Shabu-shabu |しゃぶしゃぶ

185/Ogos2026/TerusMelangkah3k/
Cookpad6th/2535 #TerusMelangkah3k #1Hari1Resipi
📍Cookpad Apron Challenge 2026 : Telur Je Pun Boleh ! (Week 22) #CookpadApron2026
Last week hakak masak Malatang. This week hakak masak shabu-shabu pulak 🤭
Ni kebetulan terjumpa stok daging ni masa p beli kambing untuk buat perap. Hakak beli satu pek 200gm (RM10.50). Tu beli, balik rumah terus masak ehh.
Resipi kuah sup ni hakak dapat dari Gemini Ai je. Well sedap sangat. Sampai Suami cakap boleh buat lagi next time. Dan ni lagi sedap dari Malatang 😆
Tapi bagi hakak, both resipi sedap je 😋

Cara Memasak
- 1
Bahagian Sos Sukiya : Campurkan bawang putih, roasted sesame sauce dan chili oil (letak daun ketumbar untuk rasa lebih sedap tau. Ni tak letak sebab lupa beli)
- 2
Bahagian Kuah Sup : Masukkan ayam, bawang merah, bawang putih, halia, garam dan serbuk lada sulah ke dalam periuk berisi air.
- 3
Kacau sebati dan masak sehingga mendidih. Masak ni dalam 15-20 minit.
- 4
Kemudian tapis air rebusan. Air tu dimasukkan ke dalam periuk untuk masak shabu-shabu.
- 5
Sediakan bahan : daging hiris, kek ikan, kubis daun, pak choy, telur dan cendawan enoki. Ayam yang direbus tadi pun digunakan semula untuk dimasak (potong kecil). Mee segera pun ada.
- 6
Di dalam periuk berisi kuah sup kosong tadi, masukkan semula ayam, kek ikan, cendawan enoki, kubis daun, pak choy, telur dan daging.
- 7
Masak sehingga mendidih.
- 8
Kemudian boleh ler makan dengan sos sukiya yang.
- 9
Ulang proses memasak sehingga semua bahan habis ataupun sehingga kenyang 🤭
- 10
Walaupun dalam resipi shabu-shabu asal telur bukan salah satu bahannya. Tapi kat Malaysia, telur dalam hotpot tu biasa. Dan hakak pun suka. Kena masak half cook. Baru sedap 😋
- 11
Selamat mencuba korang 😋
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen