Congo Bar

Gyna Elenna
Gyna Elenna @Gynainspring83
Subang Jaya

#goldenapron
#minggukesepuluh

Muak dengan brownies?dah cuba Congo bar?
Saya dan anak-anak gemar Congo Bar berbanding brownies.Rasanya seperti cake butter tetapi agak kasar dan sedikit padat.Potongan Congo Bar yang disimpan atau sudah sejuk perlu dipanaskan dahulu didalam microwave bersama air yang diletakkan disisinya.Hasilnya akan menjadi lebih lembut dan lembap.Ataupun nikmatinya ketika panas,(selepas dibakar)
Penggunaan kekacang adalah mengikut citarasa anda.Selain almond,hazelnut atau macadamia pun sedap.Oh ya!nak guna 100% butter pun tidak menjadi masalah.Saya gunakan butter campuran kerana bagi saya rasanya sekata dan aromanya lebih mengasyikkan.

Selamat mencuba 😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2 1/2 cawantepung gandum
  2. 2sudu kecil Baking Powder
  3. 1/2sudu kecil garam
  4. 150 grambutter/marjerin
  5. 3biji telur gred A
  6. 1sudu kecil esen vanila
  7. 1 1/2 cawangula perang
  8. 1 cawanchocolate chips
  9. Almond Flakes (secukupnya)

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahan.Campurkan baking powder ke dalam mangkuk yang berisi tepung.Gaul rata.

  2. 2

    Campurkan butter atau marjerin bersama gula perang dan garam.Mulakan memukul sehingga gula sebati.Masukkan telur sebiji demi sebiji,disusuli dengan esen vanila.

  3. 3

    Kemudian, masukkan tepung.Tinggalkan sedikit tepung untuk digaul bersama chocolate chip. (Salutan tepung pada chocolate chip membantu agar chocolate chip tidak mendap apabila dibakar).Campur chocolate chip kedalam mangkuk adunan.Kaup balik menggunakan spatula.

  4. 4

    Tuang adunan kedalam loyang yang dialas kertas.Tabur almond flakes.Bakar dengan suhu 180’c selama 45minit atau ikut suhu oven masing-masing.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Gyna Elenna
Gyna Elenna @Gynainspring83
pada
Subang Jaya
🇲🇾
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya