Pesto

Lama sangat saya tak update resipi dalam ruangan Cookpad saya. Hari ni masa saya agak banyak terluang. Jadi saya ambil kesempatan untuk masukkan resipi terbaru saya iaitu pesto. Kalau di supermarket, harga pesto agak mahal. Kebetulan pula Jiran saya menghantar sebakul daun English Basil. Jiran saya memang tahu saya sangat gemar daun English Basil. Saya boleh makan begitu sahaja atau kadang kala saya buat ulam ketika makan nasi. Bila melihat Daun Basil ni terlalu banyak, terus saya terpikir untuk membuat pesto. Pesto biasanya digunakan untuk memasak spaghetti, ayam atau boleh dimakan bersama roti baguette. Terpulang pada citarasa anda untuk dimakan mengikut cara masing-masing. Rasanya enak, lemak, ada sedikit rasa pedas hasil dari campuran bawang putih yang banyak. Penggunaan extra virgin olive oil dalam resipi ini membantu menaikkan lagi aroma dan keenakkannya.
Pesto yang telah dibuat boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 4-5 hari. Ini kerana, dalam resipi saya tiada bahan pengawet. Jika nak tahan lama, you all boleh simpan di dalam freezer.
Selamat mencuba 😘

Cara Memasak
- 1
1. Panggang kacang pain selama 5 minit. Sejukkan.
- 2
3. Dalam food processor, satukan daun basil, kacang pain, bawang putih dan separuh dari sukatan parmesan cheese. Kisar hancur.
- 3
4. Sambil mesin berputar, tuangkan sedikit demi sedikit extra virgin olive oil.
- 4
5. Taburkan baki parmesan cheese. Gaul sebati. Siap!
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen