Tart telur

Tips ketika membakar. Harus tutup permukaan loyang yang berisi tart supaya tidak terlalu panas, kurangkan suhu dan mengelakkan permukaan tart telur dari pecah dan tenggelam. Kaedah ini membantu menghasilkan permukaan tart telur rata, cantik dan berkilat. #goldenapron
Tart telur
Tips ketika membakar. Harus tutup permukaan loyang yang berisi tart supaya tidak terlalu panas, kurangkan suhu dan mengelakkan permukaan tart telur dari pecah dan tenggelam. Kaedah ini membantu menghasilkan permukaan tart telur rata, cantik dan berkilat. #goldenapron
Cara Memasak
- 1
Untuk pastry doh. Masukkan satukan tepung, gula icing dan garam ke dalam mangkuk dan gaul bersama. Masukkan butter. Menggunakan jari, gaulkan butter dan adunan tepung memjadi breadcrumb.
- 2
Telur dan esen vanilla satukan dan kacau sebati dalam mangkuk. Tuangkan bancuhan telur tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung tadi dan gaul sebati. Uli menjadi doh.
- 3
Wrapkan doh dengan plastik wrap dan sejukkan dalam peti ais selama sejam atau boleh dibuat sehari sebelum. Ini bagi membantu lemak dalam pastry doh tadi untuk set supaya senang untuk dibentukkan ke dalam mould.
- 4
Amik sedikit doh anggaran dalam 50 gm, bulatkan. Masukkan kedalam mould. Tekan mould menggunakan rolling pin untuk memudahan bentuk doh ke dalam mould.
- 5
Tekan dengan jari dan bentukkan doh mengikut bentuk mould. Setelah siap semuanya rehatkan dalam peti ais selama 1/2 jam sebelum dibakar.
- 6
Bakar pada suhu 180 degree sela ma 10-15 minit sahaja atau dedikit warna keperangan. Setelah bakar biarkan sejuk seketika. Satu adunan ini boleh menghasilkan 15 biji tart.
- 7
Untuk tart telur, saya gunakan mould saiz seperti di gambar.
- 8
Untuk filling telur kastard. Didihkan air bersama gula dan daun pandan untuk menghasilkan aroma pandan dan wangi. Didihkan susu. Campurkan susu yang telah dididihkan tadi ke dalam air gula tadi dan biarkan sejuk.
- 9
Masukkan telur ke dalam adunan tadi dan kacau sebati. Tapis adunan supaya tidak berketul. Tuangkan adunan tadi kedalam tart dan bakar.
- 10
Bakar 200 degree selama 15 minit. Setelah 15 minit dan kastard telur tidak bergoyang, tutup kan bahagian atas loyang dengan loyang yg lain untuk mengelakkan kastard telur dari tenggelam.
- 11
Sambung bakar selama 10-15 minit dan turunkan suhu kepada 180 degree. Selesai bakar, biarkan sejuk dan hiasakan mengikut kreativiti masing-masing.
Resipi Sepertinya
-
Tart Telur Tart Telur
Lama tak buat tart telur ni, tiba-tiba jer si kakak minta buatkan. Azizah Mansor -
Tart Telur Tart Telur
Sebelum ni kalau g bakery mesti beli tart telur, sebab suka sangat makan, jadi saya cuba buat sendiri. Alhamdulillah,menjadi. Puas hati makan. Azizah Mansor -
🥚Tart Telur🥚 🥚Tart Telur🥚
Menu petang ni Aznie ada Tart Telur. Lama betul Aznie tak buat ni. Salah satu menu kegemaran anak dara Aznie. Resepi dari Chef Irfan Syazwanshah. Sedap kulitnya yang rangup serta adunan telurnya yang lembut. Yang paling suka sekali rasa yang yang secukup rasa tak berapa manis. Memang ngam sangat. Bagus untuk yang ingin buat tambahan duit poket jualan tart telur ni. Gerenti ramai yang repeart order. Makan sejuk-sejuk best betul. Yang ni Aznie hias sikit dengan buah strawberry, kiwi dan blueberry❤️ Aznie Khasri -
Tart Telur Mudah / Egg Tart Tart Telur Mudah / Egg Tart
Tadi rancang nak buat kuih lain,tapi bila buka kabinet ternampak pula acuan tart ni, bahan-bahan untuk buat Tart Telur pun ada, apalagi gigihla buat tart memandangkan tart ni kegemaran suami, suami pula ada kat rumah, jadi hari ni terhasil lah kuih tart telur versi paling mudah dan ringkas.#14harimencintaiku #extendPKP2 @Nana Sabrina Sarsan -
