Chewy Congo Bars #phopbylinimohd

Widyana Ali
Widyana Ali @cook_16737082

Nak makan chewy congo bars yang sangat mudah untuk disediakan?

Hanya dengan menggunakan senduk kayu atau spatula anda boleh buat sendiri congo bars di rumah.

Jom semak resepi.😉

Chewy Congo Bars #phopbylinimohd

Nak makan chewy congo bars yang sangat mudah untuk disediakan?

Hanya dengan menggunakan senduk kayu atau spatula anda boleh buat sendiri congo bars di rumah.

Jom semak resepi.😉

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 340 gtepung gandum
  2. 2 1/2sudu kecil baking powder
  3. 1/2sudu kecil garam
  4. 150 gmentega asli
  5. 350 ggula perang
  6. 3biji telur gred A
  7. 1sudu kecil esen vanila
  8. 200 gcip coklat (belgian chocolate chips lebih sedap)
  9. 100 gkacang walnut (dibakar lima minit dalam oven) *optional
  10. Kepingan badam untuk ditabur

Cara Memasak

  1. 1

    Ayak tepung, baking powder dan garam kemudian ketepikan.

  2. 2

    Dalam bekas lain, kacau gula perang dan mentega menggunakan senduk kayu sehingga mentega larut.

  3. 3

    Masukkan telur sebiji demi sebiji dan gaul sebati.

  4. 4

    Tambahkan esen vanila.

  5. 5

    Masukkan tepung, baking powder dan garam yang telah diayak dan kaup balik sehingga adunan rata.

  6. 6

    Akhir sekali, masukkan kekacang dan cip coklat dan gaul adunan.

  7. 7

    Tuangkan adunan ke dalam loyang 10x 10 " yang telah digris dengan mentega dan dialas dengan baking paper. Pastikan bahagian atas baking paper dilebihkan dari aras loyang supaya mudah untuk mengangkat congo bars nanti.

  8. 8

    Ratakan adunan di dalam loyang.Tabur cip coklat lagi jika mahu dan tabur kepingan badam di atasnya.

  9. 9

    Bakar pada suhu 170c selama lebih kurang 30 - 45 minit atau sehingga permukaan atas berwarna keperangan.Pastikan oven telah dipanaskan.

  10. 10

    Potong congo bars setelah disejukkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Widyana Ali
Widyana Ali @cook_16737082
pada

Komen

Resipi Sepertinya