Sardin puff

1 orang bercadang membuatnya
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 pack"puff pastry" jenama "KAWAN" (1 pack ada 10 keping berukuran 4 x 4 inci)
  2. 1 tinkecil sardine - buang tulang dan dilenyek
  3. 3 bijibawang, di cincang
  4. 1 ulasbawang putih, dicincang
  5. 1/2 cmhalia, dicincang
  6. 2 bijicili merah, hiris halus - jika suka pedas boleh guna cili padi
  7. 1 camcabesar serbuk lada hitam
  8. 1 camcabesar air asam jawa
  9. 1 camcabesar sos cili
  10. 1kuning telur, untuk cantikkan pastries

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan sardine dan kacau rata.
    Pecah2kan sardine tadi hingga hancur sedikit. Tambah serbuk lada hitam dan cili sos. Gaul rata dan masak hingga kering. Akhir sekali masukkan jus asam jawa, gaul rata, matikan api dan alih ke dalam mangkuk tapis minyaknyer. Biar sejuk.

  2. 2

    Keluarkab puff pastry dari freezer, biarkan 10 - 15 minit hingga sedikit lembut. Panaskan oven pada suhu 200C. Ambil sekeping puff pastry, masukkan sardin ditepi dan gulung. bahagian atas roll dikelar2 sedikit.
    Sapu kuning telur atas permukaa puff, dan bakar 25 minit atau hingga puff menjadi kuning keemasan, bergantung pada oven masing2. Keluarkan puff dan sejukkan atas jaringan. yang putih atas tu saya tambah cheese slice hehe

  3. 3

    Kepada yang memiliki oven jenis ada sistem "kipas", boleh "on" kan kipas masa membakar puff pastry. Ini kerana angin panas dari kipas tadi akan membantu puff
    menjadi lebih gebu.

  4. 4
  5. 5
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Ariey Rieyna
Ariey Rieyna @Ariey93
pada

Komen

Resipi Sepertinya