Tart telur Tart telur
Resepi tart telur mudah bagi penggemar makan tart telur.Bileh pakai saiz 6.5 cm/ 7 cm ummi Yusuf -
Cheese Tart Cheese Tart
Cheese Tart.. Ni memang tak bole nak tolak kalau ada depan mata.. sika sangat makan ni.. hihihi Aznie Khasri -
🥧 Tart telur mini 🥧 Tart telur mini
Sebut pasal tart telur.. memang jadi kesukaan anak2..kite pon suka jgk.. mkn time panas2 mmg sedap..Korang suka tak? Kalau Beli 2 3 ketul tak puas makan kan..tart telur ni pon kalau beli ley tahan jugak harga die..huhu...buat sdiri puas hati..Petang2 hujan camni syok layan mkn panas2..jom tgk resepi 😂😂😘 Elley ana -
Blueberry Cheese Tart Blueberry Cheese Tart
#cheesetartKalau tempat keje dulu ni memang resepi kena buat kalau dapat oder dari customer..resepi mudah jer cuma renyah nak kena buat shell tart tu jer😅tapi tak lah terlalu susah kalau malas bole jer beli yang dah siap d kedai bakery 15pcs baru RM6.++..kalau nak banyak buat sendiri😁meh hakak share kan resepi cheese tart ni..hakak pilih Blueberry Cheesetart sebab balance filling Blueberry buat Pie aritu banyak lagi😅 Jemilah Tukimin -
Cheese Tart Cheese Tart
Cheese Tart memang sedap. Kalau buat memang sekejap sahaja licin.Memandangkan saya tidak mempunyai acuan tart, jadi saya hanya menggunakan muffin pan sahaja.Corak pada tart tu anak saya yg buat, entah corak apa pun saya tidak tahu😆 irar -
Tart Telur 🇭🇰 Tart Telur 🇭🇰
Tart telur atau tart kastard telur adalah pastri yang boleh didapati di Hong Kong dan negara Asia lain. Tart terdiri dari suatu lapisan luar pastri yang dipenuhi dengan kastard telur dan dibakar.Tart kastard diperkenalkan di Hong Kong pada 1940-an oleh cha chaan teng. Ia, kemudian diperkenalkan di kedai kopi barat dan bakeri untuk bersaing dengan restauran lain.Satu teori mencadangkan tart telur Cina adalah penyesuaian tart Inggeris dengan intipati kastard.Satu lagi teori mencadangkan bahawa tart telur berubah dari pastri tart telur Portugis yang lebih mirip, dikenali sebagai pastel de nata, mengembara ke Hong Kong melalui tanah jajahan Portugis Macau.Gabenor yang terakhir Christopher Patten adalah seorang penggemar tart telur di Hong Kong#cppassport Noor Atika Mahamood -
Portugis Egg Tart Airfryer Portugis Egg Tart Airfryer
#matchmakermonth #Tart #1338recipeSuka sangat-sangat, berbunga rasa hati. Pagi tadi Aznie buat Portugis Egg Tart bakar guna air fryer je. Aznie bubuh dalam bekas cupcake . Senang nak guna. Serius nak cakap tart ni sedap sangat. Walaupun bakar dalam bekas cupcake tapi dia punya struktur mablesss gitu. Kulitnya cantik elok berlapis dan garing diluar. Anak-anak jangan kata la, punya la suka. Makan duk ulang-ulang je. Kejap je dah habis. Memang kena repeat lagi nampaknya ni. Aznie Khasri -
🏴 Tart Nenas Mawar - England 🏴 Tart Nenas Mawar - England
#cppassport#cppassportshikinKuih tart nenas ni adalah antara pilihan kuih raya yang mesti ada dalam rumah saya.Tart nenas merupakan antara hidangan kuih raya yang popular di daerah nusantara seperti Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia, cuma sebutannya mungkin agak berbeza. Macam di Indonesia diorang panggil kue Nastar.Saya baru tau bahawa origin Tart Nenas adalah England.Hasil bertanya dengan pakcik gugel,resepi tart nenas yang paling tua dikatakan datangnya daripada England, tercatat dalam buku resepi The Country Housewife and Lady's Director tahun 1736. Lama dah kan... Norashikin Rahmat
Lebih Banyak Resipi
Komen