Kerabu Lobak Putih Jeruk

Dulu-dulu sewaktu saya masih di sekolah menengah, apabila mak saya tak ada selera makan dia mesti buat kerabu lobak putih jeruk ni. Mak akan makan dengan ikan goreng dan nasi putih. Lauk lain mak tak nak dah. Waktu tu saya tengok jer. Saya tanya mak “sedap ke?” Mak jawab “sedap! Kalah lauk-lauk lain” sambil tersenyum. Apabila sekarang saya sudah mencecah usia yang senja ni selera makan pun dah tak macam dulu. Kalau dulu saya makan ikan sardin dalam tin/sardin segar tetapi tidak lagi. Kalau beli pun untuk suami dan anak-anak. Kadang terfikir sendiri “Oh! Macam ni lah apa yang mak rasa?” Patut la kalau dulu-dulu kami suruh/paksa mak makan sesuatu seperti cheese mak mesti tak nak. Sampai kami bagitau “huh, rugi mak tak makan ni, sedap.” Mak akan buat reaksi wajah kata tak sedap. 🤭😁
Hari ni saya rasa kurang selera nak makan, tetibe teringat pada kerabu lobak putih jeruk, dan-dan terliur, terus buat. Alhamdulillah bertambah-tambah nasi. 🍚
Kerabu Lobak Putih Jeruk
Dulu-dulu sewaktu saya masih di sekolah menengah, apabila mak saya tak ada selera makan dia mesti buat kerabu lobak putih jeruk ni. Mak akan makan dengan ikan goreng dan nasi putih. Lauk lain mak tak nak dah. Waktu tu saya tengok jer. Saya tanya mak “sedap ke?” Mak jawab “sedap! Kalah lauk-lauk lain” sambil tersenyum. Apabila sekarang saya sudah mencecah usia yang senja ni selera makan pun dah tak macam dulu. Kalau dulu saya makan ikan sardin dalam tin/sardin segar tetapi tidak lagi. Kalau beli pun untuk suami dan anak-anak. Kadang terfikir sendiri “Oh! Macam ni lah apa yang mak rasa?” Patut la kalau dulu-dulu kami suruh/paksa mak makan sesuatu seperti cheese mak mesti tak nak. Sampai kami bagitau “huh, rugi mak tak makan ni, sedap.” Mak akan buat reaksi wajah kata tak sedap. 🤭😁
Hari ni saya rasa kurang selera nak makan, tetibe teringat pada kerabu lobak putih jeruk, dan-dan terliur, terus buat. Alhamdulillah bertambah-tambah nasi. 🍚
Cara Memasak
- 1
Sediakan kesemua bahan.
- 2
Campurkan kesemua bahan dan gaul rata. Sejukkan sebentar biar bahan-bahan mesra. Boleh la dihidangkan.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Jeruk Lobak Goreng Kicap Jeruk Lobak Goreng Kicap
Main Campak Campak 🍲Menu pembuka selera buat saya dan suami. Kalau ada jeruk lobak putih mesti teringat pada mak sebab mak memang suka jeruk lobak apabila mak kurang berselera makan. Rasa rangup jeruk lobak tu salah satu sebab kenapa mak suka. Jeruk lobak ni ada yang masin dan ada yang manis masam. Saya pun tak reti nak pilih yang mana yang masin atau yang manis masam sebab dua-dua nya nampak sama, tambah pulak sudah di sealed dalam plastik. Yang saya masak ni yang manis masam. Selain digoreng kicap, boleh juga digoreng dengan telur atau dibuat kerabu mentah. Dapur Yusfarisyia -
Lobak Masin/Jeruk Goreng Telur Lobak Masin/Jeruk Goreng Telur
Salah satu resipi yang selalu mak saya buatkan untuk kami sekeluarga ketika kami masih kecil dahulu. Dahulu, saya tak berapa suka rasa lobak ni tetapi bila semakin dewasa/bertambah usia, suka la pulak. Bila tengok rakan cookpaders @NorSukiman85 post resipi terus teringat nak buat. Saya tambah ikan bilis seperti yang mak saya selalu buat. Sewaktu sahur, saya dan suami memang kurang makan nasi kerana kurang berselera mengambil nasi di awal pagi tetapi pagi ni berselera pula makan bersama lobak masin goreng telur ni. Dapur Yusfarisyia -
Mandai Goreng Mandai Goreng
Masak Apa Banjir? #CookpadCaresApa yang ada di dapur itu la yang akan saya masak. Zaman sekarang ni harga sayur makin naik. Musim hujan bekalan sayur juga berkurangan. Teringat pada jeruk mandai yang dibuat beberapa bulan lepas. Jeruk mandai memang tahan lama, tak rugi membuat nya. Dapur Yusfarisyia -
Sayur Labu Air Goreng Telur Sayur Labu Air Goreng Telur
Labu air selalu nya dimasak air atau masak bening je kalau di rumah saya. Kadang tu kalau sudah sejuk anak-anak dan suami tak nak makan dah. Sebab tu la kalau saya masak, saya akan lebihkan kuah nya sebab mereka (anak-anak dan suami) suka hirup kuah nya dan saya akan letak jumlah sayur yang hanya akan dimakan pada waktu tu sahaja. Kuah yang selebih nya nanti akan saya panaskan dan akan letak sayur yang baru pula. Jadi sayur nya tak la lembik. Hari ni saya masak goreng besama telur je la. Dapur Yusfarisyia -
Sawi Jeruk Goreng Telur Sawi Jeruk Goreng Telur
