Ramuan

  1. 4 bijitelur
  2. 1/2 bijibawang besar – hiris @ cincang
  3. 1-2 bijitomato – hiris @ cincang
  4. Air Asam
  5. 6 bijicili padi }hiris
  6. 1 bijicili merah }hiris
  7. 1 sudu tehgaram
  8. 1 sudu tehgula
  9. 1/2 sudu besarasam jawa
  10. 1/2 sudu tehajinomoto
  11. secukupnyaAir suam

Cara Memasak

  1. 1

    Satukan bahan-bahan air asam. Kacau sebati dan pastikan cukup rasa. Ketepikan.

  2. 2

    Basuh telur dan masukkan ke dalam periuk. Pastikan periuk tidak terlalu besar. Jika sepadan dengan telur, lagi baik.

  3. 3

    Masukkan air sama paras dengan telur. Rebus guna api paling besar selama 7 minit. Masa penting untuk dapatkan tekstur kuning telur yang cantik.

  4. 4

    Bila cukup masa merebus, kupas telur di bawah air mengalir bagi mendapatkan telur yang licin dan tidak terkoyak. Toskan.

  5. 5

    Belah telur dan letak dalam mangkuk.

  6. 6

    Masukkan hirisan bawang dan tomato. Tuang juga air asam tadi. Biarkan selama 15 minit sebelum dinikmati kerana rasanya akan lebih sedap.

  7. 7

    Hidangan ini mempunyai rasa masam, masin dan pedas. Memang sedap dimakan bersama nasi putih panas.

Reaksi

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Komen

Ditulis oleh

Aznie Khasri
Aznie Khasri @Sirap_Cheese
pada
Ipoh, Perak, Malaysia
~💕Like MASAK👩🏻‍🍳 ~💕Like MAKAN 🍰~💕Like SNAP FOTO 📸 ~💕Like SNAP VIDEO 🎥-💕❤️COOKPAD COMMUNITY~💕WE ARE FAMILY~💕
Baca lagi

Resipi Sepertinya