Bubur kacang durian #durian

Zara Latif
Zara Latif @cook_16789215
Kuantan Pahang

Bubur kacang hijau antara salah satu menu kegemaran suami saya. Lagi enak rasanya jika di campur dengan buah durian. Di cicah pula dengan roti. Memang terangkat❤️❤️
#Durian

Bubur kacang durian #durian

Bubur kacang hijau antara salah satu menu kegemaran suami saya. Lagi enak rasanya jika di campur dengan buah durian. Di cicah pula dengan roti. Memang terangkat❤️❤️
#Durian

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

15 orang
  1. 500 gramkacang hijau
  2. 10 ulasbuah durian
  3. 250 gramsantan
  4. 5ketul gula melaka
  5. 5sudu besar gula
  6. 6 helaidaun pandan
  7. Secubit garam
  8. Air

Cara Memasak

  1. 1

    Rendam dahulu kacang hijau sehingga kembang. Kacang hijau yang direndam adalah bertujuan untuk percepatkan proses memasak. Bila agak-agak kacang hijau dah pecah-pecah kulit seperti dalam gambar, bermakna kacang hijau sudah kembang. Buang air dan toskan kacang hijau.

  2. 2

    Masukkan air, kacang hijau, daun pandan dan gula melaka ke dalam periuk. Biarkan mendidih dan sehingga kacang hijau lembut. Sekiranya kuah berkurang, tambahkan semula air sehinggalah kacang hijau lembut.

  3. 3

    Bila kacang hijau dah lembut, masukkan durian dan santan. Biarkan hingga mendidih. Jangan biarkan mendidih terlalu lama ya sebab nanti santan pecah minyak. Biasanya untuk pengat@bubur manis, santan tidak perlu mendidih terlalu lama hingga pecah minyak. Cukup sekadar mendidih dalam masa 3@4minit sahaja.

  4. 4

    Bila dah siap, tutup api gas dan boleh di hidang bersama roti.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Zara Latif
Zara Latif @cook_16789215
pada
Kuantan Pahang
Saya suka memasak dan berkongsi resepi dengan rakan rakan. Selain itu, saya juga mengedit gambar masakan yang saya masak.
Baca lagi

Resipi Sepertinya