Sambal Telur Puyuh

184/2026 (2526/3K)
Alhamdulillah..sedapnya sekali sekala makan sambal telur puyuh macam ni.
Sambal Telur Puyuh
184/2026 (2526/3K)
Alhamdulillah..sedapnya sekali sekala makan sambal telur puyuh macam ni.
Cara Memasak
- 1
Rebus telur puyuh dengan air separas telur selama 9-10 minit dengan api sederhana sahaja. (Campurkan air merebus dengan sedikit minyak masak). Kemudian lalukan telur dibawah air paip sehingga sejuk. Retakkan kulit telur, kupas.
- 2
Goreng telur puyuh sehingga kekuningan. Toskan.
- 3
Tumis bahan kisar bersama cili kisar kisar, pes asam jawa sehingga sedikit garing dan pecah minyak. Tambahkan garam dan gula.
- 4
Tambahkan sedikit air, hirisan bawang Holland, cili besar, sos tiram dan kicap manis. Tumis lagi sehingga bawang layu dan sos memekat ikut selera. ➡️ TM6: tumis (step 3-4 sekaligus) / 20 minit/ 120c/ speed 0.5
- 5
Masukkan telur puyuh yang telah digoreng tadi. Kacau rata. Adjust semula rasa jika perlu.
- 6
Masukkan keratan kasar daun sup untuk aroma dan meningkatkan rasa. Kacau rata.
- 7
Sedia dihidangkan dan garnish dengan hirisan daun sup.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi















Komen