Daging Masak kicap Kerisik

Ramadan 2026 : Raikan Aidilfitri 🕌🌙
Untuk raya ke-2, masak seada nya jer. Lebihan makanan raya pertama pun masih ada lagi. Sempat pesan kat adik beradik jika jumpa kerisik kat kedai berhampiran dengan kawasan mereka minta tolong belikan, nanti bawa kat rumah mak pada raya pertama.
Raya pertama beraya bersama mak dan adik beradik yang lain. Bawa potluck sejenis makanan. Apabila berkumpul, pelbagai juadah terhidang sebab tu harus masak banyak tetapi apabila pelbagai juadah, tak larat juga nak makan banyak disebabkan baru jer lepas habis berpuasa so perut pun dah terbiasa makan sedikit. Ambil seketul/sehiris ayam/daging pun sudah memadai bagi setiap juadah. Masih banyak lagi baki juadah, kami berbagi sesama adik beradik dan untuk mak, sedikit sama sedikit.. banyak sama banyak.. Disimpan dalam freezer dan apabila nak makan baru lah dinyahbekukan dan dipanaskan semula.

Cara Memasak
- 1
Panaskan minyak masak dan tumis bahan hiris* hingga naik bau. Masukkan bahan tumis** serta serbuk kari, kacau rata. Masukkan sedikit air.
- 2
Masukkan daging, kacau rata. Masak 5-7 minit hingga daging bertukar warna. Masukkan air, gaul rata dan kecilkan api, tutup kuali dengan penutup kuali.
- 3
Masukkan kicap pedas manis Mashuri dan kicap pekat masin.
- 4
Masukkan sos tiram dan gaul sebati. Tambah air jika perlu jika daging masih liat. Tutup lagi kuali biar daging cepat empuk.
- 5
Masak hingga kuah sedikit pekat, kacau perlahan. Masukkan kerisik dan serbuk lada hitam, gaul sebati.
- 6
Masukkan cili merah dan bawang holland. Perasakan dengan garam dan gula mengikut sesuai selera.
Masak sampai kuah pekat dan sedikit berminyak di permukaan nya. Tutupkan api dan boleh lah diangkat dan disajikan.
Tip
Kerisik masukkan akhir supaya rasa lebih lemak & tak pecah minyak
Boleh tambah sedikit daun kari atau daun limau purut untuk aroma ekstra
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen