Sourdough Bread

Gyna Elenna
Gyna Elenna @Gynainspring83
Subang Jaya

Basic sourdough bread yang menggunakan tepung roti biasa.

Sourdough Bread

Basic sourdough bread yang menggunakan tepung roti biasa.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 250 gtepung roti
  2. 3/4sudu kecil garam
  3. 150 mlair suam
  4. 75 gramsourdough starter
  5. Proffing Basket(bersama kain linen/Kitchen towel)
  6. Parchment paper

Cara Memasak

  1. 1

    Dalam satu mangkuk,campurkan tepung dan garam.

  2. 2

    Dalam mangkuk yang lain,campurkan sourdough starter dan air suam.Gaul hingga sebati.

  3. 3

    Campurkan bancuhan sourdough starter ke dalam mangkuk yg berisi tepung.Gaul dengan menggunakan sudip kayu.Kemudian uli dengan menggunakan tangan diatas permukaaan yang rata dan ditabur tepung sehingga menjadi doh yang licin dan elastik.Rehatkan doh selama 1 jam didalam mangkuk yang ditutup dengan plastic wrapping.

  4. 4

    Setelah doh direhatkan,Keluarkan doh dari mangkuk perlahan-lahan diatas permukaan yang rata dan ditabur sedikit tepung.Bentukkan roti.(tidak perlu uli lagi,hanya bentuk kan sahaja)

  5. 5

    Sediakan proofing basket yang dilapik kain linen atau Kitchen towel,ayakkan tepung diatas kain linen kemudian letakkan perlahan-lahan doh di dalamnya.Tutupkan doh dengan menggunakan tuala dan simpan di suhu bilik.Biarkan doh mengembang.Proses ini mengambil masa yang lama.Saya mengambil masa 6 jam untuk doh mengembang.

  6. 6

    Setelah doh mengembang,Panaskan oven mengikut suhu oven masing-masing.Saya guna suhu tinggi 200’c.Lapikkan loyang dengan parchment paper,terbalikkan proofing basket yang berisi doh perlahan-lahan di atas dulang.Ayakkan tepung diatas permukaan doh.

  7. 7

    Bakar secara Bain-marie sehingga keperangan(saya letakkan disisinya 2 biji ramekin yang berisi air).Saya bakar dalam masa 30minit.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Gyna Elenna
Gyna Elenna @Gynainspring83
pada
Subang Jaya
🇲🇾
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya