👩🍳Nasi Lemak ‘Cek’

Bila masak nasi lemak, Arwah ‘cek’ (emak) memang akan masukkan halia. Jadi , itulah juga yang saya buat jika memasak nasi lemak. Begitu juga anak2 yang dah kawin memasak nasi lemak. Mereka juga masukkan halia. Memang sedap dan menyelerakan.
Cek juga mesti menggunakan santan segar kerana katanya lebih sedap dan berlemak; tetapi saya selalunya guna santan kotak sahaja🤗
Kami sekeluarga suka nasi lemak yang sedikit moist sebab itu sukatan air yang saya gunakan agak banyak.Boleh guna nisbah beras: air sebagai 1:1 jika mahu nasi yang lebih kering.
Untuk menghidang nasi lemak, cek sangat pentingkan hiasan (food plating); setiap kali nak hidang untuk arwah ayah, cek akan susun hidangan dalam pinggan dengan teratur. Itulah tabiat baik yang ditinggalkan untuk kami ikuti hingga kehari ini. Terima kasih ibuku❤️.. atas segala pengorbanan dan tunjuk ajarmu. Semoga kita semua berjumpa lagi diJannatul Firdaus dgn redha dan rahmatMU Ya Allah🤲😌
Resipi 219/2022

Cara Memasak
- 1
Basuh beras dan tos air.
Didalam periuk nasi elektrik; Masukkan santan dan air secukupnya (bergantung kepada jenis beras).
Masukkan halia, daun pandan dan garam. Kacau rata.
Check aras air dan santan dalam periuk untuk pastikan ia pada aras 5 1/2. - 2
Masak nasi mengikut arahan periuk masing2.
Setelah nasi masak, buka penutup dan gembur2kan nasi (Langkah ini penting untuk memastikan tiada santan berketul). Tutup semula periuk, biarkan beberapa minit.
- 3
Sedia untuk dihidang bersama telur, timun dan sambal sardin
- 4
Dan sambal bilis.
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (2)