu. Masak sampai mendidih. Adjust semula semua rasa mengikut selera.

  7. 7

    Akhir sekali untuk kuahnya, renjiskan 1/2 sudu teh minyak bijan. Ketepikan kuah.

  8. 8

    Gaul kuetiau dengan lada sulah dan kicap manis. Panaskan beberapa sudu minyak masak. Goreng sehingga kuetiau sedikit garing sesetengah bahagiannya. Goreng kuetiau beberapa batch supaya dapat digoreng dengan kesan garing.

  9. 9

    Sedia hidangkan kuetiau bersama kuah ladna yang disediakan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya