Cream Puff  Inti Kastad #PhopbyLiniMohd

Suriati Roslin
Suriati Roslin @cook_17202319

Cream puff mudah tapi sedap!

Cream Puff  Inti Kastad #PhopbyLiniMohd

Cream puff mudah tapi sedap!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 150 gmtepung gandum
  2. 120 gmmentega
  3. 250 gmair
  4. Setengah sudu teh garam
  5. 1sudu besar gula
  6. 4biji telur Gred A
  7. Untuk Inti, guna instant custard. Boleh cari di kedai menjual bahan-bahan bakeri

Cara Memasak

  1. 1

    Campurkan air, mentega, gula dan garam di dalam periuk atau frying pan, panaskan dengan api sederhana sehingga mendidih

  2. 2

    Masukkan tepung gandum. Gaul sebati. Masak dengan api kecil sehingga menjadi gumpalan. Adunan akan berminyak sedikit, menandakan ia telah masak sempurna.

  3. 3

    Biarkan suam. Masukkan telur satu demi satu, kacau sehingga sebati. Adunan akan menjadi likat dan berkilat.

  4. 4

    Masukkan adunan ke dalam piping bag. Boleh gunakan icing nozzle untuk membentuk puff. Kalau tiada, hanya potong hujung piping bag dan pipe kan ke atas dulang yang telah dilapik dengan parchment paper/disalut dengan mentega.

  5. 5

    Gunakan berus untuk basahkan permukaan puff dengan sedikit air. Bakar pada suhu ketuhar 200 darjah Celsius selama 18-20 minit, bergantung kepada suhu ketuhar.

  6. 6

    Selepas puff masak, tunggu sejuk. Kemudian isikan inti kastard. Ayak snow powder/dusting sugar atas puff

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Suriati Roslin
Suriati Roslin @cook_17202319
pada

Komen

Maisarah Mamat
Maisarah Mamat @Mai_Belajar_Masak
Hi sis...coux creampuff ni mmg xde pakai baking powder ya?

Resipi Sepertinya