Roti Puri tanpa Yis

ZuitaAisyah
ZuitaAisyah @zuita_Aisyah325
Terengganu

Ramai orang kalau buat roti puri mesti letak yis kan?
Tapi kalau ikutkan resepi original tiada yis dalam roti tersebut.
Nak buat pun senang je,nak makan waktu apa pun tetap sesuai☺️

Roti Puri tanpa Yis

Ramai orang kalau buat roti puri mesti letak yis kan?
Tapi kalau ikutkan resepi original tiada yis dalam roti tersebut.
Nak buat pun senang je,nak makan waktu apa pun tetap sesuai☺️

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2 cawantepung serbaguna
  2. 3/4 cawanair suam
  3. 1/2 sudu kecilgaram
  4. 2 sudu besarminyak

Cara Memasak

  1. 1

    Masukkan tepung dalam bekas yang sesuai

  2. 2

    Letak garam gaulkan

  3. 3

    Masukkan minyak & air uli sebati sampai jadi doh

  4. 4

    Seeloknya air jangan tuang semua,tengok keadaan tepung dahulu macamana,kalau rasa keras doh tu boleh habiskan air tadi

  5. 5

    Dah siap uli biarkan selama 15 minit

  6. 6

    Kemudian bulatkan sebesar bola ping pong @ nak saiz besar sikit pun boleh

  7. 7

    Kemudian canai dalam ketebalan ½ cm & boleh goreng dengan api yang sedrhana besar

  8. 8

    Masa menggoreng siramkan minyak panas diatas roti tadi secara berulang hingga la roti tadi kembung & balikkan supaya atas bawah masak sekata

  9. 9

    Dah masak boleh hidangkan dengan kuah dhal @ sambal bilis & sebagainya

  10. 10

    Untuk yang ni saya makan bersama kuah kari dhal☺️
    Mmmmm nyum nyum😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
ZuitaAisyah
ZuitaAisyah @zuita_Aisyah325
pada
Terengganu
CheTa adalah surirumah sepenuh masa..hobi CheTa gemar memasak..suka mencuba resepi dr seberang & pelbagai resepi apa saje yg terlintas depan mata..sumber ilmu yang diperolehi dr group,page,blog @ youtube...jom masak bersama😍😍
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya