Nasi Daging

#CookpadApron2026
#NasiSejutaRasa
First time saya masak nasi daging ni tahun 2015..tu pun jiran/kawan saya yg suruh saya cuba resepi tu.. Selepas 12 tahun, ni masak pulak..hihii..tu pun saya minta cadangan suami yg saya nak masak nasi daging ni sebab daging korban yg mak mentua saya bagi ada lagi 3 kilo.. Suami cakap masak la.. jadi saya terus on la.. tapi kali ni saya search resepi yg lain pulak..resepi jiran saya punya tu dah hilang di telan zaman..hahaa.. Saya masak nasi ni versi utara yg di makan bersama air asam & sedikit sup.. Alhamdulillah..suami cakap sedap sangat..dia cakap makan nasi daging tu pun dah cukup sedap dah..tak payah air asam & sup..

Cara Memasak
- 1
Basuh & rendam beras Basmathi selama 30 minit & toskan
- 2
Bersihkan daging & potong kecil. Masukkan ke dlm pressure cooker bersama bawang putih, halia, sup bunjut & garam. Rebus selama 40 minit. Toskan daging, ambil 4 cawan air rebusan utk nasi & tinggalkan selebihnya utk buat sup
- 3
Cairkan minyak sapi bersama minyak. Tumis 4 sekawan, bawang merah, bawang putih, halia, serai & daun pandan hingga wangi & layu. Kemudian, masukkan tomato & kiub ayam. Kacau sekejap
- 4
Campur rempah kurma & rempah sup bersama 1/2 cawan air. Tumis hingga pecah minyak
- 5
Masukkan beras, susu cair, air rebusan daging
- 6
Masukkan sekali daging, daun ketumbar & garam. Kacau sebati. Masak nasi di dlm rice cooker seperti biasa
- 7
Lebihan air rebusan daging, campur dengan kiub ayam. Kacau di atas api sekejap
- 8
Air asam 👉🏻Campur air asam bersama belacan, kerisik, garam & gula. Kacau sebati. Boleh juga kalau nak blend. Campur bawang merah, tomato, jus limau & cili api. Ramas2 sikit dengan air asam
- 9
Hidangkan nasi bersama air asam & sup
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen