Tart Telur

Azizah Mansor
Azizah Mansor @bunga_lawang87
Bintangor, Sarawak.

Lama tak buat tart telur ni, tiba-tiba jer si kakak minta buatkan.

Tart Telur

64 orang bercadang membuatnya

Lama tak buat tart telur ni, tiba-tiba jer si kakak minta buatkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Pastry:
  2. 1 cawanmarjerin
  3. 1/2 cawangula halus
  4. 1 bijitelur
  5. 1 sudu tehesen vanilla
  6. 2 cawantepung gandum
  7. Filling:
  8. 1 cawansusu cair/segar/full cream
  9. 4 bijitelur
  10. 1 cawangula halus (sy guna ¾ cawan)
  11. 1 cawanair
  12. 1 sudu besartepung kastard
  13. 1/2 sudu tehesen vanilla

Cara Memasak

  1. 1

    Kacau marjerin dan gula sebati. Masukkan telur dan esen vanilla. Sebatikan.

  2. 2

    Masukkan tepung sedikit demi sedikit, gaul hingga tidak melekat pada tangan. Jika masih melekat boleh tambah tepung.

  3. 3

    Untuk filling, campurkan semua bahan-bahan dan kacau sebati. Tapiskan ke dalam jug untuk memudahkan proses menuang.

  4. 4

    Sapukan acuan dengan sedikit minyak. Ambil sedikit doh dan tekan ke dalam acuan tart. Kemudian tuangkan filling.

  5. 5

    Cara tekan doh.

  6. 6

    Bakar pada suhu 150°© selama 30 minit/hingga masak menggunakan api atas bawah. Ikut oven masing-masing.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Azizah Mansor
Azizah Mansor @bunga_lawang87
pada
Bintangor, Sarawak.
🌼Mak anak 3.🌼Suka mencuba pelbagai resepi.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya