Sandwich telur mayo

ZuitaAisyah
ZuitaAisyah @zuita_Aisyah325
Terengganu

Assalamualaikum gaisss🥰
Waaa lama betul CheTa masuk sini ye😅 nak buat camane bizi tak sempat nak rakamkan kenangan masak & bizi dengan urusan lain☺️
Cerita pagi ni buat sarapan untuk Aisyah ke sekolah..sandwich se simple yang mungkin menjadi pilihan.

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

  1. 10 kepingroti
  2. 100 grammayonis
  3. 2 bijitelur-(direbus)
  4. 1 sudu kecilserbuk lada sulah berperisa
  5. 2 incilobak merah-(disagat)
  6. 3/4 cawankobis -(dihiris halus²)
  7. Sedikitbutter untuk disapu pada roti

Cara Memasak

  1. 1

    Sapu butter pada roti 1 bahagian sahaja

  2. 2

    Penyetkan telur yang dah direbus tadi separa hancur

  3. 3

    Masukkan serbuk lada sulah & mayonis kacau bagi rata

  4. 4

    Masukkan lobak merah sagat & kobis tadi gaul rata

  5. 5

    Ambil roti yang dah disapu butter tadi & letakkan telur mayo tadi sapu rata pada roti

  6. 6

    Ambil sekeping lagi roti letak diatas telur mayo tadi

  7. 7

    Susun diatas talam @ papan pemotong

  8. 8

    Dah siap semua guna pisau yang tajam & potong kulit buang sbb nampak tak cantik bila ada kulit roti kan😁

  9. 9

    Masa memotong tu jangan tekan roti tu tau nnt penyet sandwich tak lawa

  10. 10

    Just layan je..lepas buang kulit dia potong ikut suka..nak potong 4 bentuk 3 segi pun boleh nak potong 2 boleh nak potong 4 square pun boleh

  11. 11

    Janji cantik dimata & sedap dimakan🤤
    Jom buat untuk anak² Mak pun taknak kalah😅

Reaksi

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen (2)

mamy_kitchen89
mamy_kitchen89 @Mamy_Nurul
Haaa masukkk..😁 resipi diet kakk😆 nk diet jgk ni hahaha lpas bsalin ehh mcm belon d pam2 pulok ehh laa nurul nihh

Ditulis oleh

ZuitaAisyah
ZuitaAisyah @zuita_Aisyah325
pada
Terengganu
CheTa adalah surirumah sepenuh masa..hobi CheTa gemar memasak..suka mencuba resepi dr seberang & pelbagai resepi apa saje yg terlintas depan mata..sumber ilmu yang diperolehi dr group,page,blog @ youtube...jom masak bersama😍😍
Baca lagi

Resipi Sepertinya

Lebih Banyak Resipi Pilihan