👩‍🍳Pound Cake

Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
Kuala Lumpur, Malaysia

Kek paun ialah kek legend zaman dulu. Memang sedap lima bintang ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Kenapa panggil Pound Cake? Agaknya mungkin sebiji kek itu beratnya satu pound/Ib 😂(sukatan zaman dahulu) atau semua bahan dalam resipinya guna unit Pound?😂

Kek pertama masuk oven tahun baru 2024😍.
Wajib cuba kerana bahan2nya mudah didapati dan cara buatnya pun mudah. Sedap makan sambil menghirup teh O panas2😋

Credit Recipe :Grandma's Old Recipes🌹

#pejuang2KResipi
#NewYearNewRecipe

1901/2K
49/2024

👩‍🍳Pound Cake

Kek paun ialah kek legend zaman dulu. Memang sedap lima bintang ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Kenapa panggil Pound Cake? Agaknya mungkin sebiji kek itu beratnya satu pound/Ib 😂(sukatan zaman dahulu) atau semua bahan dalam resipinya guna unit Pound?😂

Kek pertama masuk oven tahun baru 2024😍.
Wajib cuba kerana bahan2nya mudah didapati dan cara buatnya pun mudah. Sedap makan sambil menghirup teh O panas2😋

Credit Recipe :Grandma's Old Recipes🌹

#pejuang2KResipi
#NewYearNewRecipe

1901/2K
49/2024

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
1 biji
  1. 1 cawan/227g /1 bar pure butter/mentega tanpa garam, dilembutkan
  2. 2 cawangula pasir
  3. 4 bijitelur besar
  4. 3 cawantepung gandum serba guna
  5. 1 sudu tehserbuk penaik
  6. 1/2 sudu tehgaram
  7. 1 cawansusu penuh krim
  8. 1 sudu tehekstrak vanila

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Sediakan bahan2.

    Panaskan ketuhar kepada (160°C). Gris loyang 8 inci dengan marjerin dan baking paper.

    Dalam mangkuk mixer, pukul bersama mentega lembut dan gula pasir sehingga ringan dan gebu.

  2. 2

    Masukkan telur satu persatu, pukul sebati selepas setiap penambahan. Masukkan esen vanilla pukul hingga sebati.

    Dalam mangkuk yang berasingan, tapis dan gaul rata tepung, serbuk penaik, dan garam.

  3. 3

    Masukkan bahan kering sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, terus pukul berselang seli dengan susu. Mulakan dan akhiri dengan bahan kering.(guna speed sederhana)

  4. 4

    Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disediakan, hentakkan dan ratakan bahagian atasnya dengan spatula.

    Bakar selama 60-70 minit atau sehingga pencungkil gigi/ cake tester yang dimasukkan ke tengah keluar bersih.

  5. 5

    Biarkan kek paun sejuk di dalam loyang selama 15 minit sebelum dipindahkan ke rak dawai untuk sejuk sepenuhnya.

    Terbalikkan.

    Potong saiz kegemaran dan rasai rasa keanggunan butter/mentega yang abadi 😋🤗

  6. 6

    Featured Recipe of the Week ♥️

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
pada
Kuala Lumpur, Malaysia
👩‍🍳 Cooking is an expression of love & creativity❤️🏠🍽 Join Cookpad since 7/6/2021❤️
Baca lagi

Komen (5)

ٱشپزی بانو
ٱشپزی بانو @leila56
ایمان داشته باش که کمترین مهربانی‌ها از ضعیفترین حافظه‌ها پاک نمیشوند
پس چگونه فراموش خواهی شد تو که پیشه ات مهربانی است…🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Resipi Sepertinya