Kek Pisang Lembut & Gebu

#119/976/2026
#976/1000
#CookpadApron2026
Cooksnap & Repost
:
Kek Pisang yang lembut dan gebu.Alhamdulillah.
Cooksnap & Repost resipi @ThahWatermelon85
Mulanya nak ikut sukatan 1 cawan pisang lenyek seperti resipi asal tapi sayang pula tengok baki pisang lenyek yang masih tinggal,akhirnya gunakan sahaja semuanya.Terpaksa tambah tepung gandum untuk disesuaikan dengan sukatan pisang tadi.Ada juga bahan yang k.ha tukar,kurangkan dan skip seperti gantikan gula putih kepada gula perang (kurangkan dari 1 1/3 cawan kepada 1 1/4 cawan),tepung gandum kepada tepung naik sendiri (k.ha skip serbuk penaik) dan gantikan esen pisang kepada esen vanila (sesuaikan bahan dengan yang ada dalam stok sahaja).
Terima kasih @ThahWatermelon85 berkongsi resipi dan inspirasinya.

Cara Memasak
- 1
Sediakan semua bahan-bahan.
- 2
Lenyek pisang hingga hancur.
- 3
Di dalam blender satukan minyak,gula perang dan telur.Masukkan esen vanila.Blend selama 1 minit dengan speed sederhana.
- 4
Tuang ke dalam mangkuk adunan dan campur dengan pisang yang telah dilenyek tadi.
- 5
Ayak tepung bersama soda bikarbonat ke dalam adunan pisang.Kacau dengan whisk sahaja hingga sebati.Tuang adunan ke dalam acuan 10 x 10 inci.
- 6
Kemudian potong nipis-nipis pisang dan hias di atas adunan tadi.Masa nak masukkan ke dalam oven baru susun ya untuk elakkan pisang tenggelam di dalam adunan.
- 7
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 160 C selama 1 jam atau sehingga keperangan.Bila dicucuk dengan lidi ia keluar bersih.
- 8
Keluarkan kek dari loyang dan sejukkan di atas redai.Bolehlah dipotong dan dihidangkan.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (2)