Roti Twist Tanpa Yis

Zarns Dir
Zarns Dir @zarnsdir1311

#goldenapron2020

Assalammualaikum
Salam PKP.

Pada fasa PKP yang pertama dulu, penuh wall di Facebook saya dengan menu pelbagai roti yang di muatnaik oleh rakan-rakan Facebook.

Saya hanya melihat sambil menjeruk rasa. Di musim PKP hanya membeli barang keperluan yang perlu sahaja. Kesemua resepi roti yang rakan-rakan kongsikan semuanya menggunakan yis, saya pula tiada stok yis di rumah pada ketika itu.

Suami juga pernah mencarinya di pasaraya, malangnya yis sudah kehabisan stok. Wah, memang 'hot item' rupanya yis di musim PKP ini.

Akhirnya terhasillah resepi roti ini yang tidak menggunakan sebarang bahan penaik seperti yis dan baking soda.

Alhamdulillah, anak sangat suka roti twist ini. Sangat lembut dan sedap di makan panas-panas.

Mudah dan cepat disediakan. Roti twist ini selalunya saya buat untuk sarapan kami sekeluarga. Sekali hadap habis, alhamdulillah.

Silalah cuba ya.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 hidangan (3-4 orang)
  1. 2 cawantepung pulut
  2. 1sudu besar tepung gandum
  3. 1biji telur gred A
  4. 1 cawanair
  5. 2sudu besar gula kasar
  6. Secubit garam
  7. Gula ising secukupnya
  8. Tepung gandum untuk tabur ketika membentuk doh

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahan.

  2. 2

    Campurkan telur dan gula ke dalam bekas.

  3. 3

    Kemudian pukul adunan gula dan telur tadi sehingga kembang.

  4. 4

    Masukkan tepung pulut, tepung gandum dan garam ke dalam adunan telur dan gula tadi.

  5. 5

    Gaulkan sebati.

  6. 6

    Masukkan air dan uli hingga menjadi doh. Adunan akan sedikit melekat di tangan. Oleskan tangan anda dengan tepung gandum supaya tidak melekat pada tangan.

  7. 7

    Doh yang siap di uli. Doh mestilah lembut dan kenyal supaya mudah untuk membentuknya nanti. Adunan doh yang elok ianya akan sedikit melekat pada tangan. Jika adunan keras, ianya tidak akan mengembang ketika menggoreng.

  8. 8

    Ambil secubit doh dan bentukkan memanjang terlebih dahulu kemudian lipatkan sebelum membuat silangan seperti bentuk twist. Doh ini akan mengembang dua kali ganda ketika menggoreng. Taburkan tepung gandum pada papan mencanai doh, supaya tidak melekat.

  9. 9

    Kemudian bentukkan adunan berbentuk twist seperti ini. Caranya dengan menyilangkan antara satu sama lain. Letakkan di dalam dulang atau bekas yang sudah ditabur dengan tepung gandum.

  10. 10

    Panaskan minyak dengan api sederhana. Goreng hingga keperangan.

  11. 11

    Angkat apabila sudah masak dan taburkan gula ising secukupnya. Siap untuk dihidangkan. Enak di makan panas-panas

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Zarns Dir
Zarns Dir @zarnsdir1311
pada
KONGSI RESEPI SIMPLE & ALA KADAR.Salam perkenalan semua.Saya Roza.Cookpad ini saya jadikan sebagai buku resepi peribadi saya untuk abadikan resepi yang saya selalu hidangkan untuk anak dan suami.Manalah tahu bila saya sudah tua atau tiada, anak boleh tengok resepi menu yang saya pernah sediakan untuknya.Saya ini tidaklah pandai memasak lauk pauk yang sedap macam kedai atau pakar masak. Begitu juga kuih muih.Kepakaran saya lebih terarah kepada cookies, kuih raya dan kek.Tapi hari demi hari terus mencuba menjadikan menu harian lebih sedap dari sebelumnya untuk dihidangkan menjadi santapan keluarga.Boleh follow Instagram saya :-foodtography : zarnsdir_mycakes & dessert : rozadelightsjuga Facebook saya : zarns dirTerima Kasih
Baca lagi

Komen (12)

Dira Juhari
Dira Juhari @dirajuhari
hye saya nk tnya..sya pernah buat tapi ta letak tepung gandum just tepung pulut..tapi bila goreng dia jadi kecut.. adakah klau letak tepung gandum dia xkan kecut bila sudah goreng?

Resipi Sepertinya