Nasi Lemak Bayam

Wawa Anor
Wawa Anor @wawaAnor

Teringin nak makan nasi lemak kangkung yang viral tu.. tapi jauh nunn disana xdan la nak pergi.. so kita masak je la sendiri, tapi tuler kangkung pulak takde, yang ada bayam tu pun petik dekat belakang kilang sawit tempat kerja, bayam pasir banyak khasiat die tau.. makanya sarapan kali ni nasi lemak bayam bersama ayam goreng.🤭

Nasi Lemak Bayam

3 orang bercadang membuatnya

Teringin nak makan nasi lemak kangkung yang viral tu.. tapi jauh nunn disana xdan la nak pergi.. so kita masak je la sendiri, tapi tuler kangkung pulak takde, yang ada bayam tu pun petik dekat belakang kilang sawit tempat kerja, bayam pasir banyak khasiat die tau.. makanya sarapan kali ni nasi lemak bayam bersama ayam goreng.🤭

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Ayam Goreng
  2. 5 ketulAyam
  3. 1 sudu besarserbuk kunyit
  4. 1 sudu besar serbuk bawang putih
  5. 1 sudu besarserbuk tumix ayam
  6. Sedikitgaram
  7. Sayur Bayam Tumis
  8. Sedikitbayam pasir
  9. 3 ulasbawang putih
  10. 1/2bawang merah
  11. 3 bijicili hijau
  12. Sedikitgaram
  13. Sedikitperasa aji
  14. Sambal Nasi Lemak
  15. Segenggamcili kering kisar
  16. 3 bijibawang merah saiz sedang*
  17. 3 ulasbawang putih*
  18. Sedikitikan bilis*
  19. Sedikitgaram dan gula
  20. 1 sudu tehperasan tumix ayam
  21. Nasi Lemak
  22. 3 cawanberas
  23. 1 kotaksantan 250g
  24. 3 helaidaun pandan
  25. 1 sudu tehgaram

Cara Memasak

  1. 1

    Pertama kita goreng dahulu ayam yang di gaul dengan bahan² yang disediakan. Siap goreng toskan dan ketepikan

  2. 2

    Selepas itu kita buat tumis bayam pula.. sepatutnya kangkung kan tapi xpe.. ape yang ada dekat rumah kalau ade kobis, hantam je kobis goreng, kite yg buat die kan? 🤭

  3. 3

    Nasi nya jangan lupa, cara nya mcm biase kita masak nasi, cuma tambah daun pandan, garam dan santan tu gaul rata and done! saya suka sesimple yang boleh kalau ada yang suka tambah itu ini iya terserah dong..

  4. 4

    Ok untuk bahagian sambal pula cara saya berlainan sedikit kali ini, sebab saya masak cili kisar dulu dah masak betul cili nya baru saya masuk bahan² yang diblend bertanda *, cara ni saya dapat dari kawan teman kerja.. sedap jugak buat stail macam ni kalau tak selalunya kita tumis bahan blend dulu kan baru masuk cili atau kita masuk sekali gus semua..

  5. 5

    Lepas sebatikan semua bahan sambal tadi masukkan bahan perasa, garam gula secukup rasa, masak sehingga pecah minyak, dah siap boleh hidang

  6. 6

    Siap dah nasi lemak bayam yg simple² je janji kenyang, untuk bahan² tambahan mcm kacang timun ikan bilis kalau nak letak silakan..bagi saya macam ni dah cukup dah, sarat atas pinggan hehe

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Wawa Anor
Wawa Anor @wawaAnor
pada

Komen

Resipi Sepertinya