Nasi Goreng Kampung

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

265/2024 (1818/2K)

Nasi goreng ni Uchu masak sempena cabaran global apron 2024 Tema Warisan dengan list pantry menggunakan cili dan kangkung..kemain happy petik2 kangkung dalam pasu wat campur dalam nasi goreng..tapi masa tu tangguh2 taip resepi sebab fikir, alah senang je nak taip ni..nasi goreng je..hahaha..sebab senang sangat nak masak, senang sangat nak taip resepi, langsung tak tertaip2 resepinya mengikut tempoh yang ditetapkan sebagaimana banner..😂😂

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 4 mangkuknasi sejuk (4 orang makan)
  2. SecukupnyaKangkung
  3. 3 bijitelur
  4. 1 1/2 sudu tehgaram
  5. 1 sudu makansos tiram
  6. 1/4 sudu tehbelacan
  7. Ditumbuk/ dikisar kasar
  8. 4 ulasbawang merah
  9. 2 ulasbawang putih
  10. Sejemputikan bilis
  11. 4-5 bijicili padi

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan sedikit minyak masak. Masukkan telur, biar seketika barulah dikacau. Angkat dan ketepikan.

  2. 2

    Panaskan sedikit minyak lagi, tumis bahan tumbuk bersama serbuk belacan dan sos tiram. Tumis sampai bahan sedikit kering. Tambahkan sedikit garam, gula dan perasa.

  3. 3

    Masukkan nasi. Kacau rata.

  4. 4

    Masukkan kangkung, kacau rata. Masukkan semula telur tadi. Goreng nasi dengan api besar sampai nasi sedikit kering. (Dasar kuali boleh dengar nasi meletup2 atau nampak biji nasi melompat2 😁)

  5. 5

    Dah siap..sedia hidangkan

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya