Roti Puri

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Roti puri salah satu menu yang pernah viral suatu ketika dahulu. Pernah juga viral semasa PKP 1.0 tahun lalu. Salah satu makanan kegemaran keluarga saya kerana keluarga saya gemar makan lauk kari. Lagi pun proses penyediaan roti puri ini memang mudah dan bahan-bahan pun tak banyak digunakan. Jom intai resipi nya 😀

Roti Puri

Roti puri salah satu menu yang pernah viral suatu ketika dahulu. Pernah juga viral semasa PKP 1.0 tahun lalu. Salah satu makanan kegemaran keluarga saya kerana keluarga saya gemar makan lauk kari. Lagi pun proses penyediaan roti puri ini memang mudah dan bahan-bahan pun tak banyak digunakan. Jom intai resipi nya 😀

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

2 orang
  1. 1 cawantepung gandum
  2. 1sudu kecil gula
  3. 1/2sudu kecil garam
  4. 1 1/2sudu besar minyak masak
  5. 1sudu kecil yis (mauripan)
  6. 8-9sudu besar air suam
  7. Minyak masak untuk menggoreng

Cara Memasak

  1. 1

    Satukan tepung gandum, garam dan gula. Gaul rata. Masukkan yis dan minyak masak, gaul rata dan ramas rata.

  2. 2

    Masukkan air suam sedikit demi sedikit sambil diuli hingga doh tidak melekat di tangan. Bahagikan doh sebesar bola ping pong dan bulatkan. Tutup dan rehatkan doh 15-20 minit.

  3. 3

    Canaikan doh nipis (jangan terlampau nipis ye). Panaskan minyak masak. Guna api kecil. Masukkan sekeping doh yang telah dicanai tadi, simbah minyak di atas nya sehingga menggelembung. Terbalikkan dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan, ulangi proses yang sama hingga habis.

  4. 4

    Boleh dimakan dengan kari atau sambal tumis. Ikut selera masing2.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Resipi Sepertinya