Sawi pahit yang daun lebar dan besar ni memang selalu dibuat jeruk oleh masyarakat kaum cina. Oleh kerana arwah bapa saya dan arwah bapa mertua saya berketurunan cina memang tak lari dari hidangan sebegini. Dahulu mak saya menanam sayur sawi ni dan dibuat jeruk/asin. Mak saya selalu nya buat sup telur bersama jeruk sawi ni. Sedap makan panas-panas. Kadang tu digoreng telur untuk dimakan dengan bubur nasi. Hmm.. sedap 😋teringat masa zaman sekolah menengah dulu mak saya masak bubur nasi kebetulan arwah bapa yang nak makan, saya pun tumpang sekaki 🤭. Bertambah-tambah makan. #goldenapron2020 Dapur Yusfarisyia -
Kubis Jeruk Goreng Telur Kubis Jeruk Goreng Telur
Masak Apa Max 6 bahan? Kubis jeruk ni ada 2 jenis, yang masin dan yang masam masin. Yang saya guna ni masam masin. Cik suami minta dibuat goreng bersama telur. Resipi ni bergantung kepada tahap masam dan masin kubis jeruk ni kena la bersesuaian dengan gula. Kalau kurang masin dan masam tak perlu la guna gula yang banyak, kena adjust sendiri la ye. Dapur Yusfarisyia -
Goreng Kembung Asin Perah Limau Cili Goreng Kembung Asin Perah Limau Cili
Antara menu kegemaran mak dan arwah bapak saya ikan kembung asin/masin goreng perah limau cili. Kalau dulu saya tak faham kenapa mak dan arwah bapak makan sikit jer lauk-lauk lain yang telah dimasak oleh mak untuk kami sekeluarga. Mak akan buat menu lain yang mudah dan cepat untuk dia dan arwah bapak makan disamping lauk pauk yang lain. Tengok mereka berselera makan dan bertambah-tambah nasi dengan satu hidangan pun dah cukup. Kalau ada menu lain yang ngam sangat digandingkan dengan ikan asin, fuhhh!... suka tengok diorang makan.Apabila usia saya semakin dimamah waktu, baru lah saya faham kenapa selera mak-mak atau bapak-bapak begitu.Selamat Hari Ibu untuk semua rakan-rakan cookpad di seluruh dunia yang bergelar ibu/mak/mama/mommy/bonda/umi termasuk ibu-ibu bulus 😘❤️💖 Dapur Yusfarisyia -
Kerabu Timun Kerabu Timun
Timun kat dapur masih ada lagi baki. Sayang kalau tak dimanfaatkan. Ada ketika nya tak mau nak makan ulam cicah dengan sambal. Teringat dengan kerabu timun yang mak saya buat sewaktu saya masih lagi tinggal bersama keluarga dan ibu bapa. Air tangan mak memang selalu nya sedap walau pun sesimple mana pun. #goldenapron2020 Dapur Yusfarisyia -
Kerabu Taugeh Kerabu Taugeh
#goldenapron2020 #minggu35Resipi ringkas yang memang menambat selera Yani untuk makan nasi bertambah-tambah 😂...Kerabu Taugeh ni Yani buat guna bahan yang ada di rumah sahaja. Nur Azliani Amer -
Kerabu Kaki Ayam Kerabu Kaki Ayam
Hari ni mood R datang. Suami saya ada beli kaki ayam dua hari lepas sebab dia tahu saya suka buat sup atau goreng tepung. Tetapi hari ni saya terfikir nak buat kerabu. Kalau dibuat kerabu tanpa dipisahkan tulang-tulang tu memang suami saya tak suka makan, kalau makan pun mesti sikit je sebab dia sejenis yang tak suka makan sesuatu benda yang melambatkan dia untuk mengunyah makanan (sama juga kalau makan ikan yang banyak tulang). Jadi nak tak nak saya mesti pisahkan/buangkan tulang-tulang tu. Huhh! Mencabar juga kerja membuang tulang-tulang tu. Ini pertama kali saya membuang/memisahkan tulang-tulang kaki ayam tu. Kalau tengok di TV atau Youtube macam senang je tapi bila sendiri yang buat baru tahu macam mana susah ke senang? Alhamdulillah 🤲🏻berjaya juga dan kira-kira sejam lebih baru la selesai proses mengasingkan/membuang tulang-tulang tu. Dapat banyak juga, sedekah pada jiran dan mak mertua sebelah rumah. Dapur Yusfarisyia -
Ayam Kukus Mudah Ayam Kukus Mudah
Memang ketandusan idea nak masak apa hari ni. Lagi-lagi bila dengar keadaan mak yang semakin hari semakin kurang sihat. Nak masak sesuatu yang mudah dan cepat tanpa perlu dikacau selalu sambil tu boleh buat kerja lain. Nak cepat masak untuk keluarga dan nak pergi jenguk mak di rumah. Kami adik beradik bergilir-gilir menjaga mak. Dalam memasak tu fikiran asyik teringat pada mak, risau jangan cakap lagi la. Nasib baik suami dan anak memahami dan tak memilih makan. Dapur Yusfarisyia -
Jeruk Belimbing Besi Asamboi Jeruk Belimbing Besi Asamboi
Cooksnap resipi daripada cookpader @Mizzanem . Sedap sangat, anak dara saya yang tak berapa nak layan buah belimbing besi ni pun kata sedap. Siap tanya lagi “ada lagi tak?” 🤭 Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen (2)